omniture

DAZN MEMPERCEPAT MOMENTUM PERTUMBUHAN GLOBAL MELALUI PENGAMBILALIHAN PERNIAGAAN ELEVEN GROUP

DAZN
2022-09-28 21:59
  • DAZN Group hari ini mengumumkan pengambilalihan ELEVEN Sports dan Team Whistle
  • Perjanjian ini mempercepat matlamat pertumbuhan dan strategi kepelbagaian global DAZN
  • Pengambilalihan ini menjadikan DAZN sebagai pemegang hak sukan yang terbesar di Eropah
  • Memperluas keupayaan dalam sektor penstriman sukan secara langsung serta memperkenalkan DAZN ke pasaran baharu

LONDON, 28 September 2022 /PRNewswire/ -- DAZN Group, sebuah platform sukan yang terkemuka di dunia, hari ini telah mengumumkan sebuah perjanjian untuk mengambil alih perniagaan media sukan global ELEVEN Group. Perjanjian ini memperluas keupayaan DAZN dalam sektor penstriman sukan secara langsung dan memantapkan kedudukan DAZN sebagai peneraju global dalam bidang yang sedang berkembang pesat ini. Manfaatnya adalah tiga kali ganda.

Wilayah baharu dan diperluas. Apabila urus niaga tersebut selesai, ia akan mendorong DAZN untuk menjadi penyiar liga bola sepak terkemuka di Portugal dan Belgium yang merupakan dua buah negara di Eropah yang amat berminat dengan bola sepak. Perniagaan ELEVEN Group akan turut melengkapkan kedudukan DAZN sebagai peneraju pasaran pada masa ini di Itali, DACH dan Sepanyol di mana DAZN memegang hak bola sepak domestik peringkat tertinggi. ELEVEN yang juga mempunyai kehadiran di Taiwan dan pasaran Asia Tenggara yang lain, memberikan kedudukan yang lebih kukuh kepada DAZN di rantau ini di mana ia mempunyai perniagaan yang terkemuka di pasaran Jepun.

Peluasan geografi ini memberikan akses kepada khalayak baharu untuk DAZN ketika ia membangun platform globalnya dan menjadi sebuah kedai sehenti untuk segala-galanya yang diingini oleh peminat sukan – sebuah destinasi untuk mereka mengakses pustaka kandungan secara langsung dan atas permintaan, analisis, sorotan, barangan dagangan, tiket, permainan dan pertaruhan yang terbesar. Ia mengukuhkan perniagaan ini dan mendorong peningkatan ekonomi besar-besaran.

Aliran pendapatan baharu di media sosial. Pengambilalihan Team Whistle iaitu perniagaan media yang dimiliki ELEVEN, akan membolehkan DAZN mencapai khalayak yang lebih muda, mempelbagai dan memperluas keupayaan penglibatan para peminatnya serta memaksimumkan nilai portfolio hak DAZN. Team Whistle disenaraikan dalam kalangan sepuluh hak milik sukan media AS yang terbaik di ComScore dengan lebih 700 juta pengikut di seluruh salurannya dan merupakan sebuah rangkaian edaran yang sedang berkembang yang menjana kira-kira lima bilion tontonan sebulan di seluruh platform sosial. Penggabungan perniagaan Team Whistle yang menjadi pelengkap dengan hak kandungan DAZN mewujudkan sebuah cadangan yang kukuh.

Memperluas hak bola sepak. Pengambilalihan ini mengukuhkan kedudukan DAZN sebagai sebuah destinasi bola sepak global melalui penyepaduan ELEVENsports.com dengan 40,000 permainan yang distrim olehnya setiap tahun. Melalui sebuah kerjasama strategik, ELEVEN memainkan peranan yang penting dalam perkhidmatan OTT FIFA iaitu FIFA+, menyokong penerbitan, penyampaian dan pengedaran permainan secara langsung daripada lebih 90 buah Persatuan Ahli FIFA. Melalui penggabungan ini, syarikat-syarikat ini akan mewujudkan portfolio kandungan bola sepak wanita yang terbesar di dunia. ELEVEN memiliki kandungan bola sepak wanita yang diambil dari enam konfederasi sebagai tambahan kepada senarai mengagumkan yang dimiliki DAZN yang antaranya meliputi Liga Juara-Juara Wanita UEFA, Liga F di Sepanyol, Liga Super Wanita FA Inggeris dan Piala FA Wanita serta Liga WE Jepun.

Perjanjian ini memperkenalkan peningkatan hasil sebanyak $300 juta setahun kepada DAZN Group.

Shay Segev, Ketua Pegawai Eksekutif DAZN Group berkata: "Pengambilalihan ini meningkatkan skala perniagaan kami. Ia merupakan satu langkah ke hadapan yang besar dalam misi kami untuk menjadi platform sukan yang terkemuka di dunia. Saya amat mengagumi pencapaian Andrea, Marc dan pasukannya serta tidak sabar untuk bekerjasama dengan mereka ketika kami terus memperluas matlamat kami. Secara bersama-sama, kami membentuk pasukan pengurusan yang paling kukuh dan paling dipercayai dalam sektor ini. DAZN telah melabur dalam pembangunan sebuah platform sukan digital revolusioner yang membolehkan para peminat menikmati pelbagai hiburan sukan interaktif. Kami berharap dapat memperluas keupayaan ini ke pasaran baharu serta memanfaatkan keupayaan ELEVEN dalam DAZN." 

Marc Watson, Ketua Pegawai Eksekutif Eleven Group berkata: "Kami melihat DAZN sebagai masa depan bagi penyiaran sukan digital dan tempat yang ideal untuk ELEVEN. Sukan merupakan hiburan global dan menyertai DAZN akan menjadi suatu transformasi yang membolehkan kami mengakses ekonomi yang lebih besar dan sebuah platform global untuk pasukan kami yang berbakat. Kami amat teruja dengan perjanjian ini, malah saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan Shay dan pasukannya di DAZN."

Kevin Mayer, Pengerusi DAZN berkata: "Perjanjian ini menandakan pemecutan strategi kami untuk mempelbagaikan tawaran serta memanfaatkan platform dan hak milik sukan kami yang hebat ke pasaran dan ke dalam model perniagaan baharu. Team Whistle ialah sebuah perniagaan yang semakin berkembang yang mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam mengewangkan kandungan bentuk pendek. Ia akan menjadi sangat berharga kepada DAZN kerana kami ingin menjana nilai maksimum daripada portfolio hak kami yang dikagumi, menghasilkan format kandungan baharu bagi menjangkau khalayak baharu dan menjana peningkatan aliran hasil yang kukuh. Kami tidak sabar untuk menyambut kedatangan semua rakan sekerja kami yang baharu."

Andrea Radrizzani, Pengasas & Pengerusi ELEVEN yang juga Pemilik Leeds United berkata: "Kami telah membangunkan sebuah syarikat media sukan yang berjaya dalam tempoh enam tahun yang lalu melalui ELEVEN dan kami gembira kerana perjalanan ini diteruskan. Penggabungan ini akan menyediakan peluang yang lebih besar sebagai sebuah kumpulan untuk terus membangunkan sebuah destinasi global kepada para peminat sukan yang merupakan misi kami sejak hari pertama lagi."

Setelah perjanjian tersebut dilengkapkan, Andrea Radrizzani, Pengasas ELEVEN akan menyertai Ahli Lembaga Pengarah DAZN sebagai Pengarah Eksekutif dan akan membantu dalam pembangunan perniagaan DAZN Group.

Ditubuhkan pada tahun 2015, ELEVEN merupakan sebuah destinasi media sukan yang menyampaikan hiburan bertaraf dunia kepada para peminat di seluruh dunia dan menyiarkan lebih 65,000 jam kandungan secara langsung sepanjang tahun lalu. Ia merangkumi acara sukan terbesar di dunia hingga sukan tempatan terbaik dan program asal yang memenangi anugerah - para peminat menikmati tawaran kandungan secara langsung dan bukan langsung yang terbaik selama 24 jam sehari di seluruh ELEVEN Group.

Sebagai sebuah platform hiburan sukan digital yang bersifat global, DAZN dengan pantas menjadi destinasi harian kepada para peminat sukan di seluruh dunia. Matlamat DAZN bukan sekadar penyiaran tetapi melebihi daripada itu. Platform DAZN menjadi sebuah kedai sehenti untuk segala-galanya yang diingini oleh peminat sukan. Tidak lama lagi, para pelanggan DAZN bukan sahaja dapat menonton sukan secara langsung dan atas permintaan, malah turut boleh mendengar dan membaca tentang sukan, bermain permainan dan bertaruh, membeli NFT sukan, tiket dan barangan dagangan. 

Perjanjian ini tertakluk kepada semakan anti monopoli; oleh itu, tarikh penyelesaiannya masih belum diketahui.

Guggenheim Securities bertindak sebagai penasihat kewangan kepada ELEVEN Group dalam urus niaga ini.

Source: DAZN
Keywords: Banking/Financial Service Entertainment Sports Acquisitions, mergers, takeovers Corporate Expansion Personnel announcements