omniture

Sensasi Internet, Khaby Lame, diumumkan sebagai Duta Rasmi Jenama QNB Group semasa FIFA World Cup Qatar 2022™

QNB Group
2022-09-28 22:31

DOHA, Qatar, 28 September 2022 /PRNewswire/ -- QNB, institusi kewangan terbesar di Timur Tengah dan Afrika, telah mengumumkan hari ini bahawa sensasi Internet, Khabane "Khaby" Lame, akan menjadi Duta Rasmi Jenama banknya semasa FIFA World Cup Qatar 2022™. Kerjasama ini akan mengukuhkan peranan QNB Group sebagai penyokong Rasmi bagi Timur Tengah dan Afrika serta sebagai Bank Rasmi Qatar bagi kejohanan tersebut.

Internet sensation Khabane "Khaby" Lame, the world’s most followed person on TikTok, is pictured at the official signing ceremony with Ali Rashid Al-Mohannadi, QNB Group Executive General Manager & Group Chief Operating Officer, and Heba Ali Al-Tamimi, QNB Group General Manager Group Communications
Internet sensation Khabane "Khaby" Lame, the world’s most followed person on TikTok, is pictured at the official signing ceremony with Ali Rashid Al-Mohannadi, QNB Group Executive General Manager & Group Chief Operating Officer, and Heba Ali Al-Tamimi, QNB Group General Manager Group Communications

 

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Lame, seorang personaliti yang mempunyai ikutan TikTok terbanyak di dunia dengan jumlah 150 juta pengikut, akan melancarkan iklan televisyen pertamanya dengan QNB Group yang meneroka tema berkisarkan "impian yang tinggi" – etos yang mendasari peranan QNB Group dalam kejuaraan FIFA World Cup™ pada tahun ini. Iklan televisyen tersebut telah ditayangkan buat julung-julung kalinya pada majlis menandatangani perjanjian secara rasmi pada 27 September 2022.

Cik Heba Ali Al-Tamimi, Pengurus Besar  Komunikasi QNB Group berkata: "Pemilihan Khaby Lame sebagai duta QNB semasa kejohanan ini menggambarkan hasrat Qatar yang tiada batasan melalui penganjuran FIFA World Cup Qatar 2022™. Dengan mengejar impiannya, Lame, seperti mana Qatar, telah mencapai matlamatnya. Kami bersama-sama meraikan sebuah dunia yang memungkinkan segala impian dicapai. Ketika Qatar sedang membuat persiapan untuk mengalu-alukan kedatangan berjuta-juta peminat bola sepak pada musim sejuk kali ini, kami berasa begitu berbangga melihat pencapaian kami sebagai sebuah bank dan juga sebuah negara."

Khaby Lame berkata: "Saya gembira kerana dilantik sebagai duta QNB semasa FIFA World Cup Qatar 2022™. Saya percaya bahawa saya mempunyai persamaan dengan QNB, saya menetapkan impian saya dan mencapai sesuatu yang dirasakan mustahil. Saya tidak sabar untuk meneroka kejohanan ini melalui lensa QNB dan mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan."

QNB Group yang kini tersenarai sebagai jenama bank paling berharga di Timur Tengah dan Afrika, merupakan Penyokong Rasmi FIFA World Cup Qatar 2022™ bagi rantau Timur Tengah dan Afrika. QNB akan memperoleh pelbagai aset dan hak di seluruh rantau ini serta pendedahan jenama di Bandar-bandar Tuan Rumah. Kumpulan ini mempunyai rangkaian ATM dan lokasi yang luas dan akan berperanan sebagai satu-satunya penyedia ATM di lokasi bagi kelapan-lapan buah stadium FIFA World Cup Qatar 2022™.

Melalui anak syarikat dan syarikat-syarikat sekutunya, Kumpulan ini memperluas kehadirannya ke lebih 30 buah negara di tiga benua yang menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan canggih secara komprehensif. Jumlah pekerja keseluruhan syarikat ini ialah 27,000 orang yang beroperasi di 1,000 lokasi, dengan rangkaian ATM yang mempunyai lebih 4,700 buah mesin.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1908921/QNB_Group.jpg?p=medium600

Hubungan: 
Kholoud Elderwy
+974 7796 0374

Source: QNB Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Social Media Sporting Events Sports Licensing/marketing agreements