NEW YORK, 29 September 2022 /PRNewswire/ -- Ideanomics(Nasdaq: IDEX), sebuah syarikat global yang memberi tumpuan pada pemecutan penerimagunaan komersial bagi kenderaan elektrik (EV), hari ini mengumumkan bahawa anak syarikatnya Energica akan menyediakan 88 buah motosikal EsseEsse9+ untuk Sidang Kemuncak G20 yang akan datang di Bali, Indonesia. Ini merupakan pesanan tunggal terbesar Energica setakat ini dan bernilai hampir USD2 juta.
"Apabila para perwakilan G20 tiba di Bali, mereka akan disambut dan diiringi oleh pegawai keselamatan yang menunggang motosikal Energica. Ini bermakna pengalaman pertama mereka ketika itu adalah menyaksikan kenderaan sifar pelepasan gas dan berprestasi tinggi beraksi," kata Livia Cevolini, Ketua Pegawai Eksekutif Energica Motor Company. "Saya mengharapkan agar pengalaman ini kekal dalam ingatan setiap perwakilan di sepanjang sidang kemuncak ini serta dalam semua perbincangan tentang perubahan iklim dan pengangkutan."
Polis kebangsaan Indonesia (Poiri) akan menggunakan motosikal Energica ini untuk mengiringi semua perwakilan kerajaan antarabangsa yang menghadiri sidang kemuncak tersebut. Indonesia akan menjadi negara pertama di rantau Asia Pasifik yang akan mengendalikan armada motosikal elektrik sekali gus menunjukkan kepemimpinannya dalam hal ehwal iklim serta perkembangan komitmennya untuk mencapai 2 juta kenderaan elektrik digunakan di jalan raya menjelang tahun 2025.
Energica telah menandatangani satu perjanjian dengan UTOMOCORP, salah sebuah syarikat peruncitan dan pengedaran kenderaan yang terkemuka di Indonesia. Kedua-dua syarikat ini dijangka akan menghantar semua motosikal tersebut kepada pasukan polis Indonesia pada awal bulan November.
"UTOMOCORP berasa bangga kerana dapat menyediakan motosikal elektrik yang tercanggih untuk kerajaan Indonesia yang menyaksikan kenderaan tersebut digunakan oleh pasukan polis. Energica telah diuji dari segi kualiti dan teknologi; ia sejajar dengan komitmen UTOMOCORP untuk menampilkan produk berkualiti dan terkemuka yang seiring dengan perkembangan masa kini. Ini merupakan peringkat permulaan dan saya berharap agar pada masa akan datang, kami dapat membekalkan lebih banyak produk, sama ada untuk keperluan umum atau khas," kata Ketua Pegawai Eksekutif UTOMOCORP, Denny Utomo.
Ideanomics dan Energica telah bersama-sama memperkenalkan motosikal Experia yang baharu, memperluas rangkaian pengedar dan kapasiti pengeluaran global Energica serta melancarkan unit perniagaan Energica Inside untuk membantu lebih banyak industri bergerak ke arah sumber tenaga elektrik dengan lebih pantas.
"Sejak memperoleh pemilikan majoriti Energica pada tahun 2021, matlamat kami adalah untuk membantu mengembangkan keupayaan pengeluaran dan pengedaran mereka," kata Presiden Ideanomics Mobility, Robin Mackie. "Hari ini, kami dapat melihat usaha yang telah kami lakukan bersama-sama membuahkan hasil - Energica merupakan satu-satunya syarikat yang mampu memenuhi pesanan motosikal elektrik yang berkualiti tinggi dan berprestasi tinggi dalam kuantiti yang besar."
Ideanomics sedang menyelesaikan kerumitan elektrifikasi armada dengan menyatukan kenderaan elektrik berprestasi tinggi, infrastruktur pengecasan dan penyelesaian pembiayaan di bawah satu bumbung. Syarikat ini melihat Energica sebagai kenderaan terunggul untuk pasaran kenderaan dua roda dan komited untuk membantu Energica berkembang dan membangunkan aliran pendapatan baharu. Ini termasuk meningkatkan kehadiran Energica di rantau ASEAN dengan menubuhkan Treeletrik sebagai rakan kongsi sokongan selepas jualan dan rakan jualan strategik.
Tentang Ideanomics
Ideanomics ialah sebuah kumpulan global dengan misi yang mudah: mempercepat penerimagunaan komersial bagi kenderaan elektrik. Dengan menyatukan penyelesaian kenderaan, pengecasan dan pembiayaan di bawah satu bumbung, kami merupakan rakan kongsi sehenti yang diperlukan untuk memudahkan peralihan dan pengendalian mana-mana armada EV. Untuk mengikuti perkembangan Ideanomics, sila ikuti syarikat ini di media sosial @ideanomicshq atau layari https://ideanomics.com.
Pernyataan Perlindungan Selamat
Sebarang pernyataan yang terkandung dalam siaran akhbar ini yang tidak menerangkan fakta sejarah boleh dianggap sebagai pernyataan berpandangan ke hadapan mengikut takrifan Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933, sebagaimana yang dipinda, dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934, sebagaimana yang dipinda, termasuk pernyataan mengenai jangkaan masa pemfailan Borang 10-K, keupayaan Syarikat untuk mematuhi syarat-syarat penyenaraian berterusan Nasdaq secara berulang dan perkara-perkara yang berkaitan. Pernyataan berpandangan ke hadapan ini sering dikenal pasti melalui penggunaan istilah berpandangan ke hadapan seperti "percaya," "menjangka," atau ungkapan serupa yang melibatkan risiko dan ketidakpastian yang diketahui dan tidak diketahui. Sebarang pernyataan berpandangan ke hadapan yang terkandung di sini adalah berdasarkan jangkaan semasa, tetapi tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada apa yang ditunjukkan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, risiko dan ketidakpastian yang berkaitan dengan kegagalan Syarikat untuk memfailkan Borang 10-K mengikut garis masa yang dijangkakan serta faktor risiko lain yang dibincangkan dari semasa ke semasa dalam pemfailan Syarikat dengan SEC. Faktor-faktor ini dan lain-lain faktor telah dikenal pasti dan diterangkan dengan lebih terperinci dalam pemfailan Syarikat dengan SEC, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Borang 10-K dan Borang 10-Q. Syarikat secara jelas menafikan sebarang hasrat atau kewajipan untuk mengemas kini pernyataan berpandangan ke hadapan ini melainkan jika dikehendaki oleh undang-undang.
Hubungan:
Ideanomics, Inc.
Tony Sklar, Naib Presiden Kanan Perhubungan Pelabur
1441 Broadway, Suite 5116, New York, NY 10018
ir@ideanomics.com
Theodore Rolfvondenbaumen, Pengarah Komunikasi
Trolfvondenbaumen@ideanomics.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1492395/Ideanomics_Logo.jpg?p=medium600