omniture

Casio bakal Lancar G-SHOCK Saiz Sederhana

CASIO COMPUTER CO. LTD
2022-09-29 09:00 142

Menampilkan Bezel Logam Mewah dan Muka Jam Berdimensi

TOKYO, 29 September 2022 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan pada hari ini pelancaran penambahan terkini kepada barisan jam tangan kalis hentakan G-SHOCK. GM-S110 ialah jam tangan kombinasi digital-analog dengan reka bentuk saiz sederhana yang menampilkan bezel logam mewah dan muka jam berdimensi. Jam tangan baharu ini akan tersedia dalam empat model.

GM-S110
GM-S110

Dengan reka bentuknya yang berorientasikan kekuatan, jam tangan G-SHOCK telah lama menjadi popular, terutamanya dengan rangkaian luas pengguna lelaki. Kini, untuk menawarkan perkhidmatan kepada kumpulan peminat yang lebih pelbagai, Casio menambah tumpuan untuk meluaskan barisan jam tangannya untuk wanita dan membangunkan model-model lebih kompak yang boleh dipakai oleh sesiapa sahaja.

GM-S110 baharu ini direka bentuk agar elok-elok dengan pergelangan tangan yang lebih langsing, dengan diameter bekas jam 42-mm yang lebih kompak dan selesa serta profil 13-mm lebih nipis yang masih memberikan rintangan kejutan yang anda harapkan pada G-SHOCK. Jam tangan ini menampilkan muka jam berdimensi dengan reka bentuk berdasarkan kepada GMA-S110 yang popular, yang mendapat pujian tinggi daripada pengguna merentas spektrum gender.

Bezel berbentuk rumit mempunyai garis halus yang berasingan dan kemasan cermin diaplikasikan pada permukaan individu bagi meningkatkan tekstur logam. Muka jam tangan, yang terdiri daripada susunan bahagian 3D yang rumit, turut menampilkan kemasan logam yang diaplikasikan pada berbilang komponen untuk melengkapkan bezel logam dengan baik.

Jam tangan baharu ini tersedia dalam empat model. GM-S110-1A menampilkan warna perak bergaya yang menonjolkan tekstur asli logam. GM-S110PG-1A mendapat sentuhan warna yang indah dengan IP emas merah jambu. GM-S110B-8A memiliki rupa yang bergaya hasil daripada IP kelabu. GM-S110LB-2A menggunakan IP biru lembut yang baru dibangunkan. Keanggunan sofistikated pilihan warna ini membuatkan mana-mana jam tangan GM-S110 baharu ini sebagai pelengkap yang hebat untuk sebarang fesyen mahupun gaya.

Maklumat lanjut: https://www.casio.com/intl/news/2022/0929-gm-s110/

GM-S110-1A/GM-S110PG-1A/GM-S110B-8A/GM-S110LB-2A
GM-S110-1A/GM-S110PG-1A/GM-S110B-8A/GM-S110LB-2A

 

Source: CASIO COMPUTER CO. LTD
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail