omniture

SI GROUP MEMPERLUAS PORTFOLIO BAHAN TAMBAHAN PELINCIR DENGAN ANTIOKSIDA AMINIK BAHARU

SI Group, Inc.
2022-09-29 19:29

Syarikat tersebut menambah kapasiti untuk menghasilkan antioksidan aminik ETHANOX™ 4757 di India 

THE WOODLANDS, Texas, 29 September 2022 /PRNewswire/ -- SI Group, sebuah syarikat bahan tambahan berprestasi terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia akan menambah keupayaan dan kapasiti pembuatan untuk mula menghasilkan antioksidan aminik ETHANOX™ 4757 di kemudahannya di Rasal, India. ETHANOX™ 4757 ialah antioksidan utama difenilamina beroktil dan berbutil yang digunakan dalam bahan pelincir, gris, bidang perindustrian dan automotif serta cecair pemindahan haba. Bahan-bahan komersial dijangka tersedia pada suku keempat tahun 2022 dan akan menambah beberapa ribu tan ketersediaan bagi bahan kimia penting ini.

Ketahui lebih lanjut tentang antioksidan aminik ETHANOX™ 4757 dengan melayari www.siigroup.com .

Produk baharu ini melengkapkan rangkaian antioksidan sedia ada SI Group untuk bahan pelincir dan akan mengukuhkan tawaran produk syarikat tersebut untuk para pelanggan bahan pelincirnya. Antioksidan aminik ETHANOX™ 4757 direka untuk memanjangkan hayat pelincir dan merupakan bahagian yang penting dalam pakej bahan tambahan. "SI Group telah menjadi pembekal terkemuka bagi antioksidan fenolik selama beberapa dekad dan kami teruja untuk mengembangkan portfolio kami dengan memasukkan antioksidan aminik. Dengan memanfaatkan integrasi ke belakang kami, SI Group akan dapat menawarkan jaminan bekalan tambahan untuk bahan utama ini kepada para pelanggan kami," kata Stuart McTavish, Pengurus Pembangunan Pasaran  Bahan Api dan Bahan Tambahan Pelincir SI Group.

SI Group terus mencipta nilai untuk para pelanggan bahan pelincirnya melalui tawarannya. "Kami komited terhadap pasaran pelincir dan menyampaikan penyelesaian yang memenuhi keperluan industri. Antioksidan aminik adalah penting kepada pakej bahan tambahan pelincir dan dengan menambah kapasiti di rantau utama ini, para pelanggan kami di seluruh dunia akan turut mendapat manfaat," kata Chuck Reardon, Naib Presiden – Penyelesaian Perindustrian SI Group.

SI Group memasarkan portfolio antioksidan bahan api dan pelincirnya di bawah nama jenama ETHANOX™. Antioksidan ETHANOX™ 4757 boleh digunakan dalam pelbagai penggunaan pelincir bagi perindustrian, gris dan pengangkutan.

Tentang SI Group
SI Group ialah peneraju global dalam teknologi inovatif bahan tambahan berprestasi, proses larutan, bahan farmaseutikal aktif dan bahan perantara kimia. Penyelesaian SI Group adalah penting untuk meningkatkan kualiti dan prestasi pelbagai barangan perindustrian dan pengguna dalam industri plastik, getah & pelekat, bahan bakar & pelincir, lapangan minyak dan industri farmaseutikal. Tapak pembuatan global SI Group merangkumi 20 buah kemudahan di tiga benua yang memberikan perkhidmatan kepada para pelanggan di 80 buah negara dengan kira-kira 2,000 orang pekerja di seluruh dunia. Pada tahun 2021, SI Group menerima anugerah emas untuk tanggungjawab sosial korporat oleh EcoVadis dan berada di kedudukan lima peratus teratas daripada lebih 50,000 syarikat di seluruh dunia. SI Group berinovasi dan mendorong perubahan untuk mewujudkan nilai dengan penekanan terhadap keselamatan, kimia dan hasil yang luar biasa. Ketahui lebih lanjut di www.siigroup.com.

Hubungan Media: Joseph Grande
Telefon: + 1.413.684.2463
joe@jgrandecommunications.com

Logo:  https://mma.prnasia.com/media2/95496/si_group__inc__logo.jpg?p=medium600

Source: SI Group, Inc.
Keywords: Chemical Computer/Electronics New products/services