-- Para Ketua Pegawai Eksekutif daripada Seluruh Ekosistem Mudah Alih akan Memberi Ucapan di Barcelona
LONDON, 12 November 2013 /PRNewswire/ -- GSMA, hari ini mengumumkan beberapa penceramah ucapan dasar baharu bagi Kongres Dunia Mudah Alih 2014 termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif bagi Alcatel-Lucent, Citigroup, EMC, Lookout dan NTT DOCOMO. Syarikat tersebut turut mengesahkan rakan kongsi baharu yang akan menyertai Program Paparan seperti Acara Rakan Kongsi, Persidangan Pembangun App, Siri Forum, Latihan Profesional dan sesi Power Hour. Kongres Dunia Mudah Alih akan diadakan pada 24 hingga 27 Februari di Fira Gran Via, Barcelona.
"Kongres ini dijangka akan menarik lebih 72,000 ahli profesional daripada industri mudah alih serta sektor industri lain seperti automotif, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan kewangan. Ini benar-benar menjadikan Kongres Dunia Mudah Alih suatu acara mudah alih yang mesti dihadiri," kata Michael O'Hara, Ketua Pegawai Pemasaran, GSMA. "Tambahan unsur seperti mPowered Industries, evolusi program persidangan kami yang berterusan dan perkembangan pameran ini menjanjikan suatu pengalaman yang lebih bermaklumat dan bernilai kepada para hadirin Kongres Dunia Mudah Alih."
Penceramah Ucapan Dasar Daripada Seluruh Ekosistem Mudah Alih
GSMA telah mengesahkan pertambahan penceramah ucapan dasar bagi persidangan Kongres Dunia Mudah Alih, termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif pengendali mudah alih, penyedia infrastruktur, syarikat perisian dan organisasi daripada sektor industri seperti perkhidmatan kewangan. Penceramah ucapan dasar baharu termasuklah:
Para pegawai eksekutif yang disahkan pada hari ini turut menyertai penceramah ucapan dasar sebelum ini termasuklah:
Bagi maklumat lanjut berkaitan program persidangan Kongres Dunia Mudah Alih, sila layari www.mobileworldcongress.com/conference.
Rakan Kongsi dan Penganjur Baharu bagi Program Paparan
GSMA mengumumkan beberapa rakan kongsi baharu yang menyertai pelbagai Program Paparan yang menepati kepentingan dan keperluan khusus para hadirin, termasuklah Acara bagi Rakan Kongsi, Persidangan Pembangun App, Siri Forum, Latihan Profesional dan sesi Power Hour. The Wireless Broadband Alliance (WBA) telah mendaftar sebagai Rakan Kongsi Acara dan akan menganjurkan Persidangan Kemuncak Wi-Fi Pembawa yang sulungnya di Kongres Dunia Mudah Alih bermula pada 24 hingga 27 Februari. CA Technologies, GTI, IBM, McCann World Group dan Taiwan Trade Center Barcelona turut disahkan terlibat sebagai Rakan Kongsi Acara baru-baru ini.
Bagi acara App Planet, Nokia dan Microsoft disahkan akan menganjurkan ADC pada 25 Februari. Juniper Networks merupakan Rakan Kongsi Siri Forum terbaharu bagi Forum LTE & Backhaul yang berlangsung pada 24 Februari sementara Award Solutions dan Strategy Analytics akan mengadakan sesi Latihan Profesional bermula pada 24 hingga 26 Februari. Akhir sekali, Intersec akan mengadakan sesi Power Hour pada 27 Februari yang dibuka kepada semua hadirin Kongres Dunia Mudah Alih. Bagi maklumat lanjut tentang Program Paparan, sila layari www.mobileworldcongress.com/featured-programmes/.
NFC Experience di Kongres Dunia Mudah Alih
Berikutan kejayaannya di Kongres Dunia Mudah Alih 2013, NFC Experience semakin diperluas bagi menawarkan lebih kepelbagaian perkhidmatan NFC mudah alih bagi para hadirin yang menggunakan peranti yang dibolehkan NFC. Para hadirin Kongres Dunia Mudah Alih digalakkan untuk membawa telefon bimbit yang dibolehkan NFC milik mereka dan mengambil peluang terhadap kemudahan yang ditawarkan pada persidangan tersebut seperti akses tempat, perkhidmatan katering dan perangkaian serta demonstrasi produk dan perkhidmatan aplikasi terkini NFC termasuklah peruncitan, perdagangan dalam talian, pengangkutan dan sebagainya.
Para hadirin Kongres Dunia Mudah Alih dengan telefon bimbit yang dibolehkan NFC boleh kembali menggunakan NFC Badge untuk memasuki Fira Gran Via tanpa perlu mengeluarkan foto ID, dan bermula tahun ini, para hadirin yang layak juga boleh menggunakan NFC Badge untuk memasuki kemudahan persidangan di Dewan 4. Para hadirin yang menggunakan NFC Badge buat kali pertamanya akan dapat memuat naik foto mereka apabila mendaftar untuk acara itu; para hadirin yang menggunakan NFC Badge di Kongres Dunia Mudah Alih 2013 boleh terus menggunakan foto mereka yang sah pada persidangan tahun 2014 bagi membolehkan akses yang pantas dan mudah ke lokasi persidangan.
Majlis Sambutan Media Dunia Kongres Mudah Alih
GSMA akan menjadi tuan rumah rasmi Majlis Sambutan Media Kongres Dunia Mudah Alih dari 17:00 hingga 19:00 pada hari Ahad, 23 Februari di Fira Gran Via. Majlis sambutan koktel perangkaian ini akan menawarkan peluang kepada wartawan bertauliah dan penganalisis industri untuk bertemu syarikat yang menerajui dari seluruh ekosistem mudah alih dan juga untuk pratonton aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu dalam suasana sosial yang selesa. Majlis tersebut akan menampilkan beberapa pertunjukan pameran dan demonstrasi pilihan. Penganjur Demonstrasi Majlis Sambutan Media yang pertama ini termasuklah Current Analysis, Lantiq Deutschland GmbH dan Rubicon Project. Bagi maklumat lanjut tentang Sambutan Media dan Media Village di Kongres Dunia Mudah Alih, sila layari www.mobileworldcongress.com/press.
Pendaftaran Kongres Dunia Mudah Alih Kini Dibuka
Pendaftaran bagi Kongres Dunia Mudah Alih 2014 kini dibuka; individu yang berminat untuk mendaftar boleh layari www.mobileworldcongress.com/registration/. Bagi maklumat lanjut tentang Kongres Dunia Mudah Alih, seperti bagaimana untuk menghadirinya, menjadi pempamer atau penganjur, sila layari www.mobileworldcongress.com.
Kongres Dunia Mudah Alih merupakan batu asas Pusat Dunia Mudah Alih, yang akan berlangsung di Barcelona bermula dari tahun 2013 hingga 2018. Pusat Dunia Mudah Alih merangkumi program dan aktiviti yang berlangsung sepanjang tahun dan memberi manfaat bukan sahaja kepada para penduduk Barcelona, Catalonia dan Sepanyol, malahan juga kepada industri mudah alih seluruh dunia. Bagi maklumat lanjut tentang Pusat Dunia Mudah Alih, sila layari www.mobileworldcapital.com.
Latar Belakang GSMA
GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih seluruh dunia. Dengan rangkuman yang melebihi 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih dunia dengan 250 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas termasuklah pembuat telefon bimbit dan peranti, syarikat perisian, penyedia peralatan dan syarikat Internet dan juga organisasi dalam sektor industri seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan utiliti. GSMA juga menganjurkan acara yang menerajui industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Asia Mudah Alih.
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web korporat GSMA, www.gsma.com. Ikuti GSMA melalui Twitter: @GSMA.