omniture

Kimberly Nelson dilantik sebagai Presiden Kemin Nutrisurance

Kemin Industries
2022-09-30 07:00

Generasi ketiga daripada ahli keluarga Nelson bersedia untuk memimpin perniagaan makanan haiwan peliharaan dan teknologi penghasilan makanan

DES MOINES, Iowa, 30 September 2022 /PRNewswire/ -- Kemin Industries, sebuah syarikat pengeluar bahan global yang berusaha untuk mengubah kualiti kehidupan harian bagi 80 peratus penduduk dunia secara lestari melalui produk dan perkhidmatannya, telah melantik Kimberly Nelson, generasi ketiga daripada ahli keluarga pengasas Kemin, sebagai Presiden Kemin Nutrisurance, iaitu unit perniagaan makanan haiwan peliharaan dan teknologi penghasilan makanan syarikat tersebut.

Kimberly Nelson, a third-generation member of Kemin Industries' founding family, has been named president of the company's pet food and rendering technologies business unit.
Kimberly Nelson, a third-generation member of Kemin Industries' founding family, has been named president of the company's pet food and rendering technologies business unit.

Kemin, sebuah syarikat pemilikan dan kendalian keluarga, telah diasaskan oleh datuk dan nenek Nelson, iaitu R.W. dan Mary Nelson, 61 tahun yang lalu. Nelson telah berkhidmat dengan Kemin selama tujuh tahun dengan menyandang jawatan terkini sebagai Pengurus Besar – Amerika Utara, Kemin Nutrisurance. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, unit perniagaan global tersebut menyaksikan pertumbuhan jualan sebanyak dua digit walaupun berdepan cabaran pandemik COVID-19 dan tekanannya terhadap rantaian bekalan.

"Saya teruja untuk memimpin Kemin Nutrisurance dan berasa amat berbangga dapat meneruskan kerja-kerja penting yang telah diusahakan oleh keluarga saya sejak enam dekad yang lalu," kata Nelson. "Sebagai seorang pemilik haiwan peliharaan, saya sendiri amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada unit perniagaan ini dan saya tidak sabar untuk meneruskan kejayaan kami serta mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai peneraju industri."

Sebelum menyertai Kemin Nutrisurance, Nelson berkhidmat sebagai Presiden Kemin Textile Auxiliaries yang beroperasi di bawah jenama Garmon Chemicals yang menyediakan penyelesaian kimia menyeluruh untuk industri denim dan pakaian. Nelson telah membantu mengetuai pengambilalihan Garmon Chemicals pada awal tahun 2018 dan berkhidmat sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan, dan kemudian Pengurus Besar – India untuk Kemin Textile Auxiliaries.

"Saya berbesar hati untuk menaikkan pangkat Kimberly Nelson ke jawatan Presiden Kemin Nutrisurance kerana beliau telah menunjukkan kepemimpinan berfokuskan kakitangan serta kepakaran perniagaan yang diperlukan untuk membimbing perniagaan makanan haiwan peliharaan dan penghasilan makanan kami," kata David Raveyre, Presiden Kumpulan Seluruh Dunia Kemin Industries. "Kimberly mempunyai rekod prestasi yang cemerlang dalam memacu inovasi dan telah menunjukkan keupayaannya untuk mengetuai unit perniagaan global secara berkesan. Dengan hasil yang telah beliau tunjukkan, saya yakin beliau akan dapat meneruskan legasi keluarga Nelson dan Kemin yang mengagumkan."

Nelson menghabiskan masa selama lima tahun dalam bidang pemasaran di Hong Kong sebelum menyertai Kemin pada tahun 2017. Beliau menerima ijazah sarjana muda dari Universiti Northwestern dan ijazah sarjana dari Kolej Seni dan Reka Bentuk Savannah.

Nelson akan memulakan tugas baharu beliau pada bulan Oktober 2022, manakala Alberto Muñoz yang kini merupakan Pengarah Pemasaran Kemin Nutrisurance akan mengisi kekosongan jawatan beliau sebelum ini sebagai Pengurus Besar – Amerika Utara untuk unit perniagaan tersebut.

Tentang Kemin Industries
Kemin Industries (www.kemin.com) ialah pengeluar bahan makanan global yang berusaha untuk mengubah kualiti kehidupan harian bagi 80 peratus penduduk dunia secara lestari melalui produk dan perkhidmatannya. Syarikat ini membekalkan lebih 500 bahan khusus untuk kesihatan dan pemakanan manusia serta haiwan, makanan haiwan peliharaan, akuakultur, nutraseutikal, teknologi makanan, teknologi tanaman, tekstil, biobahan api dan industri vaksin haiwan.

Selama lebih setengah abad, Kemin telah dikhususkan untuk mengguna pakai sains gunaan bagi menangani cabaran industri dan menawarkan penyelesaian produk kepada para pelanggan di lebih 120 buah negara. Kemin menyediakan bahan makanan untuk dibekalkan kepada populasi yang semakin meningkat dengan komitmennya terhadap kualiti, keselamatan dan keberkesanan makanan, makanan ternakan serta produk berkaitan kesihatan.

Ditubuhkan pada tahun 1961, Kemin ialah sebuah syarikat persendirian berasaskan pemilikan dan kendalian keluarga dengan lebih 3,000 orang pekerja di seluruh dunia dan beroperasi di 90 buah negara, termasuklah kemudahan pembuatan di Belgium, Brazil, China, Mesir, India, Itali, San Marino, Singapura, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat. 

© Kemin Industries, Inc. dan kumpulan syarikatnya pada tahun 2022. Hak cipta terpelihara. ® TM Tanda Dagangan Kemin Industries, Inc., U.S.A
Pernyataan, pelabelan produk dan tuntutan tertentu mungkin berbeza mengikut lokasi geografi atau sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan kerajaan.

Hubungan Media: 
Diogo Craveiro, Pengurus Komunikasi Pemasaran Global | diogo.craveiro@kemin.com, +1 515 559 5361 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1907956/Kimberly_Nelson.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/901853/New_Kemin_Logo.jpg?p=medium600

Source: Kemin Industries
Keywords: Food/Beverages Retail Animals/Pets Personnel announcements