omniture

Tata Communications lancar Pusat Kecemerlangan Global 5G Persendirian di India

Tata Communications
2022-09-30 17:29

Ujian 5G Persendirian sedang dijalankan di India yang membolehkan transformasi digital perusahaan melalui kuasa 5G

MUMBAI, India, 30 September 2022 /PRNewswire/ -- Tata Communications, sebuah syarikat pendaya ekosistem digital global, hari ini melancarkan sebuah Pusat Kecemerlangan Global 5G Persendirian (CoE) di Pune, India untuk mempercepat penggunaan dan keupayaan Industri 4.0 bagi perusahaan. CoE baharu ini merupakan sebuah kemudahan yang tangkas, selamat dan tertutup untuk menguji dan mencuba kes penggunaan industri. Tata Communications telah membangunkan kes penggunaan di seluruh sektor automotif, logam dan perlombongan, lapangan terbang dan pelabuhan, pembuatan, logistik serta penjagaan kesihatan. Syarikat ini akan berada pada kedudukan yang baik untuk mendayakan dan memperkasa perusahaan global agar dapat berkembang dengan lancar ke dalam dunia yang sangat terhubung.

Melalui ujian yang sedang dijalankan, Tata Communications akan dapat menunjukkan kes penggunaan 5G persendirian seperti pemeriksaan peralatan berkualiti secara automatik dengan menggunakan analisis video dan imej, pengurusan inventori dan penjejakan aset, pengesanan kecurian gudang, kerjasama pekerja jarak jauh berasaskan AR/VR serta pembelian runcit yang dikuasakan video dan banyak lagi. Syarikat ini mengikuti langkah-langkah yang kukuh termasuk ujian Saling Kendali untuk menilai keserasian rangkaian persendirian milik Syarikat dengan peranti yang berbeza serta pemantauan dan ujian yang ketat untuk memastikan ketersambungan yang stabil sepanjang tempoh ujian yang dilakukan di CoE.

Mengulas tentang pelancaran tersebut, MysoreMadhusudhan, Naib Presiden Eksekutif Kerjasama dan Penyelesaian Terhubung Tata Communications berkata, "5G mempunyai kuasa transformasi untuk menjadi pembawa perubahan kepada semua. Kami bersemangat dan teruja untuk memanfaatkan teknologi ini bagi mendayakan masa depan perusahaan dan ekonomi. Keputusan awal ujian di Pusat Kecemerlangan Global kami telah terbukti sangat positif dalam menyediakan laluan evolusi ke arah senario Industri 4.0 kepada pelbagai industri. Kami percaya bahawa Pusat ini amat bersedia untuk memperkasa perusahaan untuk masa depan yang sangat terhubung."

Seperti yang digariskan dalam '5G the 5M way' (5G secara 5M), Tata Communications membayangkan era 5G akan memberi tumpuan kepada mengautomasikan hubung kait antara 'Man-Machine-Material-Method-Market' (Manusia-Mesin-Bahan-Kaedah-Pasaran) bagi mendayakan sebuah ekosistem yang menyeluruh. Ekosistem ini akan membolehkan perusahaan mencapai matlamat perniagaan, memperoleh sumber pendapatan baharu, model perniagaan dan memiliki keupayaan bagi menangani pasaran baharu melalui pengalaman digital yang selamat.

Selain itu, Tata Communications telah pun mempunyai dua buah Pusat Kecemerlangan (CoE) di Delhi dan Mumbai, India yang terlibat dalam mereka bentuk, membina dan menunjukkan pelbagai kes penggunaan Internet Benda (IoT). Di Pusat Kecemerlangan tersebut, Syarikat ini telah berjaya mempamerkan beberapa kes penggunaan yang di antaranya seperti lampu jalan pintar, pekerja terhubung, meter utiliti pintar untuk air, gas dan tenaga, penjejakan aset serta sensor suhu dan kelembapan.

Tata Communications sedang menjalankan misi untuk memperkasa perusahaan digital di seluruh industri serta bandar-bandar pintar dengan penyelesaian terhubung yang serba lengkap. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tatacommunications.com.

Tentang Tata Communications 

Sebagai sebahagian daripada Tata Group, Tata Communications (NSE: TATACOMM) (BSE: 500483) ialah sebuah syarikat pendaya ekosistem digital global yang memperkasakan ekonomi digital dan sedang berkembang pesat pada hari ini di lebih 190 buah negara dan wilayah. Dengan kepimpinan melalui kepercayaan, ia mendayakan transformasi digital perusahaan di seluruh dunia melalui kolaborasi dan penyelesaian terhubung, kesalinghubungan teras dan generasi seterusnya, penyelesaian pengehosan awan serta keselamatan dan perkhidmatan media. 300 daripada syarikat Fortune 500 ialah pelanggannya dan syarikat ini menghubungkan perniagaan ke 80% daripada syarikat awan gergasi di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tatacommunications.com

Pernyataan berpandangan ke hadapan dan amaran

Perkataan dan pernyataan tertentu dalam siaran ini berkenaan Tata Communications dan prospeknya serta pernyataan lain, termasuk yang berkaitan dengan jangkaan kedudukan kewangan Tata Communications, strategi perniagaan, pembangunan masa depan operasi Tata Communications dan ekonomi umum di India, merupakan pernyataan berpandangan ke hadapan. Pernyataan sedemikian melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor-faktor lain termasuk kewangan, kawal selia dan alam sekitar, serta faktor yang berkaitan dengan pertumbuhan industri dan unjuran trend yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar Tata Communications atau hasil industri berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau yang tersirat dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini. Faktor-faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza secara material daripada pernyataan berpandangan ke hadapan ini antaranya termasuk kegagalan meningkatkan volum trafik pada rangkaian Tata Communications; kegagalan membangunkan produk dan perkhidmatan baharu yang memenuhi permintaan pelanggan dan menjana margin yang boleh diterima; kegagalan melengkapkan ujian komersial teknologi dan sistem maklumat baharu bagi menyokong produk dan perkhidmatan baharu termasuk perkhidmatan penghantaran suara; kegagalan menstabilkan atau mengurangkan kadar pemampatan harga pada perkhidmatan komunikasi syarikat yang tertentu; kegagalan menyepadukan pengambilalihan strategik dan perubahan dasar kerajaan atau peraturan di India, khususnya perubahan yang berkaitan dengan pentadbiran industri Tata Communications; dan secara amnya, suasana ekonomi, perniagaan dan kredit di India. Faktor tambahan yang boleh menyebabkan hasil, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza secara material daripada pernyataan berpandangan ke hadapan ini yang kebanyakannya di luar kawalan Tata Communications termasuk, tetapi tidak terhad kepada faktor risiko yang dibincangkan dalam Laporan Tahunan Tata Communications Limited. 

Laporan Tahunan Tata Communications Limited boleh didapati di www.tatacommunications.com. Tata Communications tidak bertanggungjawab terhadap dan secara jelas menafikan sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini atau meminda pernyataan berpandangan ke hadapan ini.

© 2022 Tata Communications Ltd. Hak cipta terpelihara.

TATA COMMUNICATIONS dan TATA merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Tata Sons Private Limited di India dan di negara-negara tertentu.

 

 

Source: Tata Communications
Related Stocks:
Bombay:500483 India:EQTATACOMM NASDAQ:VDSGAP
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services