SHANGHAI, 13 November 2013 /PRNewswire/ -- Wison Engineering Services Co. Ltd. ("Wison Engineering" atau dirujuk sebagai "Syarikat", kod stok SEHK: 2236, berserta syarikat subsidiarinya yang dirujuk sebagai "Kumpulan") mengumumkan permulaan operasi Loji Demonstrasi Pengegasan Hibrid Shell-Wison dengan jayanya di Nanjing yang menandakan permulaan fasa demonstrasi dan aplikasi teknologi pengegasan arang batu hibrid Shell-Wison.
Teknologi pengegas hibrid baharu tersebut telah dibangunkan dengan pengalaman yang luas daripada teknologi pengegasan arang batu dan sisa Shell dan menawarkan reka bentuk yang lebih padat berasaskan teknologi pemadaman menggunakan air. Operasi loji demonstrasi yang berjaya ini dibangunkan oleh Wison Engineering Ltd. yang merupakan syarikat subsidiari bukan milikan penuh secara tidak langsung milik Syarikat. Operasi ini akan membantu menggerakkan pembangunan industri arang batu kepada bahan kimia China.
Teknologi pengegasan arang batu hibrid Shell-Wison ini mampu memproses pelbagai bahan makanan lantas berpotensi menawarkan banyak kelebihan yang termasuk keandalan tinggi dari segi operasi, menjimatkan wang, cekap dan mesra alam yang seterusnya menjadikannya sesuai bagi projek berskala besar.
En. Liu Haijun, Naib Presiden Kanan Wison Engineering berkata, "Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Shell dan seterusnya melakukan demonstrasi teknologi pengegasan arang batu hibrid dengan jayanya. Permulaan yang baik bagi projek demonstrasi ini adalah hasil kerjasama kedua-dua pihak yang benar-benar menunjukkan kepakaran Shell yang tinggi dalam teknologi pengegasan arang batu dan tenaga serta kemampuan teknologi terkumpul Wison Engineering dalam sektor arang batu kepada bahan kimia dan pengalamannya dalam reka bentuk kejuruteraan."
Wison Engineering merupakan salah satu syarikat kejuruteraan di China yang memiliki sebilangan besar teknologi arang batu kepada bahan kimia proprietari. Antara pelbagai teknologi proprietari yang telah dibangunkan syarikat itu dalam bidang arang batu kepada bahan kimia ialah teknologi pemisahan olefin cahaya MTO yang telah berjaya dikomersilkan, yang merupakan teknologi arang batu kepada gas yang sedang dibangunkan dengan kerjasama Foster Wheeler dan Clariant, serta teknologi glikol arang batu kepada etilena yang sedang dibangunkan bersama Universiti Tianjin dan sebagainya.
SUMBER Wison Group