omniture

Cultural Development Fund menyorot inisiatif kebudayaan Arab Saudi semasa Priority Summit di New York

Cultural Development Fund
2022-09-30 20:50

NEW YORK, 30 September 2022 /PRNewswire/ -- Cultural Development Fund (CDF) telah memuktamadkan penglibatannya dalam Priority Summit (Sidang Kemuncak Keutamaan) yang diadakan di Bandar Raya New York. Penglibatan Dana tersebut dalam sidang kemuncak ini memenuhi matlamat lanjutnya untuk mengukuhkan persekitaran kebudayaan Arab Saudi dan memperkasakan orang ramai serta organisasi dalam sektor ini. 

CEO of Cultural Development Fund Mohammed Bin Dayel in a Panel at New York Priority Summit
CEO of Cultural Development Fund Mohammed Bin Dayel in a Panel at New York Priority Summit


Dianjurkan oleh Future Investment Initiative (FII) sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kali ke-77, Priority Summit merupakan sebahagian daripada satu siri acara yang disasarkan untuk menggalakkan perbincangan terbuka bagi menyingkap keutamaan pemikiran dan perasaan individu daripada semua lapisan masyarakat. Agenda Sidang Kemuncak ini terdiri daripada satu siri perbincangan dan debat interaktif dalam kalangan pelbagai pihak berkepentingan untuk membincangkan cabaran global dan mencari penyelesaian bermanfaat yang memberi kesan kepada manusia.

Sebagai pembiaya utama bagi sektor kebudayaan Arab Saudi yang juga merupakan antara peserta Priority Summit, Cultural Development Fund turut mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak ini sebagai rakan strategik rasmi bagi Future Investment Initiative.

Semasa Sidang Kemuncak ini, Mohammed bin Dayel, Ketua Pegawai Eksekutif Cultural Development Fund, menyertai perbincangan panel yang bertajuk The Neo-Renaissance, membincangkan peranan CDF dalam menarik pelaburan, memperkasa sektor budaya serta mewujudkan peluang untuk memajukan ekonomi kebudayaan tempatan

Para tetamu Sidang Kemuncak juga mempelajari tentang kaedah yang digunakan oleh CDF untuk menyokong sektor swasta dan awam bagi mewujudkan sebuah rangka kerja yang memperkasakan sektor kebudayaan dan memastikan kesinambungannya. Sepanjang Sidang Kemuncak ini, CDF menekankan tentang perancangannya yang sejajar dengan objektif Wawasan 2030 Arab Saudi untuk meningkatkan hampir setiap aspek kehidupan di Arab Saudi termasuklah kualiti taraf hidup.

Bin Dayel juga menekankan tentang peranan yang dimainkan oleh CDF untuk bekerjasama dengan dana lain dalam ekosistem pembangunan Arab Saudi serta dorongan untuk mencapai pembangunan negara yang lestari.

Penyertaan CDF dalam Priority Summit ini merupakan sebahagian daripada strateginya untuk menarik pelaburan tempatan dan antarabangsa yang akan membantu mengubah senario budaya di Arab Saudi serta membantu menjadikan negara tersebut sebagai destinasi para peminat kebudayaan global.

Cultural Development Fund berhasrat untuk menjalinkan kerjasama di peringkat kebangsaan dan global, memupuk kerjasama dalam kalangan organisasi yang tampil dalam sektor kebudayaan Arab Saudi serta meneruskan perkongsian strategiknya dengan Future Investment Initiative dengan mengambil bahagian dalam iterasi Persidangan Future Investment Initiative keenam yang dijadualkan akan berlangsung di Riyadh dari 25-27 Oktober 2022.

Cultural Development Fund ialah salah sebuah organisasi utama yang mendayakan kebudayaan tempatan, memupuk ekosistem kebudayaan yang menggalakkan pelaburan, meningkatkan kelestarian serta menerapkan budaya sebagai suatu cara hidup yang akan meningkatkan identiti kebangsaan Arab Saudi dan memenuhi objektif kualiti hidup dalam Wawasan 2030

Dana ini berhasrat untuk mencapai sasaran ini dengan mewujudkan sebuah ekosistem kebudayaan yang menyumbang kepada kepelbagaian ekonomi melalui pemerkasaan dan penyeliaan projek kebudayaan, tarikan perniagaan serta pelaburan dalam program strategik yang membantu sektor kebudayaan Arab Saudi berkembang maju dan meningkatkan keuntungannya.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1906376/Cultural_Development_Fund.jpg?p=medium600

Source: Cultural Development Fund
Keywords: Art Banking/Financial Service Entertainment Trade show news