omniture

Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Tricentis dan veteran industri ujian yang terkenal, Sandeep Johri menyertai Ahli Lembaga Pengarah LambdaTest

LambdaTest
2022-09-30 20:53

Sebagai seorang veteran industri dengan pengalaman selama lebih 25 tahun, Sandeep akan memperkukuh pertumbuhan LambdaTest di peringkat antarabangsa

SAN FRANCISCO, 30 September 2022 /PRNewswire/ -- Sandeep Johri, mantan Ketua Pegawai Eksekutif Tricentis, telah menyertai Ahli Lembaga Pengarah LambdaTest, sebuah platform awan ujian kualiti berterusan yang terkemuka. Sandeep, seorang veteran industri teknologi yang meningkatkan kedudukan Tricentis ke tahap peneraju global dalam ujian perisian, bakal memainkan peranan penting dalam membantu fasa pertumbuhan dan pengembangan LambdaTest yang seterusnya.

Sandeep Johri, the former CEO of Tricentis and testing industry veteran joins the board of LambdaTest
Sandeep Johri, the former CEO of Tricentis and testing industry veteran joins the board of LambdaTest

Sandeep, yang mempunyai pengalaman selama lebih 25 tahun dalam bidang perisian perusahaan, menyandang jawatan terakhirnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tricentis, sebuah platform automasi ujian perusahaan yang terkemuka. Seorang pelabur, usahawan bersiri dan eksekutif teknologi yang prolifik, Sandeep telah bersama-sama mengasaskan beberapa buah syarikat dan kemudian meninggalkannya termasuk, Oblix (Oracle), Dhingana (VMware) dan Blue Lane Technologies (VMware). Beliau merupakan pelabur peringkat permulaan dan penasihat kepada beberapa syarikat teknologi di AS dan India seperti Netezza, Persistent Systems, Alphonso, Cenzic, eBoodle dan Dhingana. Beliau juga telah berkhidmat selama beberapa tahun di HP, menerajui usaha perisian syarikat tersebut dan memainkan peranan penting dalam pengambilalihan Mercury Interactive yang bernilai $4.5 bilion.

Sandeep juga merupakan sebahagian daripada Pathfinders Platform, suatu inisiatif daripada Sequoia India dan Asia Tenggara yang menghubungkan para pengasas peringkat permulaan dengan pengendali dan pelabur global yang unik untuk membantu mereka mencapai kejayaan dalam pasaran baharu. Beliau menyertai Ahli Lembaga Pengarah LambdaTest berdasarkan kapasiti beliau sebagai Pathfinder (Perintis Jalan) yang akan merintis peluang pengembangan global untuk organisasi ini.

Pada masa ini, Sandeep merupakan Ahli Lembaga Pengarah kepada beberapa buah organisasi terkemuka dan menjadi penasihat & pembimbing kepada beberapa orang Pengasas/Ketua Pegawai Eksekutif dengan pengalaman beliau yang luas dalam kepimpinan, strategi, pengambilalihan dan penggabungan serta pengurusan produk. Selain itu, beliau juga berkhidmat sebagai Penasihat Kanan kepada kumpulan Perisian dan Teknologi Perusahaan TPG.

"Sandeep mempunyai pengalaman yang luas dalam mengetuai organisasi teknologi global dan telah memainkan peranan yang penting dalam mengubah industri ini sejak dua dekad yang lalu. Kami berbesar hati dengan penyertaan beliau ke dalam barisan Ahli Lembaga Pengarah LambdaTest. Sebagai salah seorang penasihat terawal LambdaTest, beliau memainkan peranan penting di peringkat awal pertumbuhan kami. Kini, sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Sandeep, akan memainkan peranan penting dalam mengubah perniagaan LambdaTest untuk mencapai pertumbuhan berskala besar dan mempelopori peluang ke pasaran perusahaan baharu," kata Asad Khan, Ketua Pegawai Eksekutif LambdaTest.

"Di LambdaTest, kami sedang berada pada kedudukan yang menarik. Sambil kami berpegang teguh kepada misi kami untuk membangunkan sebuah platform awan ujian kualiti berterusan untuk memudahkan para penguji dan pembangun, kami memperbaharui keseluruhan industri Pembangunan, Keselamatan dan Operasi (DevSecOps) dengan pantas. Di bawah pimpinan Sandeep, LambdaTest bersedia untuk meningkatkan inovasi kami ke tahap seterusnya," tambah Asad.

"Sebagai sebahagian daripada ekosistem ujian sejak lebih 25 tahun yang lalu, saya telah menyaksikan industri ini berkembang. Keseluruhan industri ujian perisian kini mengalami suatu perubahan besar-besaran. LambdaTest menerajui perubahan ini dengan menyumbang kepada komuniti ujian yang lebih besar melalui produk yang inovatif. Saya teruja untuk melihat pembentukan fasa seterusnya dan berharap dapat menggunakan kepakaran saya untuk mencorakkan peluang pertumbuhan LambdaTest," kata Sandeep Johri, Ahli Lembaga Pengarah LambdaTest.

LambdaTest baru-baru ini telah memperoleh pusingan modal teroka berjumlah $45 juta yang diketuai oleh Premji Invest dengan penyertaan daripada para pelabur sedia ada. Syarikat ini turut melancarkan HyperExecute, sebuah platform pengorkestraan ujian pintar generasi seterusnya yang membantu para penguji dan pembangun menjalankan ujian automasi serba lengkap pada kelajuan yang terpantas.

Tentang LambdaTest 

LambdaTest  ialah sebuah platform awan ujian kualiti berterusan terkemuka yang membantu pembangun dan penguji menghantar kod dengan lebih pantas. Lebih 7,000 pelanggan serta lebih satu juta pengguna merentasi lebih 130 buah negara bergantung pada LambdaTest untuk keperluan ujian mereka.

Platform LambdaTest menyediakan pengorkestraan ujian yang selamat, boleh ditingkatkan dan bermaklumat untuk para pelanggan pada peringkat yang berbeza dalam kitaran hayat Operasi Pembangunan (CI/CD) mereka:-

  • Browser & App Testing Cloud (Awan Ujian Aplikasi & Pelayar) membolehkan para pengguna menjalankan ujian manual dan automatik ke atas aplikasi web dan mudah alih yang merentasi lebih 3,000 pelayar, peranti sebenar serta persekitaran sistem operasi yang berbeza.
  • HyperExecute membantu para pelanggan menjalankan dan mengatur grid ujian di awan untuk mana-mana platform dan bahasa pengaturcaraan pada kelajuan yang amat pantas bagi mengurangkan masa ujian yang berkualiti yang sekali gus membantu para pembangun membina perisian dengan lebih pantas.

Untuk maklumat lanjut, sila layari, https://lambdatest.com

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1909711/Sandeep_Johri.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1721228/Lambda_Test_Logo.jpg?p=medium600

Source: LambdaTest
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Personnel announcements