BLED, Slovenia, 14 November 2013 /PRNewswire/ --
Lord of the castle
Syarikat Slovenia «DOO Petsdialog» dengan kerjasama jawatankuasa penganjur bagi Kementerian Pelancongan Slovenia mengumumkan pertandingan antarabangsa «Lord of the castle» dengan hadiah wang tunai sebanyak 100 000 euro. Pemenang pertandingan tersebut juga bakal menjadi penjaga istana purba di tasik Bled selama satu hari. Bagi memenangi hadiah ini, anda hanya perlu memenuhi dua kriteria: anda perlu sekurang-kurangnya berusia 18 tahun (atau mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa anda) dan mempunyai seekor anjing. Pertandingan tersebut telah pun bermula namun masih belum terlambat untuk mendapatkan pekerjaan impian anda ini. Beberapa orang peserta telah mendahului melalui undian hanya dalam tempoh 3 hingga 4 hari dan meninggalkan mereka yang telah pun mendaftar lebih awal.
Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/mnr/64143-DOO-petsdialog-lord-of-the-castle
Memburu «likes»
Bagi menyertai pertandingan ini, anda perlu mengisi borang penyertaan yang ringkas dan mudah, memuat naik foto anjing anda pada laman web kami, petsdialog.com dan menulis cerita pendek berkaitan haiwan kesayangan anda itu. Kemudian, anda dikehendaki mendapatkan sebanyak mungkin 'like' daripada rangkaian sosial. Seramai 20 pesaing paling popular akan dipilih dalam tempoh antara 10 Mac hingga 25 Disember 2014. Antara 20 semifinalis ini, 5 finalis akan dipilih ke Slovenia. Empat daripada mereka pula akan dipilih menerusi undian dalam talian dan individu kelima akan dipilih oleh kalangan juri yang terdiri daripada lima selebriti peringkat global.
Nota berkaitan Slovenia
Para pemenang bagi undian dalam talian akan menerima undangan ke Slovenia bersama anjing mereka dan seorang rakan. Pengalaman penjelajahan mereka mampu menjadi inspirasi untuk blog mereka yang akan diterbitkan pada laman web rasmi pertandingan tersebut. Blogger terbaik akan dipilih oleh para pelayar Internet. Pemenang akan menjadi penjaga istana dengan pendapatan sebanyak 100 000 euro.
Latar belakang syarikat.
«DOO Petsdialog» ditubuhkan di Slovenia pada tahun 2012. Projek utama syarikat ini ialah mencipta portal bermaklumat berbilang bahasa yang unik pada peringkat global bagi pencinta haiwan terutamanya bagi mereka yang gemar melancong bersama haiwan kesayangan mereka. Dengan bantuan portal ini, mereka sentiasa dapat mencari maklumat berkaitan hotel dan restoran mesra haiwan, klinik haiwan, jurulatih haiwan, khidmat khas dan banyak lagi.
Hubungi: Igor Falshin – lord@petsdialog.com
Video: http://www.multivu.com/mnr/64143-DOO-petsdialog-lord-of-the-castle
SUMBER petsdialog.com