omniture

Abbott Sokong Bantuan Kemanusiaan di Filipina

Abbott
2013-11-14 13:07 118

-- Syarikat dan Yayasannya, Abbott Fund, Sumbang Geran dan Produk Penjagaan Kesihatan Berjumlah $450,000 untuk Membantu Mangsa Taufan Super

ABBOTT PARK, Illinois, 14 November 2013  /PRNewswire/ -- Abbott (NYSE: ABT) dan yayasan kedermawanannya, Abbott Fund akan menyumbangkan geran dan produk penjagaan kesihatan berjumlah $450,000 bagi mempercepat bantuan kepada rakyat Filipina selepas bencana Taufan Haiyan. Abbott Fund juga akan menyumbangkan geran berjumlah $350,000 kepada CARE, Direct Relief dan Philippine Red Cross menerusi American Red Cross. Abbott turut mendermakan sebanyak $100,000 bagi mendapatkan produk kritikal seperti antibiotik, solusi rehidrasi oral dan produk pemakanan yang berkaitan kepada rakan lamanya, Direct Relief dan AmeriCares.

"Kami amat bersimpati terhadap setiap individu yang menjadi mangsa kemusnahan Taufan Haiyan," ujar Katherine Pickus, naib presiden Abbott Fund. "Abbott dan Abbott Fund akan terus memberi sokongan bagi mempercepat usaha bantuan kemanusiaan dan menangani krisis kesihatan yang semakin meningkat dalam kalangan mereka yang terlibat dengan bencana tersebut."

Sebagai sebahagian daripada komitmennya terhadap kewarganegaraan global yang bertanggungjawab, Abbott telah pun menyediakan bantuan kemanusiaan kepada seluruh dunia bertahun-tahun lamanya. Terkini, Abbott dan Abbott Fund memberi bantuan penting sebagai usaha kemanusiaannya di Jepun dan Vietnam.

Latar Belakang Abbott dan Abbott Fund
Abbott mempunyai kira-kira 700 pekerja di Filipina yang bertugas untuk mengedarkan dan memasarkan produk semua perniagaannya. Ibu pejabat Abbott Filipina terletak di Manila.

Abbott ialah syarikat penjagaan kesihatan peringkat global yang bertujuan untuk memperbaiki kehidupan melalui penghasilan produk dan teknologi yang meliputi keseluruhan bidang penjagaan kesihatan. Dengan portfolio produk dan perkhidmatan berasaskan sains yang menerajui dalam bidang diagnostik, peralatan perubatan, produk pemakanan dan ubat-ubatan generik berjenama, Abbott terus berkhidmat di lebih 150 negara dan mempunyai kira-kira 70,000 orang pekerja. Lawati Abbott di www.abbott.com dan berhubung dengan kami melalui Twitter di @AbbottNews.

Abbott Fund merupakan yayasan kedermawanan yang ditubuhkan oleh Abbott pada tahun 1951. Misi Abbott Fund ialah membentuk komuniti global yang lebih sihat dengan menggunakan idea kreatif yang menggalakkan perkembangan sains, peningkatan akses penjagaan kesihatan dan memperkukuh komuniti di seluruh dunia. Bagi maklumat lanjut tentang Abbott Fund, sila layari http://www.abbottfund.org

Source: Abbott
Related Stocks:
NYSE:ABT
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Corporate Social Responsibility