DUBAI, UAE, 3 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Dubai akan berubah menjadi pusat digital terunggul di dunia pada bulan hadapan, apabila UAE menganjurkan GITEX GLOBAL, pameran teknologi terbesar di dunia yang menggabungkan syarikat-syarikat paling maju dan para pakar terbaik untuk menyelami proses pembentukan ekonomi Web 3.0.
Mulai 10-14 Oktober 2022 di Pusat Dagangan Dunia Dubai (DWTC), GITEX GLOBAL menampilkan susun atur paling hebat yang pernah dilakukan, dengan tujuh tema berbilang teknologi yang diuji dalam metaverse, masa depan Internet tidak berpusat dan ekonomi digital global yang mampan.
Saiz acara yang mencatat rekod dan pengembangannya yang berterusan ini menggambarkan cita-cita transformasi digital UAE dan wilayah ini, kerana inisiatif kerajaan seperti Program Kebangsaan untuk Pengekod, Strategi Metaverse Dubai dan Next GenFDI mendorong UAE sebagai peneraju ekonomi digital global.
Ini diperkukuhkan lagi dengan pelancaran X-VERSE GITEX GLOBAL 2022 baharu yang ditaja oleh TMRW Foundation dengan kerjasama Decentraland, salah satu perjalanan metaverse paling imersif di dunia yang menampilkan 28 jenama berpengalaman; dan Global DevSlam, perhimpunan terbesar bagi para pengekod dan pembangun di Timur Tengah.
T.Y.T Omar Al Olama, Menteri Negara untuk AI, Ekonomi Digital & Aplikasi Kerja Jarak Jauh berkata: "GITEX tahun ini adalah lebih besar daripada sebelum ini. Ia meliputi ruang seluas dua juta kaki persegi dengan lebih 5,000 pempamer dari lebih 90 buah negara, yang menjadikannya sebagai pameran teknologi yang terbesar sekali di dunia. Tahun ini, pejabat saya telah bekerjasama dengan GITEX untuk memastikan bahawa kami bukan sahaja mempamerkan teknologi, malah sebenarnya mencipta dan membangunkannya."
Trixie LohMirmand, Naib Pengerusi Eksekutif Pengurusan Acara DWTC yang merupakan penganjur GITEX GLOBAL, menambah: "GITEX memenuhi matlamat asalnya untuk membolehkan dan mempercepat ekonomi digital UAE dan pelbagai rakan sekutunya melalui perhubungan yang dijalinkan antara pihak berkepentingan yang benar-benar serius dengan para pakar yang cemerlang dari seluruh dunia, dan hubungan ini direalisasikan menjadi kerjasama yang boleh dimanfaatkan."
GITEX GLOBAL 2022 mengalu-alukan kedatangan 52% pempamer baharu yang julung-julung kali berlaku, yang memilih pameran ini serta UAE sebagai pilihan pertama dalam strategi mereka untuk mengakses pasaran. North Star akan menganjurkan perhimpunan syarikat-syarikat Unicorn terbesar tahun ini di Dubai, dengan 35 syarikat Unicorn dari 15 buah negara yang ingin berkembang ke salah satu pasaran paling pesat berkembang di dunia.
Selain itu, XPENG, sebuah syarikat teknologi terkemuka dan pengeluar EV, telah memilih GITEX GLOBAL untuk melancarkan penerbangan awam pertama di dunia bagi kereta terbang eVTOL rintisnya, X2, dengan sokongan rakan kongsi rasminya iaitu Dewan Perniagaan Dubai.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1912014/GITEX_global.jpg?p=medium600
Video - https://mma.prnasia.com/media2/1912027/GITEX_2022.mp4