KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 November 2013 /PRNewswire/ --
Keluarga COOLiRFET™ daripada International Rectifier menawarkan kecekapan tinggi untuk aplikasi automotif arus tinggi dan berprestasi tinggi
RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), peneraju dunia dalam khidmat pengedaran barangan elektronik dan produk penyelenggaraan, telah mengumumkan ketersediaan keluarga baharu MOSFET COOLiRFET™ yang lulus untuk kegunaan automotif daripada International Rectifier (IR), peneraju dunia dalam teknologi pengurusan kuasa.
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )
Peranti baharu ini memberikan kerintangan keadaan pasang (Rds(on)) tanda aras untuk aplikasi beban berat termasuk stereng kuasa elektrik (EPS), sistem brek dan beban berat lain dalam enjin pembakaran dalaman (ICE) dan platform kenderaan hibrid mikro.
Diluluskan mengikut AEC-Q101, 22 MOSFET saluran N 40V baharu mempunyai teknologi peparit Gen12.7 IR terbukti yang memberikan Rds(on) ultra rendah dalam pakej D2Pak-7P, D2Pak, DPak, TO-262, IPAK dan TO-220. D2Pak-7P tanda aras AUIRFS8409-7P memberikan Rds(on) serendah 0.75mOhm pada 10Vgs dengan pemeringkatan semasa sehingga 240A. Peranti baharu ini menawarkan kehilangan arus rendah dan prestasi runtuhan yang tegap bagi memberikan kecekapan, ketumpatan kuasa dan keandalan yang lebih tinggi. Dengan prestasi ini, banyak aplikasi yang menggunakan peranti COOLiRFET™ baharu ini berjalan dengan suhu yang lebih rendah berbanding dengan MOSFET yang canggih.
MOSFET automotif IR tertakluk pada pengujian purata bahagian dinamik dan statik digabungkan dengan pemeriksaan visual tahap wafer berautomasi 100 peratus sebagai sebahagian daripada inisiatif kualiti automotif IR yang menyasarkan kecacatan sifar. Peranti baharu ini mempunyai kelulusan AEC-Q101 yang memerlukan perubahan dalam Rds(on) yang tidak melebihi 20 peratus selepas 1,000 kitaran pengujian suhu, dan mempunyai senarai bahan yang mesra alam, bebas plumbum dan mematuhi RoHS.
Semua varian dalam keluarga COOLiRFET™ IR sedia dibeli secara terus daripada stok RS untuk penghantaran pada hari yang sama di www.rs-components.com.
Tentang RS Components
RS Components dan Allied Electronics ialah jenama dagangan Electrocomponents plc, peneraju dunia untuk khidmat pengedaran barangan elektronik dan produk penyelenggaraan. Dengan operasi di 32 negara, kami menawarkan lebih 550,000 produk melalui Internet, katalog dan di kaunter belian kepada lebih sejuta pelanggan, menghantar kira-kira 44,000 bungkusan sehari. Produk kami, yang disumberkan daripada 2,500 pembekal yang menerajui, termasuklah barangan elektronik, pengautomatan dan kawalan, ujian dan pengukuran, komponen elektrik dan mekanikal.
Electrocomponents disenaraikan di Bursa Saham London dan pada tahun kewangan lepas yang berakhir pada 31 Mac 2013, mempunyai hasil sebanyak GBP1.24 bilion.
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web www.rs-components.com.
RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745
Edelman Public Relations (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65-6347-2355
Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan ini:
@RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS
RS Components di Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components
RS Components di Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0
Pautan Berkaitan:
Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com
RS Components
www.rs-components.com
DesignSpark
http://www.designspark.com