omniture

Timo - Bank Digital Perintis dan Terkemuka Vietnam - Lantik Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu

Timo Digital Bank
2022-10-04 00:26 48

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 4 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Timo Digital Bank – pelopor bagi perkhidmatan perbankan sosial dan perbankan di Vietnam - mengumumkan bahawa En. Henry Nguyen telah dinaikkan pangkat menjadi Pengerusi Eksekutif. En. Jonas Eichhorst, Ketua Pegawai Kewangan sejak tahun 2021, telah dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dan akan mengekalkan jawatan beliau dalam Lembaga Pengarah. Menerusi jawatan kepimpinan baharu beliau, Jonas akan terus bekerjasama erat dengan Henry dan pasukan kepimpinan kanan di Timo. Perubahan tersebut juga menandakan pencapaian dua-tahun pelancaran semula perkhidmatan Timo di bawah kepimpinan jangka panjangnya bersama Viet Capital Bank.

Sebagai Pengerusi Eksekutif, Henry akan terus mengusahakan strategi dan perancangan serta pengawalseliaan dan hubungan luar termasuk perkongsian dan pakatan strategik. Selain daripada Timo, Henry turut berkhidmat sebagai Pengerusi Phoenix Holdings, yang mana pegangan portfolionya melibatkan rakan-rakan kongsi strategik Timo termasuk VietCredit dan Kredivo, Viet Capital Securities serta Viet Capital Bank.

Timo appoints Mr. Henry Nguyen as Chairman and Mr. Jonas Eichhorst as CEO – Source: Timo
Timo appoints Mr. Henry Nguyen as Chairman and Mr. Jonas Eichhorst as CEO – Source: Timo

Di bawah pengurusan Henry, platform yang dilancarkan semula oleh Timo mengekalkan kedudukan perintisnya sebagai bank digital terkemuka Vietnam. Timo menawarkan rangkaian penuh perkhidmatan perbankan termasuk kad ATM/Debit yang boleh diakses dalam seluruh platform NAPAS, kad kredit Visa dan perkhidmatan perbankan asas yang lain. Ia telah menginovasikan perbankan di Vietnam dengan meneruskan secara bersungguh-sungguh pendekatan moden yang bertumpukan pelanggan terhadap pembangunan produk dan perkhidmatannya.

"Walaupun tugas saya di Timo akan tetap tidak berubah dan tidak diganggu, saya amat teruja dengan kenaikan pangkat Jonas menjadi Ketua Pegawai Eksekutif. Ia memperlihatkan segala kerja keras dan kepimpinan yang ditunjukkan oleh beliau di Timo setakat ini dan dalam masa yang sama menunjukkan harapan yang tinggi dan kuat oleh kami terhadap beliau," kata Henry Nguyen.

Sepanjang 15 tahun yang lalu, Jonas telah menyokong pembangunan pelbagai jenis produk dan perniagaan berskala tinggi dalam pelbagai pasaran baru muncul. Mula menyertai Lembaga Timo pada tahun 2020, Jonas menyandang jawatan Ketua Pegawai Kewangan pada tahun 2021 sebelum dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif ketika ini.

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Timo yang baru dilantik, Jonas berkata: "Timo telah melalui perjalanan yang luar biasa sejak penubuhannya tujuh tahun yang lalu untuk menjadi jenama perbankan digital yang paling dipercayai di Vietnam. Kami mempunyai peluang unik untuk benar-benar menetapkan penanda aras untuk perbankan digital dalam pasara yang berkembang dengan pantas. Akhirnya, kejayaan pelanggan kami dalam memindahkan, mengurus, mengembangkan, mengakses dan melindungi wang mereka mendorong kejayaan kami."

 

Source: Timo Digital Bank
Keywords: Banking/Financial Service Personnel announcements