OLTEN, Switzerland, 14 November 2013 /PRNewswire/ -- Reha Technology AG akan memasang unit Sistem G-EO yang pertama di India bersama Dr. Zameer Jafri mewakili Max Balaji Super Specialty Healthcare di New Delhi dan akan melancarkan operasi terusnya di India.
Pelancaran operasi terus India di New Delhi
Reha Technology AG, syarikat Swiss yang mereka bentuk, mengeluarkan dan mengedar ke peringkat global sistem bantuan robot yang canggih bagi pemulihan neuro, telah membentuk syarikat subsidiari India, Reha Technology India Pvt. Ltd. Syarikat tersebut akan menjalankan operasi dari pejabatnya di New Delhi.
En. Pradeep Singh Dillon, Naib Presiden Eksekutif India, menguruskan kesemua aktiviti Reha Technology India Pvt. Ltd. dan telah membentuk beberapa pasukan yang terdiri daripada pakar dalam bidang jualan dan perkhidmatan klinikal bagi mempercepat pembangunan pasaran yang lebih aktif serta membantu para pelanggan.
En. René Trost, Ketua Pegawai Eksekutif Reha Technology AG memberi komen: "Kami berbangga dapat mencapai satu lagi peristiwa penting dalam perkembangan syarikat pada peringkat global. Pembiayaan syarikat subsidiari India merupakan strategi paling penting buat kami dan merupakan langkah yang bertepatan bagi mengembangkan perniagaan kami di India, yang merupakan salah satu pasaran paling pantas berkembang dalam bidang pemulihan neuro. Kami juga amat berbesar hati dapat menjadikan Dr. Zameer Jafri – Ketua Jabatan di Max Balaji Super Specialty Hospital sebagai pelanggan pertama kami. Masa depan yang cerah sedang menyusuli kami."
The G-EO System™
Sistem G-EO syarikat merevolusikan pemulihan gaya berjalan dan meningkatkan mutu kesudahan bagi pesakit, doktor dan hospital dengan ciri unik mensimulasikan perbuatan memanjat tangga dan berjalan di atas lantai yang realistik serta kemampuan untuk menyesuaikan terapi bagi setiap pesakit.
Ini merupakan sistem yang paling canggih di dunia bagi pemulihan gaya berjalan dan menyediakan rangkaian pilihan paling lengkap untuk latihan gaya berjalan. Masa persediaan pendek, kadar ulangan yang tinggi bagi latihan dan penyesuaian corak gaya berjalan merupakan keunikan sistem ini dan menjadikannya produk istimewa dalam bidang pemulihan neuro bantuan robot.
Latar Belakang Reha Technology AG
Reha Technology AG meningkatkan kualiti hidup bagi setiap individu yang pernah mengalami kecederaan atau kurang keupayaan disebabkan oleh penyakit atau kemalangan. Bagi mencapai matlamat ini, syarikat ini menjalankan penyelidikan dan membangunkan teknologi baharu dalam bidang robotik yang memberi tumpuan terhadap pemulihan bantuan robot dan mencipta teknologi terbaharu dan paling efektif bagi alat pemulihan perubatan. MENJADIKAN HIDUP LEBIH BAIK.
Maklumat perhubungan
Reha Technology AG
Benjamin Berger, Pengarah Pemasaran
Telefon +41-62-205-4488
benjamin.berger@rehatechnology.com
SUMBER REHA Technology AG