omniture

PNAS bekerjasama dengan Straive untuk Perkhidmatan Pengeluaran

Straive (erstwhile SPi Global)
2022-10-04 13:47

SINGAPURA, 4 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- National Academy of Sciences telah memilih Straive, peneraju penyelesaian yang dipacu teknologi untuk Kandungan, Teknologi Pendidikan dan Data, bagi menyediakan perkhidmatan penerbitan kandungan yang serba lengkap untuk terbitan perdananya, Proceedings of the National Academy of Sciences(PNAS) atau Prosiding Akademi Sains Kebangsaan.

PNAS merupakan salah satu jurnal saintifik pelbagai disiplin yang paling banyak dipetik dan komprehensif di dunia yang menerbitkan lebih daripada 3,500 kertas penyelidikan setiap tahun. Jurnal ini merupakan sumber berwibawa bagi penyelidikan asli berimpak tinggi yang merangkumi sains biologi, fizikal dan sosial secara meluas.

Penglibatan ini melibatkan penghasilan kandungan digital, termasuk suntingan salinan, susunan kandungan, semakan pengarang serta suntingan penerbitan menggunakan Platform Penerbitan Kandungan Straive, memastikan pematuhan piawaian editorial tertinggi serta syarat penerbitan PNAS yang ketat.

Mengulas tentang pengumuman tersebut, Diane Sullenberger, Editor Eksekutif PNAS berkata, "Matlamat PNAS adalah untuk menyebarkan penyelidikan saintifik berkualiti tertinggi yang merangkumi pelbagai disiplin dengan liputan seluas mungkin. Dengan bergandingan bersama-sama Straive, kami telah meningkatkan komitmen kami untuk menyampaikan kandungan saintifik berwibawa dengan kualiti tertinggi serta meningkatkan nilainya."

"Kami gembira dapat bekerjasama dengan PNAS. Pendekatan kami melibatkan perkhidmatan penerbitan canggih yang disediakan untuk PNAS yang menyokong keperluan aliran kerjanya yang unik sambil memastikan kecekapan, kualiti dan ketelusan. Pasukan kami bekerjasama rapat dengan kepemimpinan PNAS untuk memastikan integrasi platform dan alat kami yang lancar serta penerimagunaan prosedur PNAS yang tepat," kata Prabhakar Bisen, Presiden merangkap Ketua Pegawai Operasi Straive.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan kandungan Straive, Sila Klik Di Sini.

Tentang PNAS
 Proceedings of the National Academy of Sciences (PNAS), sebuah jurnal kajian semula setara daripada National Academy of Sciences (NAS), merupakan sumber berwibawa bagi penyelidikan asli berimpak tinggi yang merangkumi bidang sains biologi, fizikal dan sosial secara meluas. Jurnal ini mempunyai skop yang bersifat global dan serahan kajian adalah terbuka kepada semua penyelidik di seluruh dunia.

PNAS telah ditubuhkan pada tahun 1914 sempena ulang tahun ke-50 National Academy of Sciences. Sejak itu, jurnal ini telah berusaha untuk menerbitkan hanya penyelidikan saintifik berkualiti tinggi sahaja dan menjadikan penyelidikan tersebut boleh diakses oleh khalayak yang luas. Selain itu, PNAS turut menerbitkan berita sains, Ulasan, Perspektif, Ciri Khas, audio siar dan profil ahli-ahli NAS.

Tentang Straive (dahulunya dikenali sebagai SPi Global)
Straive merupakan sebuah perusahaan teknologi kandungan peneraju pasaran yang menyediakan perkhidmatan data, kepakaran subjek khusus (SME) dan penyelesaian teknologi untuk pelbagai domain seperti kandungan penyelidikan, e-Pembelajaran/Teknologi Pendidikan (EdTech) dan penyedia data/maklumat. Dengan pangkalan pelanggan yang merangkumi 30 buah negara di seluruh dunia, koleksi sumber pelbagai geografi Straive terletak secara strategik di tujuh buah negara: Filipina, India, AS, China, Nicaragua, Vietnam, United Kingdom dan ibu pejabat syarikatnya yang terletak di Singapura.

Untuk pertanyaan media , sila hubungi Anoop Siddak Singh Tuli (anoop.tuli@straive.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1678685/Straive_New_Logo.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1908240/PNAS_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Straive (erstwhile SPi Global)
Keywords: Computer/Electronics Contracts STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)