omniture

HABANOS, S.A. MEMPERSEMBAHKAN MONTECRISTO WIDE EDMUNDO DALAM SEBUAH TAYANGAN PERDANA DI SEPANYOL

Habanos, S.A.
2022-10-04 17:32
  • Acara "La Noche Edmundo" yang dianjurkan oleh Club Pasión Habanos telah diadakan di Estadio Cívitas Metropolitano pada 1 Oktober untuk menampilkan cerut vitola baharu bagi Barisan Edmundo Montecristo. 

HAVANA, 4 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Tabacalera, iaitu rakan kongsi dan pengedar eksklusif Habanos, S.A. untuk Sepanyol, telah mempersembahkan Montecristo Wide Edmundo dalam sebuah tayangan perdana di Madrid, Sepanyol, pada sebuah acara yang dianjurkan oleh Club Pasión Habanos yang dikenali sebagai "La Noche Edmundo".

Montecristo Wide Edmundo (Habanos, S.A.)
Montecristo Wide Edmundo (Habanos, S.A.)

Dengan berlatarbelakangkan Stadium Cívitas Metropolitano yang tiada tandingan, lebih 350 orang peminat tegar yang bertuah berpeluang untuk mencuba vitola yang unik ini buat kali pertama sambil menikmati makan malam eksklusif yang dianjurkan oleh kumpulan Paraguas yang portfolionya merangkumi beberapa buah restoran paling bergaya di ibu negara Sepanyol.

Acara malam penuh keajaiban tersebut dipenuhi dengan kejutan, peraduan dan pelbagai pengalaman yang merangkumi muzik, gastronomi dan sudah tentunya cerut Habanos yang terbaik.

Selain sekumpulan besar peminat tegar dan ahli profesional yang pakar dari dunia Habanos, persembahan tentang Montecristo Wide Edmundo telah dilakukan oleh Juan Girón, Ketua Pegawai Komunikasi Tabacalera S.L.U., dan telah dihadiri oleh José María López Inchaurbe, Naib Presiden Pembangunan, serta Ernesto González dan Alejandro Fernández-Blanco daripada Jabatan Pemasaran Operasi yang mewakili Habanos, S.A.

"Montecristo ialah simbol tradisi, sejarah dan penanda aras citarasa bagi para peminat tegar cerut, yang telah berkembang selama bertahun-tahun untuk dijadikan rujukan dalam inovasi, gaya serta trend, dan penghasilan Wide Edmundo merupakan bukti kepada semua itu," kata José María López Inchaurbe, Naib Presiden Pembangunan Habanos, S.A.

Diumumkan semasa Habanos World Days 2021 (Hari Dunia Habanos 2021), Montecristo Wide Edmundo ialah cerut Habano keempat dan paling tebal dalam barisan produk Edmundo Montecristo yang terkenal. Cerut vitola baharu ini akan dilancarkan pada bulan Oktober di pusat jualan rasmi Habanos di seluruh Sepanyol.

Nota Rasa 

Montecristo Wide Edmundo (Barisan Edmundo) telah diperincikan sebagai "Buatan tangan sepenuhnya dengan isi yang panjang" dengan daun pembalut, isi dan pengikat yang datangnya dari kawasan Vuelta Abajo* di wilayah Pinar del Río*, iaitu tempat di mana tembakau terbaik di dunia dihasilkan dan dibentuk oleh pakar penggulung cerut Cuba.

Vitola Galera: Duke No 3. 125 mm X 21.43 mm. Tolok gelang 54. 13.22 gram.

  • Lapisan penutup: warna karmelit, terang, licin, halus, dengan kilauan kusam.
  • Rasa: rasa kayu yang kuat, tumbuh-tumbuhan, panggangan, dengan sedikit rasa pahit, tanah dan rempah, meninggalkan rasa kopi, kekacang, biji koko hancur, kayu manis, vanila, buah pala dan molases ringan.
  • Aroma: panggang, bakar, pedas dan manis pada asasnya, meninggalkan sedikit aroma bercirikan pokok sedar, kulit, kopi, kismis, badam, vanila, kayu manis dan molases.
  • Kekuatan rasa: bermula daripada sederhana dan seterusnya sederhana hingga kuat.
  • Sedutan: bagus.
  • Pembakaran: sekata dan homogen.
  • Abu: kelabu kusam sederhana dengan jalur logam kelabu muda, padat dan tahan lama.
  • Tempoh merokok: kira-kira satu jam.

Klik di sini untuk memuat turun imej produk beresolusi tinggi

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1912026/Habanos_SA_Montecristo.jpg?p=medium600

 

Source: Habanos, S.A.
Keywords: Entertainment Tobacco New products/services MAT (Mature Audience)