omniture

Cambrex Umum Pengembangan Perniagaan Penyimpanan Kestabilan di Ireland dan Belgium

Cambrex
2022-10-04 23:53

EAST RUTHERFORD, New Jersey, 4 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Cambrex hari ini mengumumkan pengembangan perniagaan penyimpanan kestabilan miliknya iaitu Q1 Scientific yang menawarkan perkhidmatan penyimpanan kestabilan yang terkawal persekitaran kepada industri farmaseutikal, peranti perubatan dan sains hayat. Q1 Scientific akan membuka sebuah kemudahan cGMP yang baharu berkeluasan 20,000 kaki persegi di Belgium dan menambah 10,000 kaki persegi tambahan di kemudahan sedia ada miliknya di Waterford, Ireland. Pengembangan tersebut akan selesai pada separuh pertama tahun 2023.

 

Kemudahan penyimpanan canggih baharu milik Q1 Scientific dengan pantauan dan kawalan suhu di Belgium ini akan terletak di wilayah Liege yang mudah diakses, kira-kira 50 batu dari Brussels. Kemudahan ini akan menyediakan 35,000 ruang penyimpanan suhu terkawal untuk semua zon iklim ICH utama, menyokong ujian kestabilan jangka panjang, pertengahan dan dipercepat, termasuk 2 – 8°C dan 25°C / 60%RH serta 40°C / 75%RH.

Tom Loewald, Ketua Pegawai Eksekutif Cambrex berkata, "Kami gembira dapat mengembangkan perniagaan Q1 Scientific ke Belgium, di mana kami akan dapat memberi perkhidmatan kepada syarikat farmaseutikal di seluruh Jerman, Perancis dan Belanda. Pada masa yang sama, kami akan terus memperluas kemudahan kami di Waterford bagi memenuhi permintaan pasaran Ireland."

Saiz kemudahan Q1 Scientific yang berpangkalan di Waterford telah ditingkatkan sebanyak dua kali ganda dalam tempoh dua tahun yang lalu dan terus berkembang dengan perluasan baharu sebanyak 10,000 kaki persegi ini. 

"Dengan skala dan kepakaran saintifik Cambrex, kami dapat mempercepat rancangan pertumbuhan kami dan melancarkan tapak kedua pada tahun 2023," tambah Stephen Delaney, Pengarah Urusan Q1 Scientific. "Melalui pengendalian dua buah tapak ini akan memberi manfaat yang besar kepada para pelanggan kami di Eropah yang kini boleh mengharapkan masa pusing balik yang lebih pantas bagi pemulangan sampel. Malah kami juga akan dapat menyediakan pilihan pengangkutan terkawal suhu yang lebih besar di tanah besar Eropah."

Cambrex terus mengembangkan keupayaan dan kapasitinya di seluruh rangkaiannya di Amerika Utara dan Eropah untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan pembangunan dan pembuatan ubat-ubatan sumber luaran. 

Tentang Cambrex 

Cambrex ialah sebuah organisasi pembangunan dan pembuatan kontrak (CDMO) global terkemuka yang menyediakan bahan ubat-ubatan, produk ubat-ubatan dan perkhidmatan analisis pada keseluruhan kitaran hayat ubat-ubatan. Dengan lebih 40 tahun pengalaman serta pasukan yang terdiri daripada lebih 2,300 orang pakar yang semakin berkembang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan global dari Amerika Utara dan Eropah, Cambrex merupakan rakan kongsi yang dipercayai dalam pasaran berjenama dan generik untuk pembangunan dan pembuatan berbentuk dos yang telah siap dan API.

Cambrex menawarkan pelbagai teknologi dan keupayaan bahan ubat-ubatan yang khusus termasuk aliran berterusan, bahan terkawal, sains keadaan pepejal, pencirian bahan, penyimpanan kestabilan dan API yang sangat kuat. Selain itu, Cambrex boleh menyokong bentuk dos konvensional termasuk pepejal, separa pepejal dan cecair oral serta mempunyai kepakaran untuk mengeluarkan bentuk dos khusus seperti pelepasan terubahsuai, gabungan dos tetap, pediatrik, tablet dwilapisan, pek stik, topikal, bahan terkawal serta salap steril dan bukan steril.

Tentang Q1 Scientific, sebuah syarikat Cambrex

Q1 Scientific yang merupakan sebuah syarikat Cambrex, telah ditubuhkan di Waterford, Ireland pada tahun 2013 oleh Louise Grubb dan menawarkan perkhidmatan penyimpanan kestabilan yang terkawal persekitaran kepada industri farmaseutikal, peranti perubatan dan sains hayat di kemudahan cGMP miliknya seluas 20,000 kaki persegi. Sebagai syarikat pertama dalam sektor ini yang ditubuhkan di Ireland, Q1 Scientific sedang merevolusikan cara syarikat farmaseutikal menyimpan produk mereka, membantu meningkatkan kepantasan masa yang diambil oleh ubat-ubatan baharu untuk memasuki pasaran serta menjimatkan perbelanjaan syarikat bagi membina dan memantau ruang penyimpanan mereka sendiri. Pada bulan Jun 2022, Q1 Scientific telah diambil alih oleh syarikat AS, Cambrex.

Logo : https://mma.prnasia.com/media2/1198585/Cambrex_Logo.jpg?p=medium600

Source: Cambrex
Keywords: Health Care/Hospital Transportation Future Events