omniture

Syarikat Teknologi Pengiklanan Global, TripleLift Melantik Dave Clark sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Baharu

TripleLift
2022-10-05 00:29

Eksekutif media digital tersebut menyertai syarikat ini bagi mempercepat  strategi media + data dan pengembangan antarabangsa

NEW YORK, 5 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- TripleLift, syarikat teknologi pengiklanan yang memperbaharui penempatan iklan, hari ini mengumumkan bahawa Dave Clark telah menyertai syarikat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Clark baru-baru ini telah berkhidmat sebagai Pengurus Besar di FreeWheel, iaitu sebuah Syarikat Comcast. Beliau menggantikan Eric Berry, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut, yang melepaskan tugas beliau dalam menyelia operasi harian TripleLift. Berry akan terus berada dalam syarikat tersebut sebagai Ahli Lembaga Pengarahnya. Perubahan ini berlaku selepas pertumbuhan yang konsisten selama bertahun-tahun serta pencapaian pelbagai peristiwa penting oleh TripleLift, termasuk penjualan syarikat tersebut kepada Vista Equity Partners dan pengambilalihan 1plusX, sebuah platform pengaktifan data pihak pertama global pada baru-baru ini.

Dave Clark ialah seorang eksekutif media digital yang berpengalaman dengan lebih dua dekad pengalaman merangkumi teknologi pengiklanan, penstriman, perisian dan penerbitan. Sebelum berkhidmat di FreeWheel, beliau memegang pelbagai jawatan kepemimpinan di syarikat yang berkembang pesat dan kukuh termasuk The Weather Channel, Viacom dan Fuse TV. Terkenal dengan kepakaran beliau yang luas dalam bidang operasi dan jualan, Clark mempunyai rekod prestasi yang cemerlang dalam memanfaatkan kekuatan syarikat dan merebut peluang pertumbuhan baharu untuk memaksimumkan potensi masa hadapan.

"Selama bertahun-tahun, saya telah mendapat inspirasi daripada kebangkitan TripleLift untuk menjadi sebuah platform sisi bekalan global terkemuka melalui format yang memberi impak, penyelesaian data yang terkemuka di pasaran serta dengan menyampaikan perkhidmatan pelanggannya yang tiada tandingan," kata Clark, Ketua Pegawai Eksekutif baharu TripleLift. "Saya tidak sabar untuk mengekalkan laluan yang telah menjadikan syarikat ini begitu berjaya serta meneruskan visinya untuk menyatukan media dan data – dari natif hingga CTV."

"Pengalaman Dave yang mendalam dan praktikal di seluruh media digital serta keupayaannya untuk mempercepat pertumbuhan bagi kedua-dua syarikat yang matang dan baru muncul membuatkan beliau berada pada kedudukan yang unik untuk memimpin TripleLift menuju ke hadapan," kata Berry, Pengasas Bersama TripleLift. "Sejak mengasaskan syarikat ini lebih satu dekad yang lalu, saya mendapat keistimewaan untuk bekerjasama dengan pasukan yang berbakat yang telah membantu merealisasikan potensi pertumbuhan syarikat kami. Melangkah ke hadapan, saya amat yakin bahawa Dave adalah orang yang tepat untuk memimpin TripleLift dalam fasa seterusnya."

Pelantikan Clark berlaku selepas TripleLift mengalami perubahan yang pantas selama setahun. Pada bulan Mac, syarikat tersebut telah menyelesaikan pengambilalihan 1plusX, sebuah platform pengaktifan data pihak pertama global, untuk mempercepat strategi media + datanya serta meningkatkan portfolionya dalam penyelesaian data pihak pertama untuk para penerbit dan pengiklan. Pada bulan Ogos, ia telah mengumumkan pengembangan perniagaannya ke rantau DACH untuk membawa pasaran baharu ke pelbagai rantau yang berada di luar A.S. dari EMEA hingga APAC. Pada bulan September, ia telah mengumumkan Vevo sebagai satu lagi rakan kongsi penstriman utama untuk mengintegrasikan teknologi CTV Dalam Rancangan milik syarikat tersebut yang canggih, yang memasukkan jenama dan produk ke dalam program televisyen melalui penempatan produk pasca penerbitan.

Selain itu, Ari Lewine, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Strategi, dan Jacqueline Quantrell, Ketua Pegawai Hasil, akan meletakkan jawatan mereka dari syarikat tersebut.

"Eric, Ari dan Jax masing-masing telah memainkan peranan penting dalam membentuk TripleLift menjadi sebuah syarikat yang sangat berjaya seperti hari ini. Kami berterima kasih atas kesungguhan Eric dan Ari untuk mencapai visi penubuhan mereka serta komitmen Jax untuk mengembangkan perniagaan ini dalam tempoh lima tahun beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Hasil dengan jayanya," kata Martin Taylor, Pengarah Urusan Vista Equity Partners, Presiden OneVista dan Ahli Lembaga Pengarah TripleLift. "Dengan kehadiran Dave, kami telah menemui seorang Ketua Pegawai Eksekutif dengan pengalaman yang begitu sepadan dengan cita-cita syarikat ini serta mampu mengambil peranan pada hari pertama untuk memastikan para pelanggan TripleLift terus mendapat perkhidmatan yang mereka harapkan dan hasil keputusan yang mereka perlukan."

Tentang TripleLift

TripleLift ialah syarikat teknologi pengiklanan yang memperbaharui penempatan iklan dalam era kreatif, media dan data. Pasaran kami memberikan perkhidmatan kepada jenama, penerbit, syarikat penstriman dan platform sisi permintaan yang terkemuka di dunia yang menjalankan lebih 1 trilion transaksi iklan setiap bulan. Pelanggan memilih kami kerana tawaran boleh kendali kami yang merangkumi video natif dan dalam talian serta televisyen terhubung, inovasi yang menyertakan jenama ke dalam kandungan dalam masa nyata serta kepakaran sokongan yang dikhususkan untuk memaksimumkan prestasi rakan kongsi. Malah dengan pengambilalihan 1plusX, para pelanggan boleh mendapat nilai penuh bagi data pemasaran mereka dengan cara yang selamat dari segi privasi melalui platform pengurusan data pihak pertamanya. Sebagai sebahagian daripada portfolio Vista Equity Partners, TripleLift telah muncul dalam Inc. 5000 dan Deloitte Technology Fast 500 selama lima tahun berturut-turut, telah dinobatkan sebagai Syarikat Teknologi Pengiklanan Terhangat dalam senarai Business Insider selama tiga tahun berturut-turut dan telah dianugerahkan dengan Teknologi Pengiklanan TV Paling Inovatif oleh AdExchanger pada tahun 2021. Dapatkan maklumat lanjut tentang cara TripleLift membentuk masa depan pengiklanan di triplelift.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1476042/TripleLift_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: TripleLift
Keywords: Advertising Computer/Electronics Asian-related news Personnel announcements