omniture

Gruppo Campari Pilih BULLDOG

BULLDOG London Dry Gin
2013-11-15 01:29 130

LONDON, 15 November 2013 /PRNewswire/ -- BULLDOG London Dry Gin, yang dianggap sebagai 'gin paling mudah dicampurkan di dunia,' telah bersetuju dengan Gruppo Campari untuk membuat pengedaran di seluruh Amerika Syarikat dan beberapa pasaran antarabangsa lain yang bermula pada 1 Januari 2014. Gruppo Campari merupakan syarikat minuman keras peringkat global yang utama dan pemilik jenama ikonik termasuk Campari®, Aperol®, SKYY® Vodka, Wild Turkey® Bourbon, dan Appleton® Estate Jamaican Rum.

"Kami amat berbesar hati untuk mengumumkan kerjasama kami bersama BULLDOG Gin Company. Bersama BULLDOG Gin, kami akan menjadi syarikat utama dalam kategori gin super premium dalam pasaran utama serta dapat menawarkan kepada para pelanggan dan pengguna kami bahan terbaik bagi Ultimate Negroni," kata Bob Kunze-Concewitz, Ketua Pegawai Eksekutif Gruppo Campari.

"BULLDOG merupakan gin super premium, asli, sangat berkualiti tinggi dan amat menguja buat para pelanggan yang bijak menilai dari seluruh dunia," kata Anshuman Vohra, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BULLDOG. "Kerjasama bersama organisasi kelas pertama yang sangat bersejarah ini merupakan satu penghormatan buat kami. Kerjasama ini juga bersesuaian dengan strategi perkembangan peringkat global kami dan bakal membantu meneruskan perkembangan BULLDOG sebagai peneraju gin premium peringkat global."

Moelis & Co. bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif bagi BULLDOG Gin.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131114/NY14553 )

LATAR BELAKANG BULLDOG

Sejak dilancarkan di Amerika Utara pada tahun 2007 dan di Eropah Barat pada tahun 2009, BULLDOG Gin milikan bebas telah mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama ikonik dan dikenali sebagai salah satu gin unggul yang paling berkembang pesat berkembang di dunia pada hari ini di kedai sekitar Amerika Utara dan Selatan, Eropah Barat serta beberapa bahagian Asia, yang kini diedarkan secara aktif di lebih 26 negara. BULLDOG yang memenangi pelbagai anugerah ini merupakan gin yang disuling sebanyak empat kali dalam periuk tembaga tradisional, diperkaya dengan campuran 12 tumbuhan botani dari lapan negara serta mendapat sentuhan kraf tangan di England.

BULLDOG adalah 40% abv dan dijual di dalam botol berwarna kelabu arang gelap yang ikonik dengan bahu yang lebar serta kolar ikonik yang seakan-akan bertatahkan berlian. Kini, BULLDOG diedarkan di lebih 25 negara dan gin 'Defiantly Delicious' ini merupakan gin super premium yang paling berkembang pesat di seluruh dunia. Wine Enthusiast Magazine yang berpangkalan di Amerika Syarikat menganugerahkan BULLDOG dengan salah satu kedudukan paling tinggi bagi apa-apa gin dan turut menamakannya sebagai satu 'Top 50 Spirit' peringkat global.

LATAR BELAKANG GRUPPO CAMPARI

Davide Campari-Milano S.p.A., bersama rakan sekutunya ('Gruppo Campari') merupakan pemain utama dalam sektor minuman global, dengan perdagangan di lebih 190 negara seluruh dunia dengan kedudukan yang menerajui di Eropah dan Amerika. Kumpulan itu telah diasaskan pada tahun 1860 dan hari ini merupakan pemain keenam yang terbesar dalam industri minuman keras unggul seluruh dunia. Portfolio Kumpulan itu, yang termasuk lebih 50 jenama, meliputi minuman keras, perniagaan teras syarikat, wain dan minuman ringan. Jenama yang terkenal pada peringkat antarabangsa termasuklah Aperol, Appleton, Campari, Cinzano, SKYY Vodka dan Wild Turkey. Campari memiliki 16 loji dan 4 ladang anggur seluruh dunia dengan ibu pejabat yang terletak di Sesto San Giovanni, Itali. Campari mempunyai rangkaian pengedarannya sendiri di 16 negara. Kumpulan itu mempunyai lebih 4,000 pekerja. Saham syarikat utamanya, Davide Campari-Milano S.p.A. (Reuters CPRI.MI - Bloomberg CPR IM) disenaraikan pada Bursa Saham Itali sejak tahun 2001. Bagi maklumat lanjut: www.camparigroup.com

Source: BULLDOG London Dry Gin
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages Contracts