-- Zilbert International Realty Umumkan Emper "Penthouse of Possibilites" Bersaiz 28,000+ di Bekas Bangunan Ikonik Sony Music
MIAMI BEACH, Florida, 15 November 2013 /PRNewswire/ -- Zilbert International Realty, pembrokeran harta tanah mewah yang berpusat di Miami telah mengumumkan tawaran unik bagi harta tanah di Miami Beach: peluang untuk mendapatkan emper dupleks disesuaikan sepenuhnya bersaiz 28,000+ kaki persegi berbumbung yang terletak di tengah-tengah kawasan membeli-belah mewah Lincoln Road. Disebabkan oleh pengezonan liberal dan pelan lantai terbukanya, kawasan yang jarang didapati ini sangat sesuai bagi dana lindung nilai, galeri seni, peruncitan pengkhususan atau kediaman peribadi istimewa.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131113/NY16321)
Emper 605 Lincoln Road yang kini merupakan kondominium terbesar di Miami Beach dalam pasaran dan bernilai $29 juta, menawarkan kepada pembeli komersilnya hak menamakan keseluruhan bangunan itu. Emper 605 Lincoln Road terletak di seberang jalan berhampiran New World Symphony and Park yang terkenal di dunia dan peruncit kebangsaan, restoran, teater dan banyak lagi, dengan lokasinya di Pennsylvania dan Lincoln Road, serta berpusat di Miami Beach dan berhampiran dengan pantai. Harta tanah ini juga menjadi pintu masuk pusat konvensyen Miami Beach yang masih dalam perancangan, direka oleh Rem Koolhaas.
Jeff Miller daripada Zilbert International Realty, salah seorang agen paling cemerlang dalam firma tersebut merupakan agen jualan eksklusif bagi harta tanah yang jarang didapati ini. "Emper yang terletak di 605 Lincoln Road merupakan peluang keemasan buat pembeli yang bijak untuk menghasilkan kediaman yang paling dicari-cari di negara ini atau galeri, studio rakaman, atau ruang pejabat yang paling bergaya. Gunalah imaginasi anda!" kata En. Miller. "Pastinya tidak ada yang setara dengan harta tanah di Miami Beach…atau di mana-mana sahaja di dunia dan kami yakin permintaannya akan meningkat."
En. Miller diiktiraf sebagai seorang broker yang memegang rekod menjual kondominium paling mahal di Florida Selatan, The Setai Residences yang terletak di Miami Beach, dijual pada awal tahun 2013 pada harga $27 juta. Jika berjaya dijual dengan harga yang ditawarkan, emper di 605 Lincoln Road akan memecahkan rekod ini dan menjadi jualan paling tinggi di Florida Selatan.
LATAR BELAKANG ZILBERT INTERNATIONAL REALTY
Zilbert International Realty yang ditubuhkan pada tahun 2003 oleh Presiden Mark Zilbert, merupakan pembrokeran harta tanah perkhidmatan penuh dan unggul dengan pengkhususan dalam harta tanah mewah di seluruh dunia. Inventori harta tanah semasa termasuklah beberapa rumah dan kondominium yang paling mewah di Miami seperti kediaman eksklusif 100 Palm Avenue di Palm Island, Miami dan kediaman Chateau Perancis yang terletak di luar kota Paris di Lembah Loire. Menerusi gabungannya bersama Individu Penting Luxury Real Estate dan LuxuryRealEstate.com, Zilbert dapat dikembangkan ke peringkat global menjangkaui lebih 5,000 profesional harta tanah di 60 negara. Secara keseluruhannya, hasil jualan Zilbert dan rakan kongsi rangkaiannya melebihi $190 bilion setiap tahun. Laman web yang memenangi anugerah itu turut dilawati oleh lebih 50,000 pengunjung setiap bulan.
Bagi maklumat lanjut, layari www.zilbert.com