omniture

Aspire Academy dan FIFA Memulakan Sidang Kemuncak Global Ke-8 dengan tetamu FIFA berprofil tinggi David Beckham dan Wenger

Aspire Academy
2022-10-05 16:41

DOHA, Qatar, 5 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Aspire Academy memulakan Sidang Kemuncak Globalnya yang ke-8 di Doha, kali ini melalui kerjasama dengan FIFA bersama barisan para tetamu berprofil tinggi, termasuk legenda bola sepak, David Beckham dan Arsène Wenger. Sidang Kemuncak Global selama dua hari di Pusat Prestasi Bola Sepak Aspire Academy tersebut menghimpunkan para perwakilan untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan penyelidikan mereka dalam prestasi bola sepak dan sains.

Aspire Academy and FIFA Kick Off the 8th Global Summit with high profile FIFA guests David Beckham and Wenger
Aspire Academy and FIFA Kick Off the 8th Global Summit with high profile FIFA guests David Beckham and Wenger

Buat kali kedua sejak penubuhannya pada tahun 2014, Sidang Kemuncak Global Aspire Academy diadakan secara bersemuka di negara kelahirannya. Dengan hanya 48 hari lagi sebelum Qatar menjadi tuan rumah kepada Piala Dunia, ini merupakan sidang kemuncak edisi khas dengan perwakilan daripada kesemua 32 buah pasukan yang layak menyertai Piala Dunia, disertai oleh lebih 50 ahli Aspire in the World Fellows yang merangkumi beberapa kelab terbesar dalam arena bola sepak global, beberapa persatuan serta liga bola sepak kebangsaan.

Dalam ucapan alu-aluan beliau, Pengarah Aspire Academy, Ivan Bravo, menekankan kepentingan pembangunan belia dalam bola sepak dengan mengatakan bahawa ia merupakan salah satu faktor asas yang penting ke arah kemuncak sukan ini - iaitu Piala Dunia. Bravo menegaskan bahawa Sidang Kemuncak tersebut dianjurkan di Pusat Prestasi Bola Sepak di mana Aspire Academy dan Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA) bergabung. "Kami berasa bangga kerana ini merupakan tempat berkumpulnya semua pasukan kebangsaan Qatar dan merupakan satu contoh di mana pasukan pembangunan belia dan pasukan peringkat tertinggi sukan bola sepak bekerjasama untuk memastikan kesinambungan sukan ini," tambah beliau.

Encik Bravo juga menjemput FIFA untuk menjadi rakan kongsi tetap Sidang Kemuncak Global tersebut bagi edisinya yang akan datang.

Encik Arsène Wenger, Ketua Pembangunan Bola Sepak Global FIFA yang juga merupakan mantan pengurus kelab Arsenal, bersetuju dengan pendapat Encik Bravo tentang kepentingan pembangunan belia. "Saya sudah beberapa kali melawat Aspire Academy dan sentiasa berasa kagum dengan kualiti kemudahan dan latihan di sini serta rasional di sebaliknya," kata beliau. "Terdapat hubung kait secara langsung antara pendidikan dan latihan anak muda dengan kejayaan pasukan kebangsaan senior," tambah beliau.

Semasa Kelas Pengajian beliau, Encik Wenger telah menekankan kepentingan kecerdasan bola sepak dan kepentingan menganalisis data untuk menambah baik mutu permainan. Wenger berkongsi petua tentang cara untuk memahami permainan dan pergerakan pemain.

Encik Wenger juga menetapkan tema utama persidangan ini iaitu "Memberikan impak dengan data". Beliau menjelaskan bagaimana data mampu menghasilkan dan memperkukuh pengalaman pada Piala Dunia yang akan datang. "Sebuah aplikasi akan tersedia kepada para peminat untuk mendapatkan data masa nyata di stadium, manakala pihak media pula akan mendapat akses kepada lebih banyak statistik, begitu juga dengan semua pasukan lain," kata beliau.

Sembang Bersama Bintang hari ini menampilkan bekas pemain tengah Argentina dan Manchester United, Juan Sebastián Verón dalam satu sesi Soal Jawab secara langsung. Beliau juga menekankan tentang bagaimana data boleh memberi impak dalam sukan bola sepak dan memaklumkan bahawa perkara ini adalah sesuatu yang telah mula diterima oleh kelab-kelab di Argentina sejak kebelakangan ini. Beliau mengatakan bahawa analisis data boleh membantu menyokong para pemain dan memaklumkan strategi kepada mereka tetapi turut menegaskan bahawa kreativiti dan kemahiran di padang adalah perkara terpenting. Beliau yakin bahawa Piala Dunia di Qatar akan menjadi sebuah kejohanan yang hebat. "Kepadatan acara dalam kejohanan ini merupakan satu manfaat yang besar untuk pasukan dan para peminat," kata Presiden Estudiantes de La Plata Club.

Sesi pada hari tersebut diakhiri dengan perbincangan meja bulat tentang "Memberikan impak dengan data" yang melibatkan beberapa orang ahli panel termasuk penganalisis dari Croatia, Denmark, Switzerland, Royal Belgian Football Associations, FC Barcelona dan Pakar Fisiologi Bola Sepak Senior Aspire Academy. Mereka mengulangi tanggapan bahawa walaupun data dan analisis sangat penting, namun ia tetap tidak dapat menggantikan kreativiti mahupun kepakaran bola sepak.

Tentang Aspire Academy:
Sejak dilancarkan pada tahun 2004, Aspire Academy untuk Kecemerlangan Sukan telah menjadi salah sebuah akademi sukan kebangsaan yang terkemuka di dunia. Berfungsi sebagai sebahagian daripada Aspire Zone Foundation – sebuah destinasi sukan antarabangsa – Aspire Academy memainkan peranan penting dalam revolusi sukan yang sedang berlaku di Qatar dan di sekitar rantau ini. Akademi ini sedang memikirkan, menggalakkan dan melaksanakan kecemerlangan yang membawa pembaharuan dalam latihan sukan dan pembangunan atlet elit yang membolehkan seluruh generasi atlet Qatar yang berbakat, berdisiplin dan komited, mengejar impian mereka dalam bidang sukan.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1913730/Aspire_summit.jpg?p=medium600

Source: Aspire Academy
Keywords: Entertainment Sporting Events Sports Trade show news