COLOGNE, Jerman, 5 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- infodas, penyedia Penyelesaian Silang Domain (CDS) terkemuka, mengumumkan bahawa Gerbang Keselamatan SDoT-nya telah secara rasmi menerima pensijilan NITES (National IT Evaluation Scheme atau Skim Penilaian IT Kebangsaan) daripada Agensi Keselamatan Siber yang berprestij di Singapura. Pensijilan peringkat atasan ini sekali lagi memastikan bahawa Gerbang Keselamatan SDoT boleh digunakan dalam persekitaran yang sangat sensitif mengikut piawaian kebangsaan dan antarabangsa, dengan salah satu penilaian keselamatan yang paling mencabar dijalankan oleh beberapa buah makmal ujian bebas.
Gerbang Keselamatan SDoT direka bentuk dan dihasilkan di Jerman mengikut prinsip reka bentuk keselamatan oleh kakitangan yang melalui saringan keselamatan. Ia memenuhi spesifikasi paling ketat dari Pejabat Persekutuan Jerman untuk Keselamatan Maklumat (BSI), EU dan NATO. Gerbang Keselamatan ini telah digunakan selama lebih 10 tahun dalam persekitaran yang paling sukar dan paling sensitif di seluruh dunia, menyediakan pertukaran maklumat yang selamat antara rangkaian dengan keperluan perlindungan yang berbeza. Dengan Gerbang Keselamatan SDoT, INFODAS GmbH menyediakan penyelesaian fleksibel bagi pertukaran data antara domain rangkaian dengan kategori yang berbeza dan telah mendapat kelulusan am BSI sehingga VS-GEHEIM selama bertahun-tahun. Gerbang Keselamatan SDoT ini disenaraikan dalam Katalog Produk Jaminan Maklumat NATO (www.ia.nato.int/NIAPC) dan sebagai Penyelesaian Silang Domain, ia menyediakan penyelesaian untuk pelbagai cabaran segmentasi rangkaian untuk pihak berkuasa awam, tentera dan syarikat infrastruktur kritikal.
"infodas mempunyai pengalaman selama bertahun-tahun dalam bidang keselamatan maklumat dan pendigitan data yang sangat sensitif. Gerbang Keselamatan SDoT telah diuji secara bebas dan dianugerahkan pensijilan NITES. Proses akreditasi ini dapat dilakukan berikutan kerjasama yang intensif antara pasukan pensijilan dan pasukan projek kami di Agensi Keselamatan Siber (CSA) dari Singapura. Ini sekali lagi menunjukkan komitmen kami untuk mengekalkan standard keselamatan tertinggi dan kami gembira kerana pensijilan peringkat tinggi ini memastikan piawaian infodas yang tinggi terhadap kualiti dan keselamatan produk serta memenuhi keperluan rakan kongsi dan pelanggan di Asia," ujar Marc Akkermann, Pengarah Jualan infodas. "Hasilnya, para pelanggan kami memiliki produk berprestasi tinggi dan selamat yang sentiasa tersedia. Dengan pelaksanaan ini, kami ingin menjadi faktor yang berterusan dan dipercayai oleh para pelanggan kami dalam bidang keselamatan maklumat. Ini hanyalah satu langkah permulaan. Pencapaian seterusnya ialah tambahan pensijilan Common Criteria Scheme Singapura (SCCS) ke dalam pensijilan Common Criteria EAL4+ yang telah pun dicapai dan disenaraikan dengan CCRA serta perjanjian SOG-IS Eropah. Melalui kerjasama dengan rakan kongsi kami, kami ingin menjadikan dunia digital lebih selamat."
Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.commoncriteriaportal.org/dan https://www.sogis.eu/
Tentang Agensi Keselamatan Siber Singapura
Agensi Keselamatan Siber (CSA) ialah sebuah agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan diuruskan oleh Kementerian Komunikasi dan Maklumat Kerajaan Singapura. Ia menyediakan pengawasan fungsi keselamatan siber kebangsaan berpusat dan bekerjasama dengan sektor terkemuka untuk melindungi infrastruktur maklumat kritikal (CII) di Singapura, seperti sektor tenaga dan perbankan. Ditubuhkan pada 1 April 2015, agensi ini juga bekerjasama dengan pelbagai industri dan pihak berkepentingan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan siber dan memastikan kemajuan keselamatan siber di Singapura.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.csa.gov.sg/
Tentang infodas
INFODAS GmbH telah ditubuhkan pada tahun 1974 dan merupakan salah sebuah syarikat perundingan dan perisian keselamatan maklumat yang terkemuka di Jerman. Syarikat bersaiz sederhana ini menyediakan perkhidmatan kepada syarikat, pihak berkuasa awam dan pasukan ketenteraan dalam mereka bentuk konsep dan melaksanakan pendekatan yang komprehensif terhadap keselamatan maklumat dan perlindungan infrastruktur IT. Di samping itu, syarikat ini juga membangunkan produk yang sangat selamat untuk pertukaran domain (Penyelesaian Silang Domain) dan perlindungan infrastruktur kritikal. Beberapa produk dalam kumpulan produk SDoT infodas diluluskan untuk klasifikasi SECRET serta SECRET NATO dan EU. Selain ibu pejabatnya yang terletak di Cologne, syarikat ini juga mempunyai pejabat di Berlin, Bonn, Hamburg dan Munich. INFODAS GmbH telah diperakui oleh Pejabat Persekutuan Jerman untuk Keselamatan Maklumat (BSI) sebagai penyedia perkhidmatan keselamatan IT dalam bidang pengauditan, perundingan Sistem Maklumat dan ujian penembusan Sistem Maklumat iaitu UP-Bund, serta merupakan salah satu penempatan sistem yang pertama mendapat pensijilan BSI daripada perunding IT-Grundschutz. Syarikat ini mempunyai pakar keselamatan IT yang dibenarkan untuk menyokong pengendali KRITIS dengan kepakaran pelaksanaan prosedur ujian yang mematuhi Seksyen 8a (1) Akta BSI (BSIG), serta juruaudit BSI yang menyemak pengendali KRITIS bagi memastikan bahawa mereka telah mencapai matlamat ini dan memenuhi keperluan undang-undang semasa. Ketahui lebih lanjut di www.infodas.de
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1913948/Infodas_NITES_Certification.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1690050/INFODAS_Logo.jpg?p=medium600
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Tanja Castell, Ketua Pemasaran, marketing@infodas.de, +49 221 709120