omniture

Hard Rock International Meraikan Kempen Tahunan PINKTOBER Ke-23 dengan Kerjasama Cef Tersohor di Dunia, Dominique Crenn

Hard Rock International
2022-10-05 19:48

Kafe, Hotel dan Kasino Hard Rock di seluruh dunia akan menyokong Persatuan Kanser Amerika dan badan amal tempatan di seluruh negara dengan jalinan kerjasama dan aktiviti yang unik sepanjang bulan Oktober 

HOLLYWOOD, Florida, 5 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Hard Rock International terus menyokong inisiatif kesedaran dan penyelidikan kanser payudara dengan kempen PINKTOBER tahunannya buat kali ke-23. Berlangsung sepanjang bulan Oktober ini, lokasi Hard Rock di seluruh dunia akan mengambil bahagian dalam usaha mengumpul dana bagi menyokong Hard Rock Heals Foundation®, cabang aktiviti amal Hard Rock®, dengan perolehan yang bakal disumbangkan kepada Persatuan Kanser Amerika dan badan amal tempatan. Hard Rock telah menyumbangkan berjuta-juta dolar dalam aktiviti penyelidikan kanser payudara selama 22 tahun yang lalu melalui kempen PINKTOBER. Pada tahun lalu, Hard Rock telah mengumpulkan lebih $700,000, mewakili jumlah terbesar yang pernah dikumpulkan oleh syarikat tersebut sejak kewujudan program ini pada tahun 2000. 

Memulakan aktiviti PINKTOBER tahun ini ialah jalinan kerjasama dan satu siri acara makan malam istimewa yang sangat dinanti-nantikan bersama cef terkenal dunia yang juga merupakan bekas pesakit kanser payudara, Dominique Crenn. Hard Rock akan turut menawarkan item menu edisi terhad PINKTOBER, barangan dagangan yang direka khas, pertandingan mencipta lagu serta pelbagai lagi aktiviti.  

"Hard Rock International amat berbesar hati dan berbangga dapat menyokong mereka yang terjejas oleh kanser payudara di seluruh dunia melalui program PINKTOBER tahunan kami bagi kali yang ke-23 . Moto Hard Rock ialah All is One dan kami teruja untuk merealisasikan moto ini setiap tahun melalui kerjasama kami dengan Persatuan Kanser Amerika, ahli komuniti, ahli pasukan dan badan amal tempatan yang memberi manfaat kepada aktiviti amal yang penting ini," kata Jon Lucas, Ketua Pegawai Operasi Hard Rock International. "Pada tahun ini, kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Cef Dominique Crenn, seorang bekas pesakit kanser payudara yang berkongsi minat dengan kami dalam meningkatkan kesedaran dan menyumbang kepada badan amal dan komuniti tempatan." 

Semua bahagian syarikat termasuk Kafe, Hotel dan Kasino Hard Rock di seluruh dunia mengambil bahagian dalam kempen ini melalui penganjuran acara tempatan. Ahli komuniti yang ingin menunjukkan sokongan mereka dan mengambil bahagian dalam PINKTOBER boleh mengunjungi lokasi tempatan Hard Rock di wilayah masing-masing dan mengambil bahagian dalam aktiviti pengumpulan dana yang akan memberi manfaat kepada Persatuan Kanser Amerika dan rakan badan amal tempatan mulai 1 Oktober hingga 31 Oktober 2022.

Untuk butiran penuh tentang semua aktiviti dan jalinan kerjasama PINKTOBER pada bulan Oktober ini, sila baca siaran penuh di sini. Untuk maklumat lanjut tentang Hard Rock International dan cara untuk menunjukkan sokongan anda kepada PINKTOBER, sila layari www.hardrock.com/pinktober

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/808184/HRBrand_BLACK_10_24_16__002_Logo.jpg?p=medium600 

 

 

Source: Hard Rock International
Keywords: Entertainment Hotels and Resorts Restaurants Retail Travel Corporate Social Responsibility