GURGAON, India, 15 November 2013 /PRNewswire/ -- Dengan matlamat untuk memperbaiki keberkesanan perkhidmatan peringkat global dan memenuhi keperluan pelanggan, Sungrow dengan rasminya mewujudkan tapak perkhidmatannya di India yang bertempat di Gurgaon, berhampiran New Delhi bermula 1 November 2013.
Sebagai salah satu pasaran PV yang baru berkembang, India merupakan permulaan penting bagi strategi perkembangan Sungrow di luar negara yang didorong oleh sumber solarnya yang tinggi serta permintaan tenaga yang tinggi. Baru-baru ini, penyongsang jenama SUNGROW telah digunakan dalam beberapa projek PV di negara ini termasuklah pemasangan 5MW di Rajasthan.
Sungrow memperakui CTDI, pembekal perkhidmatan kejuruteraan/pembaikan/logistik peringkat global, sebagai kontraktor perkhidmatan tempatan di India. "Kami menyediakan penyelesaian perkhidmatan sehenti bagi para klien India Sungrow: dengan talian penting dalam Bahasa Hindi dan Bahasa Inggeris; kawasan seluas 60,000 kaki persegi bagi penyimpanan alat ganti dan pembaikan; jurutera teknikal yang dilatih oleh ibu pejabat Sungrow; pemantauan masa sebenar berpandukan perisian disesuaikan; penggantian dalam tempoh 72 jam melalui logistik udara sebaik mungkin," kata Anil Raj, pengurus negara CTDI India. "CTDI India amat berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama dengan Sungrow yang merupakan salah satu peneraju pasaran PV Solar. CTDI akan menyokong Sungrow dengan lebih menyeluruh berikutan perkembangan Sungrow yang pantas di India pada masa depan."
Bersama-sama dengan tapak perkhidmatan di India yang baru dilancarkan ini, Sungrow akan melengkapkan sistem perkhidmatan globalnya secara berperingkat bagi pasaran PV aliran utama dan menumpukan terhadap membangunkan imej jenama SUNGROW ke seluruh dunia.
Latar Belakang Power Supply Co., Ltd.
Sungrow Power Supply Co., Ltd mengeluarkan peralatan bekalan kuasa untuk PV solar dan projek kuasa angin termasuk penyongsang PV, penukar kuasa angin dan bekalan kuasa agihan. Ditubuhkan pada tahun 1997, Sungrow mempunyai hampir 1,000 kakitangan pada peringkat global. Menjelang suku tahun ketiga tahun 2013, Sungrow mempunyai lebih 5,000MW alat penyongsang yang telah dipasang di seluruh dunia. Menurut Penyelidikan IHS/GTM, Sungrow berada di kedudukan ketiga bagi pengeluar penyongsang PV terbesar dunia pada tahun 2012 yang dihantar oleh MW.
Maklumat lanjut: www.sungrowpower.com/en
Latar Belakang CTDI
Ditubuhkan pada tahun 1975, CTDI merupakan syarikat logistik, pembaikan dan kejuruteraan global perkhidmatan penuh yang menyediakan penyelesaian dengan kos terbaik bagi industri komunikasi. Komitmen perkhidmatan sehenti CTDI bagi para pelanggan telah mempercepat perkembangan perniagaan teras pembaikan peralatan untuk meliputi: pembaikan wayarles dan logistik, perkhidmatan kejuruteraan dan penggunaan rangkaian, perkhidmatan pengurusan bekalan dan penggunaan semula, pembuatan dan kejuruteraan produk, integrasi dan pembangunan sistem IT, pembaikan produk CPE (kotak set-top, modem & data).
Maklumat lanjut: www.ctdi.com
Joseph Tam
Tel: +86-755-83255001
Tel. Bimbit: +86-13802558366
E-mel: hctam@sungrow.cn