omniture

Celigo Membuka Ibu Pejabat di APAC ketika Berlakunya Pertumbuhan yang Mencatat Rekod di Rantau tersebut

Celigo, Inc
2022-10-05 21:49

Celigo Melantik Mantan Eksekutif Zoom, George Polyzos untuk Memacu Pengembangan Automasi di Seluruh Perusahaan 

SAN MATEO, California, 5 Oktober, 2022 /PRNewswire/ -- Celigo, Platform Penyepaduan sebagai Perkhidmatan (iPaaS) di seluruh perusahaan yang terkemuka, hari ini mengumumkan pengembangan yang signifikan di rantau Asia Pasifik, dengan sorotan pembukaan sebuah ibu pejabat APAC yang baharu serta pelantikan bekas eksekutif Zoom, George Polyzos sebagai Naib Presiden APAC yang baharu untuk memperluas sokongan di rantau ini dan memenuhi permintaan yang menggalakkan daripada para pelanggan dan rakan kongsi.

Setelah memperoleh dana pembiayaan Siri C bernilai USD48 juta pada bulan Disember 2021, Celigo telah mengalami pertumbuhan yang tinggi di seluruh dunia. Ibu pejabat APAC yang baharu dan pelantikan Polyzos menunjukkan komitmennya untuk melabur di rantau APAC, di mana syarikat tersebut akan terus membantu para pelanggan di seluruh rantau ini untuk mengautomasikan proses perniagaan mereka dengan cara yang paling optimum dengan membenarkan kedua-dua pasukan IT dan perniagaan membentuk penyepaduan, sambil memastikan integriti dan kebolehskalaan data.

"Kami amat komited untuk menyokong para pelanggan dan rakan kongsi Celigo di seluruh dunia. Kami telah menyaksikan pertumbuhan organik yang pesat di rantau Asia-Pasifik, maka adalah penting bagi kami untuk meningkatkan lagi pertumbuhan tersebut secara strategik sambil terus menawarkan sokongan bertaraf dunia kepada senarai pelanggan kami yang semakin bertambah di rantau ini," kata Jan Arendtsz, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Celigo. "George mempunyai pengalaman yang mendalam dalam mengubah syarikat-syarikat SaaS daripada awal penubuhan mereka sehinggalah menjadi syarikat-syarikat yang terkemuka di rantau APAC, dan kami yakin bahawa beliau akan melakukan perkara yang sama untuk Celigo."

Dalam jawatan baharunya, Polyzos akan bertanggungjawab untuk memperluas dan menguruskan pasukan berprestasi tinggi bagi memanfaatkan potensi pasaran yang luar biasa di seluruh rantau Asia Pasifik yang menjana peratus pendapatan berulang tahunan (ARR) Celigo yang besar dan semakin meningkat. Beliau juga akan menyelia pelancaran dan penerimagunaan penyelesaian Celigo serta pertumbuhan rangkaian rakan kongsi syarikat tersebut di rantau ini. Polyzos menyertai Celigo setelah berkhidmat di Zoom, di mana beliau berjaya menyelia pertumbuhan rantau ANZ syarikat tersebut sebagai Ketua Pasaran Kelas Tinggi.

"Sebagai vendor ERP (Perancangan Sumber Perusahaan) awan terkemuka di Jepun, kami bekerjasama dengan Celigo kerana para pelanggan kami mahukan yang terbaik dalam bidang teknologi penyepaduan dan automasi," kata Fan Zhao dari Blue Tiger Consulting. "Dengan kehadiran di rantau APAC yang diperluas, kami akan dapat memberikan perkhidmatan kepada lebih ramai pelanggan dan menjadikan automasi proses perniagaan sebagai standard utama di rantau ini."

"Celigo telah menjadi rakan kongsi yang dipercayai selama lebih 5 tahun. Melalui platform integrasi mereka, mereka telah membantu dalam automasi proses manual kami dan penyatuan tanpa gangguan bagi pelbagai sistem di peringkat global kepada ERP teras kami.  Dengan memanfaatkan sokongan yang luar biasa dan aliran penyepaduan tersuai, kami mampu untuk kekal bergerak tangkas dalam meneroka sistem dan pasaran baharu sambil mengekalkan kos yang rendah yang membolehkan pasukan kami memberikan lebih banyak tumpuan kepada inisiatif strategik bernilai tinggi kami. Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan pasukan APAC yang baharu dan berharap agar kami dapat mencapai lebih banyak lagi dengan sokongan mereka," ulas Scott Murray, Ketua Pegawai Maklumat KOOKAÏ.

Pengembangan Celigo di rantau APAC berlaku berikutan pertumbuhan yang serupa di rantau DACH apabila syarikat tersebut memajukan komitmennya untuk memenuhi keperluan pelanggan dan rakan kongsi seluruh perusahaan di seluruh dunia.

"Celigo sedang mengalami jenis pertumbuhan yang diimpikan oleh individu seperti saya," kata Polyzos. "Saya tidak sabar untuk membina sebuah pasukan yang boleh membawa penyelesaian automasi seluruh perusahaan Celigo kepada orang ramai di APAC dan meneruskan pertumbuhan yang telah pun bermula di sana."

Tentang Celigo

Celigo  ialah Platform Penyepaduan sebagai Perkhidmatan (iPaaS) seluruh perusahaan yang terkemuka. Dinobatkan sebagai Perisian Terbaik G2 untuk tahun 2021, Celigo mendayakan pertumbuhan secara berasingan, pengurusan kos terkawal dan pengalaman pelanggan yang unggul dengan memastikan setiap proses -- pada setiap peringkat organisasi -- boleh diautomasikan dengan cara yang paling optimum. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.celigo.com. Ikuti kami di LinkedInTwitter, dan Facebook.   

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1653390/celigo_Logo.jpg?p=medium600    

 

 

Source: Celigo, Inc
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Corporate Expansion Personnel announcements