NEW DELHI, 15 November 2013 /PRNewswire/ --
Sistem Pengendalian Kargo canggih membolehkan ketelusan dan memperkemas perkhidmatan pelanggan
NIIT Technologies, organisasi penyelesaian IT peringkat global yang menerajui, hari ini mengumumkan kerjasamanya bersama GRU Aeroporto Internacional de São Paulo (Lapangan Terbang Antarabangsa Sao Paolo) yang merupakan lapangan terbang antarabangsa terbesar di Amerika Latin untuk melaksanakan dan mengubah sistem Pengendalian Kargo di lapangan tersebut.
Kerjasama yang julung kali diadakan di Amerika Latin ini akan mewujudkan sistem pengendalian kargo platform tunggal yang akan mengendalikan kesemua prestasi dan keperluan operasi terminal kargo termasuk proses teras seperti import, eksport, kargo nasional/domestik dan kargo yang ditinggalkan. Antara muka yang dibolehkan laman web mampu menghubung dan memperkemas semua ejen dan proses berasaskan perkhidmatan pelanggan luaran. GRU akan mendapat manfaat menerusi platform perisian bersepadu lengkap yang akan membolehkan kecekapan yang dipertingkatkan, peningkatan pemantauan dan kawalan lebih tinggi melalui operasi pengendalian darat.
Lalit Dhingra, Presiden NIIT Technologies AS berkata, "Memandangkan Amerika Latin terus berkembang dan bekalan produk kepada rantau ini turut meningkat, infrastruktur teknologi semasa akan menghadapi tekanan yang amat tinggi. NIIT Technologies amat teruja menjadi rakan kongsi transformasi yang membawakan teknologi canggih ini dan proses kepada lapangan terbang Sao Paulo."
Menurut Luiz Ritzmann, Ketua Pegawai Maklumat Lapangan Terbang GRU, "Kargo Lapangan Terbang GRU sedang mengalami kerja naik taraf menyeluruh yang merangkumi pengubahsuaian, peralatan baharu, sistem baharu dan teknologi baharu. Dalam konteks ini, kami memerlukan rakan kongsi dengan pengalaman di peringkat antarabangsa dalam bidang kargo seperti NIIT Technologies yang dapat memenuhi keperluan kami serta menawarkan penyelesaian berteknologi bagi meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan kami."
NIIT Technologies mempunyai kerjasama strategik bersama SATS bagi pemasaran, pelaksanaan dan sokongan penyelesaian COSYS di peringkat global. Digabungkan bersama proses dan peraturan tempatan, penyelesaian ini membolehkan ketelusan dan ketepatan yang lebih tinggi menerusi rangkaian nilainya. COSYS mengautomasikan dan memudahkan proses, mengurangkan duplikasi data dan kertas kerja serta meningkatkan perkhidmatan pelanggan secara keseluruhannya.
Kerjasama ini juga merupakan kejayaan yang terkini bagi NIIT Technologies dalam industri pelancongan dan lapangan terbang. NIIT Technologies telah membangunkan suatu standard emas industri dengan mengaplikasikan domain pengetahuan bagi meningkatkan tindak balas pelanggan, meminimumkan kos operasi dan memaksimumkan kecekapan.
Latar Belakang NIIT Technologies
NIIT Technologies ialah organisasi penyelesaian IT yang menerajui, menyediakan perkhidmatan buat para pelanggan di Amerika Utara, Eropah, Timur Tengah, Asia dan Australia. Organisasi ini menawarkan perkhidmatan Penyelenggaraan dan Pembangunan Aplikasi, Perkhidmatan Terurus, Aset IP atau Penyelesaian Platform dan Khidmat Luaran Proses Perniagaan bagi organisasi yang terlibat dalam Perkhidmatan Kewangan, Pelancongan & Pengangkutan, Pembuatan/Pengedaran, Penjagaan Kesihatan dan sektor Kerajaan. Syarikat ini juga berpegang teguh kepada standard dan penanda aras global yang utama, memperoleh pensijilan ISO 9001:2000 dan akreditasi Pengurusan Keselamatan Maklumat ISO:27001. NIIT Technologies turut mematuhi standard global bagi proses pembangunan. Syarikat ini juga telah dinilai pada Tahap 5 bagi SEI CMMi versi 1.2. Khidmat Luaran Proses Perniagaan NIIT Technologies turut mematuhi standard kualiti tertinggi seperti COPC dan Six Sigma. Operasi pusat datanya pula dinilai bagi standard pengurusan IT ISO 20000 antarabangsa.
Bagi maklumat lanjut, sila layari http://www.niit-tech.com
Latar Belakang Concessionaire
Pada 6 Februari 2012, konsortium yang terdiri daripada syarikat Invepar (Investimentos e ParticipaçõesemInfraestrutura S.A.) dan ACSA (Syarikat Lapangan Terbang Afrika Selatan) diumumkan sebagai pemenang bagi bidaan yang menyebabkan Lapangan Terbang Guarulhos Antarabangsa, yang merupakan lapangan terbang paling penting di Brazil, dipenuhi dengan hampir 32.8 juta penumpang pada tahun 2012. Dengan Kontrak Penganugerahan yang diberikan kepadanya, pada 14 Jun 2012, Concessionária do Aeroporto Internacional de Guarulhos S.A. telah dibina dengan 51% saham dimiliki oleh Grupar (GrupoInvepar dan ACSA) dan 49% pula dimiliki oleh Infraero. Dengan 51% saham dimiliki oleh inisiatif swasta, Invepar memiliki sebanyak 90% saham manakala ACSA, 10%.
Maklumat lanjut boleh didapati di:
GRU Airport Press Relations
Carlos Lima
+55-(11)2445-6593 / 96625-3055
carlos.lima@gru.com.br
Comunicação + Consultoria e Assessoria
Marcelo de Andrade
+55-(11)2445-6811 / 7004-9567
marcelo.andrade.t@gru.com.br
Plantão Imprensa
+55-(11)2445-2325 / 2445-2017
imprensa@gru.com.br
Bagi pertanyaan media sila hubungi:
India: NIIT Technologies
Pallavi Bahuguna
Komunikasi Korporat
+91-9899651267
pallavi.2.gupta@niit-tech.com
Amerika Syarikat: NIIT Technologies
Aninda Bose
Talian Terus: +1-732-821-7272
Aninda.Bose@niit-tech.com
Bagi pertanyaan pelabur/penganalisis sila hubungi:
Abhinandan Singh
Ketua - Perhubungan Pelabur & Projek Khas
NIIT Technologies Ltd.
+91-22-40103212
abhinandan.singh@niit-tech.com
Sumber: NIIT Technologies