GENEVA, Switzerland, 15 November 2013 /PRNewswire/ -- Sejenis jenayah baharu sedang muncul dengan pantas di Ukraine menurut laporan sementara pertama tentang jenayah terancang dan penyelewengan awam di Ukraine oleh Badan Pemerhati Jenayah Terancang (OCO).
Laporan itu, yang dibentangkan semasa sidang berita di Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, menggariskan kemajuan penyelidik antarabangsa dalam penilaian mereka berkenaan jenayah dan penyelewengan negara itu, yang dikeluarkan sebelum sidang kemuncak Eropah penting yang bakal diadakan di Vilnius lewat bulan ini, apabila mungkin akan terdapat satu perjanjian yang akan ditandatangani untuk memberi status Sekutu EU kepada bekas negara Soviet itu.
Laporan OCO itu menilai arah aliran penting dalam dunia jenayah Ukraine, membuat pemerhatian yang penyeludupan dadah dan pemerdagangan orang masih kekal pada tahap yang tinggi di negara itu, tetapi arah aliran baharu seperti penggeledahan korporat dan pemalsuan semakin kerap berlaku. Kajian itu juga akan menumpukan terhadap penyelewengan awam dengan maklumat tentang birokrasi tempatan.
Cabaran baharu yang terbesar untuk agensi penguatkuasaan undang-undang ialah peningkatan kadar jenayah pemalsuan serta jenayah siber, kedua-duanya mengakibatkan pengantarabangsaan pengaruh jenayah Ukraine. Pengantarabangsaan penggeledahan korporat lebih terselindung tetapi kehadirannya masih dapat dirasai.
Presiden OCO, Nicolas Giannakopoulos memberi komen yang Ukraine telah banyak berusaha untuk menyertai dan mematuhi resam Eropah dan antarabangsa bagi memerangi jenayah terancang, penyelewengan dan aktiviti haram lain tetapi cabaran pada masa hadapan masih sukar ditangani.
"Sudah agak lama Eropah menganggap Ukraine sebagai lubuk jenayah terancang dan penyelewengan, dan kes berprofil tinggi yang melibatkan bekas Perdana Menteri Lazarenko dan Tymoshenko benar-benar menjadi bukti skala jenayah di negara itu. Usaha Ukraine menunjukkan kemajuan yang menarik bagi usaha menentang geng jenayah terancang, dan ini ialah berita baik. Namun, lebih banyak yang patut dilakukan bagi menangani kerosakan penyelewengan yang memberi impak terhadap kehidupan ramai orang di negara ini dan risiko memuncul akibat jenayah siber dan penggeledahan korporat. Dalam hal inilah Eropah boleh menghulurkan lebih banyak bantuan."
OCO melaporkan yang satu dalam dua rakyat Ukraine menjadi mangsa penipuan Internet, seperti pemalsuan identiti dan kecurian, dengan lebih dua ribu kes pemalsuan sudah dilaporkan. Penggeledahan korporat pula sering berakhir dengan perbicaraan di mahkamah negara Barat.
Nicolas Giannakopoulos menganggap arah aliran ini menunjukkan Kesatuan Eropah boleh melindungi diri sendiri dengan bekerjasama lebih rapat dengan negara itu:
"Agensi Eropah boleh menyediakan sokongan berguna bagi rakan sekerja mereka di Ukraine. Ini boleh menjadi berita baik untuk rakyat Ukraine, tetapi ia juga akan membantu rakyat seluruh EU dengan mencegah aktiviti jenayah Ukraine daripada tersebar ke seluruh benua."
Penyiasatan dan kajian menyeluruh OCO tentang Ukraine akan dijalankan sehingga bulan September 2014.
Tentang OCO
OCO ialah persatuan yang berpusat di Switzerland (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 2001. Matlamatnya adalah untuk menyediakan kesefahaman tentang kelakuan jenayah berstruktur, corak dan fakta, bagi mendidik pakar dan orang awam tentang fenomena ini melalui pendidikan, latihan, pelobian dan pengumuman awam serta membantu pihak yang terlibat untuk berkomunikasi sesama sendiri dalam cara yang selamat dan boleh dipercayai. Dengan lebih 250 pakar seluruh dunia, OCO percaya yang jenayah berstruktur berbahaya bagi keselamatan demokrasi, privasi dan kebebasan seluruh dunia dan mesti ditangani, sebagai masalah global, melalui perangkaian dan pertukaran seluruh dunia.
Bagi maklumat lanjut, sila lawati: http://www.o-c-o.net.
http://www.o-c-o.net/wp-content/uploads/2013/11/131112InterimReportOCO.pdf
SUMBER Badan Pemerhati Jenayah Terancang (OCO)