omniture

Industrial Transformation ASIA-PACIFIC 2022 kembali memangkinkan pertumbuhan mampan untuk pembuatan termaju di rantau ini

Constellar
2022-10-06 10:00 141

Lebih 18,000 hadirin dijangka menyertai acara selama tiga hari secara fizikal dan dalam talian 

SINGAPURA, 6 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Industrial Transformation ASIA-PACIFIC (ITAP), sebuah acara Constellar bersama rakan kongsi antarabangsa Deutsche Messe, kembali untuk edisi ke-5 pada tahun ini mulai 18 – 20 Oktober di Singapore EXPO. Para hadirin yang dijangkakan melibatkan delegasi daripada Forum Ekonomi Dunia dan perwakilan penting dari Eropah, AS dan Asia yang memacu kolaborasi antara pemimpin-pemimpin Industri 4.0 dan para pengeluar di rantau ini.

Menerusi tema 'Industri 4.0 untuk Kemampanan Perniagaan', ITAP 2022 akan menyelami tiga dimensi utama: Pendigitalisan untuk mempercepatkan produktiviti dan kawalan kualiti dengan kos yang lebih rendah; Inisiatif Pembangunan Bakat dan Tenaga Kerja untuk melengkapkan kakitangan dengan set kemahiran yang tepat untuk transformasi; dan langkah-langkah Kelestarian Alam Sekitar untuk membantu perniagaan mengurangkan jejak karbon mereka dan emisi CO2.

"Teknologi pembuatan termaju dan inovasi memainkan peranan penting dalam membantu banyak organisasi menangani gangguan rantaian bekalan global dan mengubah suai perniagaan mereka dalam landskap pasca-pandemik," kata James Boey, Naib Presiden Kanan Pasaran (B2B) di Constellar. "Sebagai acara perdagangan yang utama untuk Industri 4.0 di rantau ini, ITAP 2022 akan terus memperkasa industri pembuatan dan industri-industri yang berkaitan untuk memanfaatkan Industri 4.0 untuk pembangunan perniagaan yang mampan di peringkat tempatan, serantau dan global."

Sorotan Acara: Majlis Perasmian  

Timbalan Perdana Menteri En. Heng Swee Keat akan menyampaikan ucapan perasmian beliau sebagai Tetamu-Kehormat di majlis perasmian ITAP 2022. Beliau akan melancarkan acara tersebut di samping Duta Jerman ke Singapura, Tuan Yang Terutama En. Norbert Riedel; dan En. Arno Reich, Naib Presiden Kanan rakan kongsi antarabangsa ITAP Deutsche Messe.

En. Vishal Agarwal, Rakan Kongsi Kanan di McKinsey & Company, akan menetapkan rentak untuk acara tiga hari itu dengan kemas kini kepimpinan industri terhadap landskap pembuatan global. Penceramah utama Cik Neo Gim Huay, Pengarah Urusan Centre for Nature and Climate di Forum Ekonomi Dunia, akan berucap bagaimana pengeluar-pengeluar dapat memanfaatkan kolaborasi silang-sektor untuk mentransformasikan nilai rantaian dan mencapai sifar bersih.

Kedua-dua Cik Neo dan En. Agarwal akan menyertai bual bicara santai yang dikendalikan oleh Global & Digital Futurist Charlie Ang untuk membincangkan trend baru muncul di rantau ini dan pembangunan penting yang akan membentuk sektor ini dalam dekad yang seterusnya.

Sorotan Acara: Pengalaman Imersif di Pameran Fizikal  

Lebih daripada 200 pempamer dari lebih 20 negara akan mempersembahkan inovasi terbaharu dalam pengautomatan industri, intralogistik, kilang digital dan pembuatan aditif di ruang pameran Dewan 2 dan 3 Singapore EXPO.

Para pengunjung boleh menantikan lebih daripada 15 inovasi baharu dan pelancaran produk di Pentas Langsung ITAP 2022 di Dewan 3 Singapore EXPO berserta pembentangan tentang pasaran dan segmen berfokuskan sektor. "International Connect Lounge" di Dewan 2 akan menganjurkan sesi-sesi pemadanan perniagaan utama untuk membina sinergi dan menjalin perkongsian antara delegasi, pempamer dan pengunjung perdagangan di acara tersebut.

ITAP turut menggandakan bilangan zon pengalaman kepada empat:

  • Gerbang menuju Transformasi Mampan, dikuasakan oleh TÜV SÜD, ialah pembentangan disusun atur tema-tema utama yang memacu perjalanan transformasi perindustrian iaitu industri 4.0, kemampanan dan Kecerdasan Buatan. Melalui kehadiran globalnya, pengetahuan teknikal yang mendalam serta perkhidmatan Latihan, Penilaian, Pensijilan dan Khidmat Nasihat, TÜV SÜD membolehkan organisasi-organisasi meningkatkan teknologi dalam pendigitalisan dan transformasi kemampanan mereka.
  • Zon Pengalaman Transformasi Perindustrian, dikuasakan oleh Singapore Polytechnic (SP), menampilkan sembilan bahagian disusun atur, setiap satunya mempamerkan teknologi dan penyelesaian terkini untuk mengupayakan i4.0. Bagi memacu transformasi i4.0 untuk kemampanan perniagaan, SP menawarkan pelbagai keupayaan latihan dan penyelesaian bermula daripada kelestarian alam sekitar hinggalah pendigitalisasn dan pembangunan bakat.
  • Pusat Pengalaman Kembar Digital, dikuasakan oleh Beca dengan kerjasama Constellar, menyediakan kepada pengunjung perdagangan dengan pengalaman imersif melalui empat keadaan penggunaan pembuatan khusus untuk menyahmistifikasikan konsep Kembar Digital. Pengunjung akan mendapat pemahaman dari segi bagaimana Kembar Digital telah membantu organisasi-organsasi memperbaharui pendekatan mereka untuk mempercepatkan hasil produktiviti dan mencapai matlamat kemampanan.
  • Pameran Pengalaman Pembuatan Aditif, dikuasakan oleh National Additive Manufacturing Innovation Cluster (NAMIC), akan membawakan kepada pengunjung dengan pengalaman sehenti terhadap seluruh rantaian nilai Pembuatan Aditif, menampilkan produk-produk yang inovatif dengan reka bentuk dioptimumkan topologi, didayakan oleh aliran kerja digital bersepadu dengan bahan-bahan yang diperoleh secara lestari dan dikitar semula.

Sorotan Acara: Berhubung bersama Pakar-pakar Terkemuka melalui 5 Persidangan  

Para pengunjung perdagangan akan berupaya mengambil bahagian dalam lima persidangan yang menawarkan lebih 120 sesi oleh lebih daripada 150 penceramah sepanjang tiga hari.

  • Forum Transformasi Perindustrian (ITF) tahun ini pada 18 Oktober 2022 akan menampilkan para pemimpin industri global untuk berkongsi pandangan mereka terhadap trend akan datang bagi membantu perniagaan membentuk perjalanan transformasi digital mereka ke arah pelaksanaan yang berjaya dan pembangunan strategi kebingkasan terhadap krisis masa depan.

    Para penceramah di ITF terdiri daripada:
    • Ng Tian Chong, Pengarah Urusan, Asia Raya di HP, yang akan menyampaikan ucaptama kepada pemimpin-pemimpin I4.0 untuk meninggikan standard terhadap strategi transformasi digital agar kekal relevan dalam pasaran yang berkembang pesat;
    • Richard Koh, Ketua Pegawai Teknologi & Ketua Kejayaan Pelanggan, Microsoft Singapore, yang akan berkongsi bagaimana metaverse industri memainkan peranan penting dalam mempercepatkan proses perniagaan dan kolaborasi sekali gus mengurangkan kos; dan
    • Francisco Betti, Ketua Pembuatan dan Pengeluaran Termaju, Forum Ekonomi Dunia, yang akan menyertai panel bagi membincangkan kuasa mega dan faedah-faedah alam sekitar yang memacu masa depan pembuatan mampan.
  • Sidang Kemuncak Masa Depan CXO Pembuatan (FoM) pada 19 Oktober 2022, dianjurkan bersama Agency for Science, Technology and Research (A*STAR), dirancang untuk menyokong usaha seluruh industri dalam menggalakkan penerimaan dan penggunaan I4.0 yang lebih luas, menangani cabaran seperti kecekapan pembuatan, penyelesaian tenaga alternatif dan ekonomi kitaran.
  • Sidang Kemuncak Pembuatan Aditif NAMICGlobal (GAMS) ialah acara secara bersemuka selama dua hari mulai 19 – 20 Oktober 2022 yang akan menyelami dengan mendalam terhadap topik-topik kontemporari dan menghimpunkan pemimpin pemikiran pembuatan aditif global dan pakar aplikasi yang mengaplikasikan pencetakan 3D bagi menambah baik dunia.
  • Siri LogiSYM Platinum pada 19 Oktober 2022 ialah perbincangan meja bulat atas undangan sahaja yang unik dan pertama dalam industri untuk golongan profesional rantaian bekalan kanan untuk membincangkan bagaimana organisasi-organisasi dapat menavigasi keadaan global dan mengoptimumkan operasi serta rantaian bekalan mereka.
  • Forum Standard pada 20 Oktober 2022 dianjurkan oleh Singapore Standards Council and Enterprise Singapore, menghimpunkan pakar-pakar untuk berkongsi bagaimana komuniti standard global menyokong amalan kemampanan yang akan memacu hasil yang boleh diukur dalam rantaian nilai melalui penyelesaian dan standard I4.0.

Maklumat Acara 

 

Source: Constellar
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Trade show news