omniture

RS Components Melengkapkan Pelaksanaan Global Perkhidmatan Live Chat

RS Components
2013-11-15 11:00 101

Live Chat memperbaiki pengalaman dalam talian pengguna, meningkatkan nilai pesanan purata dan memacu pertukaran jualan

KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 November 2013 /PRNewswire/ --  RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), peneraju dunia dalam khidmat pengedaran barangan elektronik dan produk penyelenggaraan, telah melengkapkan pelaksanaan global perkhidmatan Live Chat mereka, yang menawarkan bantuan kepada pelanggan semasa melayari dan melakukan pembelian di laman web RS. Sekarang ia sedia digunakan di 29 negara dalam 19 bahasa, dan perkhidmatan ini membentuk bahagian penting strategi syarikat itu untuk menambah nilai pada pelanggan dan mempertingkat pengalaman dalam talian mereka dengan sokongan dan interaksi manusia yang relevan. Dengan lebih 20,000 perbualan setiap bulan, Live Chat telah memperbaiki kepuasan hati pelanggan sambil meningkatkan nilai pesanan purata dan memacu pertukaran jualan dalam talian.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Live Chat membantu pelanggan menjimatkan masa dan wang apabila menggunakan laman web RS. Perkhidmatan ini termasuk perbualan jualan, apabila pelanggan dijemput berbual berdasarkan kelakuan mereka di laman itu, dan perbualan khidmat, apabila pelanggan boleh klik hanya satu butang untuk memulakan perbualan mereka sendiri. Ia mula-mula diuji di UK pada tahun 2010, kemudiannya dilanjutkan ke Perancis dan China pada tahun 2011, dan, apabila pengeluaran besar-besaran seluruh dunia ini selesai, ia kini sedia digunakan dalam bahasa tempatan dengan ejen tempatan seluruh dunia.

Bagi mengiktiraf penggunaan inovatif Live Chat dan kepantasan luar biasa pelaksanaan perkhidmatan itu dijalankan seluruh dunia, RS dianugerahkan dengan Anugerah Inovasi Perniagaan EMEA oleh LivePerson baru-baru ini, rakan kongsi platformnya.

Klaus Goldenbot, Pengarah Jualan Global Electrocomponents, berkata: "Live Chat ialah kisah kejayaan sebenar merentasi perniagaan global kami dan kami menerima maklum balas menggalakkan daripada pelanggan kami. Kami akan terus mengoptimumkan perkhidmatan perbualan kami bila-bila masa dan di mana sahaja tempat kami beroperasi bagi menyediakan pengalaman pelanggan yang lancar. Ini merupakan contoh sempurna betapa berdedikasinya kami untuk memudahkan pelanggan kami berurusan dengan kami pada setiap peringkat perjalanan mereka agar kami dapat menjadi pengedar pilihan mereka."

Tentang RS Components

RS Components dan Allied Electronics ialah jenama dagangan Electrocomponents plc, peneraju dunia untuk khidmat pengedaran barangan elektronik dan produk penyelenggaraan. Dengan operasi di 32 negara, kami menawarkan lebih 550,000 produk melalui Internet, katalog dan di kaunter belian kepada lebih sejuta pelanggan, menghantar kira-kira 44,000 bungkusan sehari. Produk kami, yang disumberkan daripada 2,500 pembekal yang menerajui, termasuklah barangan elektronik, pengautomatan dan kawalan, ujian dan pengukuran, komponen elektrik dan mekanikal.

Electrocomponents disenaraikan di Bursa Saham London dan pada tahun kewangan lepas yang berakhir pada 31 Mac 2013, mempunyai hasil sebanyak GBP1.24 bilion.

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.rs-components.com.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan ini:

Twitter: @RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS

RS Components di Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

RS Components di Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0

Pautan Berkaitan:

Electrocomponents plc
http://www.electrocomponents.com

RS Components
http://www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam – Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745

Edelman Public Relations (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65-6347-2355

Edelman Public Relations (China)
Winnie Wen
Pengurus Perhubungan Awam
E-mel: winnie.wen@edelman.com
Telefon: +86-10-5828-6580

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Electronic Components Multimedia/Online/Internet Retail Semiconductors New products/services