omniture

Xiamen Airlines Meraikan Kapal Terbang Boeing ke-100 dalam Kumpulan Kapal Terbang Boeing Penuh Mereka

Xiamen Airlines
2013-11-15 12:59 115

-- Penghantaran yang penting membuktikan kemajuan pesat sektor syarikat penerbangan China

SEATTLE dan XIAMEN, China, 15 November 2013 /PRNewswire/ -- Pada 12 November di Seattle, Boeing menghantar satu kapal terbang 737-800 baharu kepada Xiamen Airlines, ahli SkyTeam. Ia merupakan kapal terbang ke-100 dalam kumpulan kapal terbang Boeing sepenuhnya untuk syarikat penerbangan itu.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131114/CN16136)

Xiamen Airlines memulakan perkhidmatan pada tahun 1985 dengan dua kapal terbang Boeing 737-200 yang membuat perjalanan ke tiga bandar. Kini syarikat penerbangan itu adalah yang keenam terbesar di China, membuat perjalanan ke 218 destinasi domestik serta 26 destinasi antarabangsa dan rantau. Dengan penghantaran kapal terbang Boeing 737-800 itu, kumpulan kapal terbang bagi Xiamen Airlines itu kini terdiri daripada 100 kapal terbang. Ia merupakan satu-satunya kumpulan kapal terbang Boeing sepenuhnya di China dan salah satu kumpulan yang termuda di dunia, dengan usia purata selama 5.08 tahun.

"Mempunyai kumpulan kapal terbang Boeing sepenuhnya ialah komponen penting dalam strategi pertumbuhan kami dan kemampuan kami mencapai 27 tahun keberuntungan secara berturut-turut," kata Che Shanglun, presiden dan pengerusi Xiamen Airlines. "Dengan keandalan yang cemerlang, kecekapan pengendalian dan jarak yang jauh, kapal terbang Boeing telah membolehkan kami memperluas rangkaian kami ke peringkat antarabangsa."

"Xiamen Airlines ialah pelanggan berharga bagi The Boeing Company dan kami teruja untuk melihat pertumbuhan mereka yang mengagumkan dalam masa 29 tahun lepas," kata Ihssane Mounir, naib presiden kanan jualan untuk Asia Timur Laut, Boeing Commercial Airplanes. "Kami tidak sabar-sabar lagi untuk meneruskan perkongsian kami yang sudah lama ini dengan menyediakan lebih nilai bersama produk dan perkhidmatan kami yang menerajui industri."

Dalam masa dua tahun seterusnya, Xiamen Airlines merancang untuk menambah 30 lagi kapal terbang B737-800 dan enam lagi kapal terbang B787, lantas memperluas lagi kumpulan kapal terbangnya menjadi 136 kapal terbang, dan untuk berkembang lagi seluruh dunia dengan perlahan-lahan membentuk rangkaian haluan yang tersebar seluruh rantau Asia Pasifik dan berhubung dengan Eropah dan AS.

Xiamen Airlines menjangka akan membesarkan lagi kumpulan kapal terbang Boeing mereka selepas tahun 2016. Syarikat penerbangan itu baru sahaja menandatangani Surat Permohonan untuk membeli 70 kapal terbang B737NG dan B737MAX. Menjelang tahun 2020, kumpulan kapal terbang itu akan membesar menjadi lebih 200 kapal terbang.

Pertumbuhan pesat Xiamen Airlines membuktikan pertumbuhan hebat perniagaan syarikat penerbangan China. Pada tahun 1972, China menubuhkan Pentadbiran Penerbangan Sivil China ("CAAC") sebagai satu-satunya pemain dalam sektor penerbangan, dengan hanya sembilan kapal terbang berdaftar dalam kumpulan kapal terbangnya. Pada hujung tahun 2012, China mempunyai lebih 40 syarikat penerbangan, dengan kumpulan kapal terbang di serata industri yang mengandungi lebih 2,000 kapal terbang.

Boeing mengunjurkan pelaburan sebanyak hampir $800 bilion di China untuk pembelian 5,580 kapal terbang komersil baharu dalam masa 20 tahun seterusnya. Ia akan membentuk 16% daripada permintaan global, dan mencerminkan keperluan purata sebanyak hampir 200 kapal terbang lorong tunggal dan lebih 60 kapal terbang badan lebar setiap tahun.

Tentang Xiamen Airlines

Ditubuhkan pada bulan Julai 1984, Xiamen Airlines ialah syarikat penerbangan unggul dan unik di China. Dengan kelebihan kos daripada kumpulan kapal terbang Boeing penuh mereka, Xiamen Airlines bakal mencapai 27 tahun keberuntungan berturut-turut, yang paling lama dalam sejarah penerbangan komersil di China. Pada bulan November 2012, Xiamen Airlines secara rasminya menjadi ahli SkyTeam, dan sejak itu ia menerima pemeringkatan tinggi oleh persekutuan itu dalam kategori Perkhidmatan Lounge Kelas Pertama dan Perkhidmatan Kakitangan. http://www.xiamenair.com.

Perhubungan media:
Panos Qiu
Xiamen Airlines
+86-592-217-5175
qiudapeng@xiamenair.com

Source: Xiamen Airlines
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Transportation Travel Joint ventures