omniture

Wakil daripada 90 buah negara berganding bahu untuk mengembalikan Sukan Pythian Moden anjuran Delphic India Trust

Delphic India Trust
2022-10-06 18:55
  • Sukan Pythian yang pertama ini akan dianjurkan pada tahun 2027, Sukan Pythian Junior pada tahun 2025 dan Sukan Pythian Para pada tahun 2024. 
  • Permulaan era dan peluang baharu untuk artis, pemain, pelancong dan ekonomi negara – Bijender Goel. 

NEW DELHI, 6 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Ia merupakan hari yang bersejarah untuk Sukan Pythian Moden apabila barisan Yang Mulia, Duta, usahawan, organisasi kebudayaan dan artisan daripada lebih 90 buah negara telah berkumpul bagi membentuk Majlis Pythian Antarabangsa dan menyertai usaha merealisasikan idea Delphi untuk mengembalikan 'Modern Pythian Games' (Sukan Pythian Moden) di hadapan media dari seluruh dunia hari ini di Hotel Le Meridian di New Delhi.

Modern Pythian Games Unifying Nations Through Arts & Culture
Modern Pythian Games Unifying Nations Through Arts & Culture

Encik Bijender Goel merupakan pengasas Delphic India Trust dan Majlis Pythian Antarabangsa yang memegang hak harta intelek 'Modern Pythian Games'. Beliau menggambarkan idea tentang Sukan Pythian dalam ucapannya pada sidang akhbar yang diadakan serta memberi taklimat tentang konsep sukan tersebut. Beliau berkata bahawa Sukan Pythian telah menjadi sebahagian daripada Sukan Pan Hellenic pada era Greece purba sejak tahun 582 Sebelum Masihi dan merupakan sukan yang kedua terpenting selepas Sukan Olimpik sebelum semua Sukan Pan Hellenic dihentikan pada tahun 394 Masihi.

Sukan Pythian Moden ini akan dianjurkan setiap empat tahun dan memberikan harapan baharu melalui struktur pelbagai peringkat sukan ini bagi membantu ekonomi negara, menggalakkan pelancongan dan mewujudkan peluang pekerjaan untuk para artisan dan pihak berkepentingan. Sukan ini akan berfungsi sebagai sebuah platform global tunggal untuk pertukaran seni, kebudayaan, tradisional, pengembaraan, hiburan, permainan, e-sukan, sukan udara dan seni mempertahankan diri yang meriah. Sukan ini akan menjadi kaedah yang penting untuk menyatukan orang ramai dari pelbagai negara melalui diplomasi budaya. Ia juga akan menjadi satu langkah besar dalam menjadikan industri kreatif bernilai 800 bilion euro ini sebagai sektor yang lebih teratur.

"Sentimen terhadap para artisan sedang berubah menjadi suatu pergerakan global bagi menyokong golongan artisan" seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Perdana Menteri, Shri Narendra Modi dalam ucapan beliau baru-baru ini, 'MANN KI BAAT'.

Encik Panos Kaltsis, Presiden IPC; Nadia Harihiri, Perancis, YM Benny AHMED SAMU SAMU, Indonesia; MUDARASULAIL KARIM, Filipina; Cik Zoie Lafis, Amerika Syarikat; Lena Kyropoulus, Greece; Saia Tsaousidou, Presiden Persatuan Wartawan Eropah; Isilida Nunes, Portugal; Encik Orhan Gajlus, Belanda; dan Puan Houda, Maghribi; Encik Ramchandru Tejavath; Encik Sanjay Srivastava; Encik B.H. Anilkumar; dan Encik Jose Charles Martin, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat M and C, Coimbatore turut berucap menyatakan sokongan mereka terhadap Sukan Pythian Moden.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1910913/Modern_Pythian_Games.jpg?p=medium600

 

 

Source: Delphic India Trust
Keywords: Art Entertainment Sporting Events Sports New products/services Future Events