omniture

Lockton Melancarkan Amalan Penyelesaian Pekerja (People Solutions) yang Baharu

Lockton Companies
2022-10-06 20:47

Kumpulan pembrokeran dan perunding insurans bebas terbesar ini mengembangkan perniagaan manfaat pekerjanya untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih baik 

KANSAS CITY, Missouri, 6 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Lockton Companies, kumpulan pembrokeran dan perundingan insurans bebas terbesar di dunia, hari ini mengumumkan satu evolusi dalam perniagaannya yang menyaksikan amalan manfaat pekerjanya dijadikan sebagai pakej Penyelesaian Pekerja Lockton.

 

Amalan Penyelesaian Pekerja Lockton terdiri daripada penyelesaian yang menyokong para pelanggan kami dalam bidang pengalaman dan penglibatan pekerja, jumlah ganjaran dan manfaat serta pengukuran dan pengurusan program mereka.

"Cara kami bercakap tentang perniagaan kami perlulah dipertingkatkan untuk menggambarkan perubahan pasaran hari ini serta cara kami menasihati dan menyokong para pelanggan kami, dengan lebih baik," kata Tom Schaffler, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Penyelesaian Pekerja Lockton di A.S. "Bukan setakat menguruskan program manfaat, malah para majikan di seluruh dunia juga memerlukan bantuan dalam menguruskan tenaga kerja mereka, merekrut dan mengekalkan bakat serta memacu kecekapan untuk perniagaan mereka. Penyelesaian Pekerja Lockton mencerminkan cara kami membantu pelanggan kami mencapai matlamat ini dengan lebih baik."

Pelancaran Penyelesaian Pekerja Lockton dilakukan ketika mana cara manusia bekerja dicabar dan majikan mengalami tekanan yang semakin bertambah untuk menarik dan mengekalkan bakat mereka. Syarikat-syarikat kini bukan sahaja menawarkan pakej manfaat yang menarik, malah turut mewujudkan pengalaman pekerja yang positif serta mendorong penglibatan, pemahaman dan kepuasan. Dan mereka perlu melakukan perkara ini sambil terus mengusahakan kecekapan.

Amalan Penyelesaian Pekerja Lockton membantu organisasi menjadi lebih berjaya dan menjadikan kehidupan orang ramai lebih baik dengan memberikan rangkaian penyelesaian yang dapat memenuhi keperluan syarikat yang beroperasi dalam persekitaran kerja pada hari ini. Untuk maklumat lanjut tentang amalan Penyelesaian Pekerja Lockton dan rangkaian keupayaan dalamannya, sila layari www.lockton.com atau hubungi pejabat Lockton tempatan anda.

Tentang Lockton

Faktor yang membuatkan Lockton berbeza dan turut menjadikan kami lebih baik: kebebasan. Pemilikan persendirian Lockton memperkasakan lebih 9,500 Rakan Sekutunya yang menjalankan perniagaan di lebih 125 negara untuk ditumpukan semata-mata kepada risiko para pelanggan, insurans dan keperluan orang ramai. Dengan kepakaran yang menjangkau ke seluruh dunia, Lockton memberikan pemahaman mendalam yang diperlukan untuk mencapai keputusan yang luar biasa.

Selama 14 tahun berturut-turut, majalah Business Insurance telah mengiktiraf Lockton sebagai "Tempat Terbaik untuk Bekerja dalam bidang Insurans." Lockton telah dinobatkan antara Syarikat Terurus Terbaik 2021 oleh Deloitte dan Wall Street Journal, sebuah program yang mengiktiraf kecemerlangan dan memberi penghargaan kepada syarikat-syarikat swasta atas strategi, pelaksanaan, budaya dan kewangan mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.lockton.com.

Video - https://mma.prnasia.com/media2/1914729/lockton_people_solutions__Original.mp4
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1024406/Lockton_Logo.jpg?p=medium600 

 

 

 

Source: Lockton Companies
Keywords: Banking/Financial Service Insurance Workforce Management/Human Resources Broadcast feed announcements New products/services