omniture

Pemenang F3 Challenge, Peraduan Industri Makanan Laut Global, Diumumkan

F3 - Future of Fish Feed
2022-10-06 20:55

Haiwan karnivor, yang merupakan pengguna serbuk ikan dan minyak ikan terbesar, menjadi tumpuan pertandingan industri

SEATTLE, 6 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- F3 — Future of Fish Feed hari ini mengumumkan bahawa tiga pengeluar makanan haiwan—Star Milling Co, Empagran dan Jiangsu Fuhai Biotech Co, Ltd.—masing-masing memenangi hadiah bernilai USD100,000 dalam F3 Challenge - Edisi Karnivor. F3 Challenge ialah sebuah pertandingan yang terkenal dalam industri makanan laut global yang bertujuan untuk mencetuskan inovasi dalam pembangunan dan pengkomersialan akuakultur yang bebas daripada serbuk ikan dan minyak ikan bagi menghapuskan ikan liar yang ditangkap dalam sektor makanan akuakultur.

F3 Challenge Winners (Left to Right) University of Arizona Professor Kevin Fitzsimmons, Star Milling Co. VP/General Manager Paul Cramer, Empagran Technical Advisor Pablo Intriago, Veramaris Business Development Director Jorge Torres, and Jiangsu Fuhai Biotech Co., Ltd. CEO Zhijun Hu
F3 Challenge Winners (Left to Right) University of Arizona Professor Kevin Fitzsimmons, Star Milling Co. VP/General Manager Paul Cramer, Empagran Technical Advisor Pablo Intriago, Veramaris Business Development Director Jorge Torres, and Jiangsu Fuhai Biotech Co., Ltd. CEO Zhijun Hu

"Kami mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam cabaran ini walaupun terdapat kesukaran dan gangguan rantaian bekalan baru-baru ini," kata Kevin Fitzsimmons, Profesor di University of Arizona merangkap Pengerusi F3 Challenge, semasa satu majlis khas di persidangan GOAL Pakatan Makanan Laut Global. "Kegigihan dan fleksibiliti mereka telah membuahkan hasil."

Setiap tahun, dianggarkan bahawa 16 juta tan metrik ikan liar ditangkap semata-mata untuk dijadikan serbuk ikan dan minyak ikan dalam industri pengeluaran makanan global. Sektor akuakultur kini menghasilkan lebih separuh daripada makanan laut dunia dan merupakan pengguna dominan bagi ikan yang kaya dengan minyak ini, seperti ikan sardin, ikan bilis dan menhaden yang dikenali sebagai "ikan foraj." Makanan haiwan merupakan kebimbangan terbesar bagi ladang akuakultur.

Hadiah telah diberikan dalam setiap tiga kategori—salmon, udang dan spesies karnivor yang lain—kepada peserta yang menghasilkan dan menjual makanan haiwan paling "bebas ikan" yang dibuat tanpa menggunakan ikan liar yang ditangkap atau sebarang bahan daripada haiwan laut.

Tentang pemenang:

  • Star Milling Co. yang berpangkalan di A.S. telah memenangi pertandingan atas penghasilan makanan berasaskan tumbuhan bukan GMO-nya yang mengandungi alga kaya omega-3 DHA dan minyak rami yang menyihatkan jantung untuk ikan trout pelangi.
  • Syarikat dari Ecuador, Empagran telah memenangi pertandingan atas penghasilan resipi vegetariannya yang menggunakan minyak alga Veramaris yang kaya dengan omega EPA & DHA untuk udang putih Pasifik.
  • Jiangsu Fuhai Biotech yang berpangkalan di China menggunakan produk uniknya, Fatide®, yang diperbuat daripada kacang soya penuh lemak dan dibuang kulit serta ditapai menggunakan mikrob dan enzim untuk dijadikan makanan ikan siakap jenis 'largemouth'.

Dainichi Corporation yang berpangkalan di Jepun menerima Anugerah Gelaran Kehormat dengan hadiah bernilai USD25,000 atas penghasilan makanan rintis mereka untuk ikan siakap merah.

Lebih tiga juta kilogram makanan haiwan telah dijual dalam semua kategori makanan laut semasa peraduan selama kira-kira 16 bulan ini dan lebih 95 juta ikan foraj telah terhindar daripada digunakan dalam makanan haiwan.

F3 - Future of Fish Feed menjamin keselamatan makanan global yang lebih hebat dengan mengurangkan pergantungan industri akuakultur terhadap serbuk ikan dan minyak ikan untuk menyediakan rantaian bekalan yang kalis masa depan.

F3 Challenge yang seterusnya bakal ditumpukan kepada palatant, yang akan diumumkan pada awal tahun 2023.

HUBUNGAN: Annie Reisewitz, +18582280526, annie@marcom.llc

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1914906/F3___Future_of_Fish_Feed_F3Winners.jpg?p=medium600 

 

Source: F3 - Future of Fish Feed
Keywords: Biotechnology Environmental Products & Services Food/Beverages Health Care/Hospital Awards