omniture

PRESIDEN MERANGKAP KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF AACSB INTERNATIONAL, CARYN L. BECK-DUDLEY MENGUMUMKAN PERSARAAN

AACSB International
2022-10-06 21:18

TAMPA, Florida, 6 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- AACSB International (AACSB) mengumumkan bahawa Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Caryn Beck-Dudley merancang untuk bersara. Beck-Dudley telah mengetuai organisasi global ini sejak bulan Jun 2020 dan akan terus berkhidmat sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif hingga persaraan beliau pada bulan Mei 2023.

"Saya bersyukur kerana berpeluang berkhidmat sebagai Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif AACSB sejak dua setengah tahun yang lalu serta sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan sukarelawan sejak sekian lama," kata Beck-Dudley. "Dedikasi dan komitmen Ahli Lembaga Pengarah, pasukan eksekutif dan kakitangan AACSB untuk membuat perbezaan dalam pendidikan perniagaan dan dalam masyarakat di seluruh dunia benar-benar memberi inspirasi. Kami telah mewujudkan perubahan yang positif dan saya berharap dapat melihat kesan penuh usaha AACSB ini pada tahun-tahun akan datang." 

Semasa tempoh perkhidmatannya, Beck-Dudley telah mengetuai organisasi ini melalui pandemik di mana AACSB telah menukar semua acara dan operasi daripada secara bersemuka kepada persekitaran maya dan hibrid. Beliau memastikan peralihan yang lancar kepada Piawaian Akreditasi Perniagaan AACSB 2020 yang menekankan peranan penting yang dimainkan oleh sekolah perniagaan dalam mewujudkan perubahan sosial yang positif melalui program, penyelidikan dan komuniti. Beck-Dudley telah memberi penekanan hebat untuk memajukan prinsip kepelbagaian, kesaksamaan, keterangkuman dan kekitaan (DEIB) serta melihat kepelbagaian melalui perspektif global. Beliau telah menjadi penyokong dan jurucakap yang tidak mengenal penat lelah untuk mempromosikan nilai pendidikan perniagaan dan akreditasi AACSB di seluruh dunia, menekankan kepentingan untuk bekerjasama dengan perniagaan, kerajaan dan organisasi bukan berasaskan keuntungan serta terlibat dalam pelbagai disiplin untuk kebaikan masyarakat. Akhir sekali, Beck-Dudley telah melabur dalam keupayaan data AACSB untuk memastikan pihak berkepentingan mempunyai alatan cerapan dan kepemimpinan pemikiran untuk mengubah pendidikan perniagaan dengan cara yang positif dan inovatif.

"Ahli Lembaga Pengarah AACSB amat kagum dengan kepemimpinan Caryn yang mantap semasa berlakunya saat yang paling mencabar dan tidak dapat diramalkan yang dihadapi sektor pendidikan perniagaan, perniagaan dan masyarakat," kata McRae C. Banks, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah AACSB yang juga merupakan Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Bryan, Universiti North Carolina Greensboro. "Bukan sahaja AACSB berjaya menghadapi pandemik ini disebabkan kepemimpinan Caryn—malah kami telah berkembang maju walaupun terdapat kesan cabaran COVID dan geopolitik yang berlarutan. AACSB komited untuk mempercepat inovasi dalam pendidikan perniagaan dan menunjukkan bahawa sekolah-sekolah perniagaan merupakan pendorong kebaikan di dunia." 

AACSB mendapatkan sebuah firma pencarian eksekutif untuk menyelia proses pengambilan bagi jawatan Presiden dan CEO tersebut. 

Tentang AACSB International 

Sebagai sebuah pakatan pendidikan perniagaan yang terbesar di dunia, AACSB International (AACSB) menghubungkan para pendidik, pelajar sepanjang masa dan perniagaan untuk mencapai matlamat bersama: mewujudkan generasi pemimpin akan datang yang hebat. Sinonim dengan standard kecemerlangan tertinggi sejak tahun 1916, AACSB menyediakan jaminan kualiti, kecerdasan pendidikan perniagaan dan perkhidmatan pembangunan profesional kepada lebih 1,800 organisasi ahli dan lebih 950 buah sekolah perniagaan yang diiktiraf di seluruh dunia. Organisasi global ini mempunyai pejabat yang terletak di Tampa, Florida, AS; Amsterdam, Belanda; dan Singapura. Untuk maklumat lanjut, sila layari aacsb.edu

HUBUNGAN: Leah Harms, leah.harms@aacsb.edu 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1914959/AACSB_International_Logo.jpg?p=medium600

Source: AACSB International
Keywords: Education Higher Education Personnel announcements