omniture

Pembekal Perkhidmatan Pegangan yang Paling Pesat Berkembang di Dunia Berasal dari Lugano, Switzerland

Luganodes
2022-10-06 22:39

LUGANO, Switzerland, 6 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Luganodes ialah pembekal perkhidmatan pegangan gred institusi yang berpangkalan di Switzerland, menyediakan infrastruktur blok rantai bertaraf dunia kepada rangkaian PoS dan mendayakan institusi dengan produk dan perkhidmatan yang tepat untuk kegunaan pada masa ini dan akan datang. Luganodes berhasrat untuk memainkan peranan penting dalam menjamin dan meningkatkan rangkaian Bukti Pegangan (PoS) melalui infrastruktur tidak berpusat yang cekap, selamat dan boleh diskala.

World’s Fastest Growing Staking Service Provider Born out of Lugano, Switzerland
World’s Fastest Growing Staking Service Provider Born out of Lugano, Switzerland

Blok rantai berasaskan konsensus Bukti Pegangan (PoS) menampilkan pengesah dan bukannya pelombong. Pengesah ialah pelayan (nod) yang menjalankan perisian blok rantai yang bertanggungjawab untuk menambah blok baharu ke dalam blok rantai tersebut. Pengesahan adalah suatu proses yang kompleks, yang memerlukan pematuhan terhadap piawaian teknikal, ketepatan pelaksanaan teknikal, kemantapan operasi dan kecekapan prestasi. Pengesah yang tidak mematuhi piawai boleh dikenakan penalti kewangan (pemotongan) dan dikeluarkan sepenuhnya dari rangkaian. Luganodes mengambil alih cabaran operasi dan teknikal institusi untuk menjalankan, mengurus dan mengekalkan nod pengesah dengan cara yang selamat, patuh dan cekap.

Walaupun masih dalam peringkat awal perjalanannya, Luganodes melalui pelaburan berterusan dalam kecemerlangan operasi dan kecekapan, telah memperoleh kepercayaan dan sokongan daripada pelbagai komuniti PoS termasuk Poligon dan TRON. Pada masa ini, Luganodes merupakan penyedia pegangan yang paling pesat berkembang di dunia dengan lebih ~$500 juta aset dalam pegangan dan disiarkan pada lebih 5 rangkaian PoS. Prestasi Luganodes dibuktikan oleh Petunjuk Prestasi Utama (KPI) operasi yang boleh diukur pada rangkaian langsung, contohnya pada rangkaian TRON; Luganodes mempunyai 100% masa hidup tanpa blok yang ditinggalkan. Ini telah meraih kepercayaan pelbagai pelabur institusi yang menjadikan Luganodes antara 15 penyedia terbaik dalam rangkaian TRON.

"Visi kami ialah untuk membina Internet yang selamat, diperibadikan dan tidak berpusat untuk semua dan Lugano akan menjadi pusat inovasi infrastruktur blok rantai," kata Anuj Shankar, Ketua Pegawai Eksekutif, Luganodes 

Luganodes yang berasal dari Lugano, Switzerland tercetus daripada program Lugano Plan B dan berhasrat untuk menjadi perintis infrastruktur tidak berpusat. Program Lugano Plan B ialah inisiatif bersama antara bandar Lugano dengan Tether untuk mempercepat penggunaan dan memanfaatkan teknologi blok rantai sebagai asas untuk mengubah infrastruktur kewangan di bandar tersebut. Perancangan ini bertujuan untuk meningkatkan blok rantai di seluruh bandar bagi memberi kesan yang positif terhadap semua aspek kehidupan harian penduduk Lugano. Program ini juga membolehkan akses kepada pelaburan berkumpulan dengan nilai melebihi 100 juta Swiss Franc untuk syarikat pemula membangunkan teknologi blok rantai dan menggalakkan penempatan semula perniagaan sedia ada yang akan membawa kepakaran, pengetahuan dan orang ramai ke Lugano. 

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1913823/Luganodes_Switzerland.jpg?p=medium600

 

 

Source: Luganodes
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Survey, Polls & Research Blockchain