omniture

Vserv.mobi Lancarkan AppWrapper.org Merevolusikan Integrasi SDK bagi Pembangun Android

Vserv.mobi
2013-11-15 16:58 182

MUMBAI, SAN FRANCISCO, LONDON dan SINGAPURA, 15 November 2013 /PRNewswire/ --

Platform bebas mengautomasikan integrasi SDK menerusi pengiklanan, pembelian menerusi app, analisis, pengesanan pepijat dan pelbagai lagi bersama Flurry, BugSense, Google Analytics, AppRater dan lain-lain.

Vserv.mobi merupakan pertukaran pengiklanan mudah alih yang memenangi anugerah dalam seluruh pasaran baharu, hari ini mengumumkan pelancaran AppWrapper.org, platform inovatif untuk pembangun app Android yang mengautomasikan integrasi pelbagai kit pembangunan perisian (SDK) tanpa perlu membuat pengekodan. AppWrapper baharu ini dibangunkan untuk mewujudkan perkhidmatan kitaran hayat pembangunan app penting seperti pengewangan iklan, analisis, pengesanan pepijat dan pembelian menerusi app hanya dengan satu klik dan ini membolehkan para pembangun app mempercepat tempoh pemasarannya.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120725/546333 )

AppWrapper baharu ini dioptimumkan untuk Android kerana statusnya sebagai salah satu platform OS yang paling diterima dan digunakan. Menurut laporan peranti mudah alih terkini daripada IDC, Android mendominasi saham pasaran bagi penghantaran telefon pintar ke peringkat global dengan lebih 80 peratus. IDC menjangkakan penghantaran telefon pintar Android meningkat sebanyak 51.3 peratus antara suku tahun ketiga (Q3) 2012 dan suku tahun ketiga (Q3) 2013.

"Platform AppWrapper.org baharu ini adalah berdasarkan wawasan perniagaan yang para pembangun mengintegrasikan pelbagai SDK ke dalam app, yang biasanya mengambil masa dan usaha keras yang sebaliknya mungkin boleh dilaburkan dalam memperbaiki fungsi asas app tersebut," kata Binay Tiwari, Pengarah Pemasaran Global dan Produk, Vserv.mobi. "AppWrapper.org mempunyai matlamat untuk menyelesaikan isu ini dengan menawarkan platform hebat kepada para pembangun bagi mengintegrasikan pelbagai SDK tanpa proses pengekodan dengan pesat. Memandangkan AppWrapper asal hanya membolehkan SDK iklan di Vserv.mobi, pelancaran platform baharu ini diharapkan dapat memanfaatkan teknologi paten belum selesai bagi membantu para pembangun mengintegrasikan pelbagai rakan kongsi SDK dengan pendekatan satu klik inovatif yang sama."

Sejak pelancarannya tiga tahun lalu, AppWrapper telah memenangi pelbagai anugerah termasuk MMA Smarties, mBillionth, Red Herring Top 100 Asia, Mobby's dan banyak lagi atas sumbangannya dalam teknologi berinovatif. AppWrapper turut membantu pengewangan app bagi lebih 20,000 app dan permainan termasuklah daripada Disney India, Electronic Arts, Gameloft, Herocraft dan lain-lain pembangun hebat. Ia berfungsi dengan lancar menerusi apa-apa alat pengewangan sedia ada yang telah diintegrasikan ke dalam app tersebut bagi meningkatkan penghasilan dan kemampuannya tanpa kebimbangan para pembangun berkenaan kesesuaiannya.

Di samping pengewangan, AppWrapper baharu itu juga direka untuk mengintegrasikan pelbagai perkhidmatan secara automatik seperti analisis, pengesanan pepijat dan penglibatan pengguna yang akan mengurangkan kitar pembangunan secara signifikan. Perkhidmatan utama yang disediakan oleh AppWrapper baharu itu termasuklah:

  • Pengewangan: Membolehkan pembangun app mudah alih mula mendapat pendapatan daripada pengguna app mereka melalui model perniagaan seperti pengiklanan unggul dan pembelian menerusi app
    • Contoh: Iklan RTB unggul, pembelian menerusi app Google Play Store
  • Analisis: Membolehkan para pembangun memahami dan mengenal pasti jangkauan, perhubungan, penyimpanan, pertukaran, penghasilan dan lain-lain oleh para pengguna
    • Contoh: Google Analytics, Flurry Analytics, ApSalar
  • Pengesanan Pepijat: Membolehkan para pembangun mengumpulkan laporan crash secara terus, mendapatkan maklum balas daripada pengguna app, mengedarkan versi beta dan menyediakan analisis liputan ujian
    • Contoh: BugSense, HockeyApp, Crittercism
  • Penglibatan Pengguna: Membolehkan para pembangun melibatkan diri bersama para pengguna app bagi meningkatkan penggunaan melalui pemberitahuan bertempoh, peringatan App Rating dan lain-lain
    • Contoh: AppRater, Cloud2Device Messaging

"Di Verv.mobi, kami amat berbangga untuk melancarkan inisiatif industri yang menyeluruh bagi membantu mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh para pembangun," ujar Lance Johnson, Naib Presiden, Pembangunan Perniagaan, Verv.mobi Amerika Utara. "Kami tidak sabar-sabar untuk terus meneruskan pembangunan AppWrapper.org dan memperluas kerjasama SDK kami bagi mengadakan kategori baharu untuk menawarkan fungsi dan pilihan yang lebih hebat kepada para pembangun."

Ditubuhkan pada tahun 2010, Vserv.mobi telah menjadi peneraju bagi inovasi dalam pengiklanan mudah alih yang selari dengan matlamatnya untuk menjadi pertukaran iklan mudah alih #1 dalam pasaran yang kian berkembang. Sejak penubuhannya, syarikat tersebut telah melangkaui sempadan teknologi bagi menghadapi cabaran yang tidak berjaya diselesaikan oleh para pembangun app di peringkat global.

Bagi maklumat lanjut atau untuk memuat turun AppWrapper baharu, sila layari

http://appwrapper.org atau http://appwrapper.org/press

Latar Belakang AppWrapper.org

AppWrapper.org merupakan platform bebas yang membawakan integrasi SDK melalui satu klik bagi pembangun app menerusi pengiklanan, pembelian menerusi app, analisis, pengesanan pepijat dan pelbagai lagi. Proses integrasi SDK yang dijadikan automatik sepenuhnya ini mewujudkan platform yang membolehkan para pembangun app untuk mempercepat pemasaran app mudah alih mereka secara signifikan. Platform tersebut juga menyokong perkhidmatan kitaran hayat pembangunan app yang penting termasuk RTB berasaskan Iklan, Google Analytics, Flurry, Apsalar, Hockeyapp, Bugsense, AppRater, Cloud2Device Messaging, Crittercism dan pelbagai lagi. AppWrapper™ telah membantu App Monetization dengan lebih 20,000 app dan telah memenangi pelbagai anugerah termasuk MMA Smarties, mBillionth, Red Herring Top 100 Asia, Mobby's dan pelbagai lagi bagi sumbangannya dalam inovasi teknologi. Layari http://www.appwrapper.org bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Latar Belakang Vserv.mobi

Vserv.mobi merupakan pertukaran pengiklanan mudah alih yang memenangi anugerah yang memberi tumpuan terhadap pasaran baharu bagi memaksimumkan nilai media mudah alih bagi para pengiklan, pembangun, penerbit dan pengendali. Dikuasakan oleh AudienceProTM dan AppWrapperTM yang memenangi anugerah, Vserv.mobi telah berkongsi pengalaman pengiklanan mudah alih bagi jenama Fortune 500 yang menerajui dan syarikat media digital di hampir 200 negara. AudiencePro™ memanfaatkan data pelanggan pengendali dan pemprofilan pengguna yang mematuhi privasi bagi membolehkan para pengguna yang dipercayai menyasarkan keupayaan di bursa pengiklanan Vserv.mobi. AppWrapperTM pula merupakan platform bebas yang membawakan integrasi SDK melalui satu klik bagi pembangun app menerusi pengiklanan, pembelian menerusi app, analisis, pengesanan pepijat dan pelbagai lagi. Syarikat tersebut juga diiktiraf di peringkat global dan mempunyai rangkaian pejabat di AS, UK, Afrika Selatan, India, Singapura, Indonesia, Malaysia & Vietnam. Dibiayai oleh usaha niaga IDG, Verv.mobi ditubuhkan pada bulan Januari 2010. Sila layari http://www.vserv.mobi bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Bagi pertanyaan media, sila hubungi:

Vserv.mobi
Rachita Vaid, Komunikasi Korporat, +91-22-29275746, press@vserv.mobi

Sumber: Vserv.mobi

Source: Vserv.mobi
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Publishing/Information Service New products/services