omniture

Shipsy Lancar Platform Pengurusan Logistik Eksport Import Pasang dan Pakai untuk Komuniti PKS bagi Pengeluar, Penghantar dan Pengangkutan Barangan yang Sedang Berkembang Pesat di India

Shipsy
2022-10-07 12:14

Penyelesaian terkemuka dalam industri dari Shipsy memanfaatkan penyepaduan dengan lebih 64 syarikat perkapalan, lebih 300 syarikat pengangkutan barangan, rangkaian tersuai yang terdiri daripada lebih 20,000 penghantar global dan lebih 50 syarikat logistik pihak ketiga (3PL) di seluruh dunia. Ia memperkasakan pengeksport dan pengimport India untuk:

  • Mengurangkan perbelanjaan logistik rentas sempadan 
  • Menjejak penghantaran kontena dalam masa nyata 
  • Merancang penghantaran beberapa minggu lebih awal 

GURUGRAM, India, 7 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Shipsy, penyedia teknologi pengurusan logistik pintar global yang terkemuka, melancarkan penyelesaian pengurusan logistik antarabangsanya versi layan diri serta pasang dan pakai untuk perniagaan global yang semakin berkembang yang berpangkalan di India. Ia akan membolehkan syarikat pengeksport, pengimport, pengeluar, penghantar dan pengangkutan barangan bersaiz kecil dan sederhana menguruskan pergerakan rentas sempadan barangan mereka pada skala besar dengan menggunakan platform Shipsy yang canggih, tanpa perlu ditetapkan dan sedia untuk diakses mengikut keperluan mereka.

Platform pengurusan logistik import eksport Shipsy memanfaatkan kuasa AI, automasi dan analisis ramalan termaju untuk memperkasakan perniagaan mengakses kadar harga pengangkutan yang terbaik, membuat pertanyaan segera, menjejak pergerakan kontena dalam masa nyata, memperoleh maklumat dan amaran penting tentang kos sampingan serta pelbagai lagi.

Penjejak Jadual Kapal Shipsy membolehkan penghantar merancang penghantaran mereka beberapa minggu lebih awal, menjimatkan kos pengangkutan dengan ketara dan memenuhi jangkaan pelanggan. Selain itu, Penunjuk Pelepasan Karbon (ICE) membantu penghantar memantau pelepasan karbon untuk membolehkan pembuatan keputusan dipacu data bagi melaksanakan strategi neutral karbon.

"Perdagangan global yang semakin berkembang memberikan potensi pertumbuhan perniagaan yang hebat. Walau bagaimanapun, kekurangan infrastruktur teknologi memberi cabaran kepada PKS dalam merealisasikan pengoptimuman dan meningkatkan hasil perniagaan. Penyelesaian terkini kami merupakan langkah ke arah memperkasakan pengeluar dan penghantar untuk menjimatkan kos dan meningkatkan kecekapan operasi supaya mereka boleh memanfaatkan pertumbuhan pasaran dan meningkatkan usaha mereka untuk berkembang ke lokasi geografi yang baharu," kata Soham Chokshi, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Bersama Shipsy.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian ini, sila klik di sini. Platform pengurusan logistik antarabangsa Shipsy memanfaatkan kerjasama yang lancar dan luar biasa dengan lebih 64 syarikat perkapalan, lebih 300 syarikat kargo, rangkaian tersuai yang terdiri daripada lebih 20,000 penghantar global dan lebih 50 penyedia perkhidmatan logistik pihak ketiga untuk menyampaikan hasil perniagaan transformasi kepada PKS di India. Peneraju Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) ini turut berusaha ke arah memantapkan kedudukannya sebagai sebuah platform yang dimanfaatkan oleh syarikat untuk melancarkan pelbagai perkhidmatan logistik.

"Kami sedang berusaha untuk membolehkan akses yang lebih mudah kepada pilihan pembiayaan perdagangan, insurans perdagangan dan pemprosesan pembayaran untuk benar-benar bekerjasama dengan komuniti syarikat penghantar di India dalam perjalanan pertumbuhan mereka. Perkhidmatan bersepadu sebegini akan memperluas skop operasi kami supaya kami boleh mewujudkan nilai kepada pihak berkepentingan dari pelbagai saiz," tambah Chokshi.

Hubungan Media: 
arjun.alva@shipsy.io 
+91-9986484287

Source: Shipsy
Keywords: Computer/Electronics Maritime/Shipbuilding Railroads and Intermodal Transportation Transportation New products/services