omniture

Next e.GO Mobile SE akan Menampilkan Kenderaan Elektrik e.wave X dan e.Xpress di Pameran Motor Paris

Next.e.GO Mobile SE
2022-10-07 15:46
  • e.GO mempersembahkan masa depan mobiliti elektro bandar di Pameran Motor Paris.
  • Sila kunjungi kami di Pavilion 6, Reruai 624 mulai 17 hingga 23 Oktober.
  • Sertai persidangan akhbar kami dengan sorotan menarik tentang e.GO pada 17 Oktober, jam 4:35 petang.

AACHEN, Jerman dan PARIS, 7 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Pengeluar kenderaan elektrik bebas dari Jerman iaitu Next.e.GO Mobile SE akan menampilkan barisan kenderaan baharunya yang terdiri daripada kenderaan elektrik bandar BEV e.wave X 2022 serta  kenderaan elektrik penghantaran bandar baharu, e.Xpress di Pameran Motor Paris pada 17-23 Oktober (Pavilion 6, Reruai 624). Pameran Motor Paris yang dikenali sebagai "Mondial de l'Auto" dalam bahasa Perancis ini merupakan salah sebuah pameran kereta yang paling banyak dikunjungi di dunia dan dianggap sebagai acara industri automotif perdana serta menjadi kegemaran para peminat dan pakar automotif. Bertepatan dengan moto Pameran Motor Paris pada tahun ini iaitu "Revolusi dihidupkan", e.wave X dan e.Xpress baharu mewakili masa depan inovatif mobiliti elektro yang lestari dalam sektor pengguna dan juga penghantaran komersial.

e.wave X on the road
e.wave X on the road

 

Prinsip panduan utama di e.GO ialah kesederhanaan dan praktikal berdasarkan skala. e.GO mereka bentuk dan mengeluarkan kenderaan dengan memberi perhatian khusus kepada pemilihan bahan, prestasi dan kelancaran pengalaman pengguna. Gabungan rangka ruang Aluminium 3D dengan kulit polimer yang inovatif menghasilkan keseimbangan yang hebat antara berat, ketahanan dan rintangan kakisan, manakala penyelesaian bateri yang fleksibel dan boleh ditukar memberi ketenangan fikiran kepada pemandu bandar dan direka untuk menghapuskan kebergantungan yang tinggi terhadap infrastruktur pengecasan pantas yang tidak tersedia dengan banyak seperti yang sepatutnya. Ketersambungan digital yang lancar bersama-sama dengan Aplikasi proprietari (e.GO Connect™) bertujuan untuk menawarkan pengalaman pengguna digital yang unik yang menjadikan kenderaan e.GO seperti telefon pintar yang mempunyai 4 roda.

"Kami gembira dapat menyertai Pameran Motor Paris dan berkongsi visi kami tentang masa depan mobiliti elektro bandar untuk individu serta perniagaan. Kenderaan e.wave X dan e.Xpress kami telah dibangunkan dengan mengutamakan serta mementingkan kelestarian dan jumlah kos pemilikan; ia bertujuan untuk mewujudkan simbiosis yang sempurna antara inovasi dan ekonomi yang praktikal", kata Ali Vezvaei, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Next.e.GO Mobile SE.

e.wave X menawarkan lebih daripada sekadar satu medium pengangkutan, sebaliknya ia menawarkan gaya kehidupan yang sebenar. e.wave X baharu ini sengaja direka untuk menjadi praktikal dan berguna bagi persekitaran bandar. Dengan ukuran yang dioptimumkan untuk menghasilkan empat tempat duduk yang selesa, penyelesaian bateri pintar dan fleksibel yang tidak bergantung pada ketersediaan infrastruktur pengecasan khusus dengan paparan digital yang amat lebar dan bahagian luar yang diperbuat daripada polimer ini memberikan pelbagai manfaat kepada pengguna, e.wave X bukan sahaja menawarkan kualiti dan keselesaan, malah ia juga memenuhi keperluan bandar moden.

e.Xpress bertujuan untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat terhadap penghantaran komersial bandar dan penghantaran destinasi terakhir yang lestari dengan pelepasan karbon sifar. Ia telah direka dengan memberikan sepenuh perhatian terhadap keperluan sektor seperti ukuran yang sesuai untuk persekitaran bandar dan penyelesaian pertukaran bateri yang direka untuk membantu memastikan masa hidup dan produktiviti yang optimum.

Sertai sidang akhbar kami 
Next.e.GO Mobile SE mengalu-alukan kedatangan semua wartawan di Pameran Motor Paris yang berminat untuk menghadiri  sidang akhbar pada 17 Oktober, jam  04:35 petang, yang turut tersedia melalui penstriman langsung. Selain mempersembahkan e.wave X, Ali Vezvaei, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah akan turut disertai oleh Dr. Stefan Rudolf, Ketua Pegawai Teknologi dan Dr. Matthias Kreimeier, Naib Presiden Jualan, untuk memberikan maklumat tentang pengeluaran model baharu tersebut. Mereka juga akan berkongsi berita menarik tentang hala tuju masa depan syarikat. Selepas sidang media tersebut, peluang untuk sesi temu bual secara peribadi dengan Ali Vezvaei dan para pakar lain turut disediakan.

Paris Expo Porte de Versailles di Paris
17.10.2022 | 4:35 petang. – 4:45 petang
Pavilion 6 | Reruai 624 

Penstriman langsung tersebut akan tersedia di laman web kami di www.e-go-mobile.com.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1915481/e_waveX.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1915480/e_Xpress.jpg?p=medium600

e.Xpress will be unveiled to the public at Paris Motor Show
e.Xpress will be unveiled to the public at Paris Motor Show

 

Source: Next.e.GO Mobile SE
Keywords: Auto Transportation New products/services Trade show news