omniture

Venture Global dan EnBW Mengumumkan Lanjutan Kerjasama Gas Asli Cecair

Venture Global LNG
2022-10-07 19:51

ARLINGTON, Virginia dan STUTTGART, Jerman, 7 Oktober 2022 /PRNewswire/ --  Venture Global LNG dan EnBW hari ini mengumumkan peningkatan kerjasama gas asli cecair (LNG) sedia ada kepada 2 juta tan setahun (MTPA). Di bawah Perjanjian Jual Beli (SPA) selama 20 tahun yang ditandatangani pada Jun 2022, EnBW telah meningkatkan kuantiti urus niaga LNG jangka panjangnya dengan Venture Global dengan tambahan sebanyak 0.5 MTPA daripada loji LNG Plaquemines dan CP2.

Photo Credit: Venture Global LNG
Photo Credit: Venture Global LNG

"Venture Global berasa sukacita dapat menjadi rakan kongsi strategik kepada EnBW dan Jerman, pelanggan utama bagi kedua-dua loji Plaquemines dan CP2," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Venture Global, Mike Sabel. "Kerajaan Jerman telah mengambil tindakan pantas untuk menangani krisis tenaga dan kami berbesar hati untuk menyokong usaha mereka dengan memberikan jaminan bekalan LNG AS. Syarikat kami telah merintis loji LNG generasi seterusnya dengan model yang selamat dan berkos rendah yang membolehkan kami membawa bekalan yang amat diperlukan ini ke pasaran global bertahun-tahun lebih pantas daripada yang pernah dilakukan setakat ini. Kemudahan Pesisir Teluk kami menggabungkan peralatan dari Eropah yang bertaraf dunia dan amat penting termasuk modul pencecairan, turbin wap dan pelbagai lagi peralatan yang menyediakan begitu banyak peluang pekerjaan di seluruh benua."

"Untuk mengurangkan pergantungan kepada gas asli Rusia dan mengukuhkan kepelbagaian serta jaminan bekalan, EnBW membantu kerajaan Jerman dengan meningkatkan lagi akses kepada bekalan LNG. Disebabkan faktor tersebut, kami telah meningkatkan volum perolehan kami daripada Venture Global", jelas Georg Stamatelopoulos, Ketua Pegawai Operasi Penjanaan & Perdagangan EnBW. "Dengan bantuan LNG, kami dapat menjamin bekalan gas Jerman untuk mendayakan peralihan tenaga dan pada masa yang sama, menumpukan sepenuh perhatian kepada sasaran keneutralan iklim kami.

Tentang Venture Global LNG 

Venture Global ialah sebuah syarikat penyedia jangka panjang berkos rendah untuk LNG A.S. yang diperoleh dari lembangan gas asli Amerika Utara yang kaya dengan sumber. Kemudahan pertama Venture Global iaitu Calcasieu Pass, memulakan pengeluaran LNG pada bulan Januari 2022. Syarikat ini juga sedang membina atau membangunkan kapasiti pengeluaran tambahan sebanyak 60 MTPA di Louisiana untuk menyediakan tenaga bersih dan berpatutan kepada dunia. Syarikat ini sedang membangunkan projek Penangkapan dan Sekuestrasi Karbon (CCS) di setiap kemudahan LNG miliknya

www.venturegloballng.com 

Tentang EnBW 

Dengan lebih 26,000 orang pekerja, EnBW merupakan salah sebuah syarikat tenaga terbesar di Jerman dan Eropah. Syarikat ini membekalkan tenaga elektrik, gas dan air kepada kira-kira 5.5 juta pelanggan serta perkhidmatan dan produk dalam bidang infrastruktur dan tenaga. Pengembangan tenaga boleh baharu ini merupakan asas bagi strategi pertumbuhan dan fokus pelaburan. EnBW akan melaburkan kira-kira EUR4 bilion dalam pengembangan tenaga angin dan solar seterusnya menjelang tahun 2025.

Menjelang akhir tahun 2025, lebih separuh daripada portfolio penjanaan disasarkan untuk mengandungi tenaga boleh baharu. Ini telah memberi kesan yang jelas terhadap matlamat untuk mengurangkan separuh daripada pelepasan CO2, sebagaimana yang disasarkan oleh EnBW menjelang tahun 2030. EnBW menyasarkan keneutralan iklim menjelang tahun 2035.

www.enbw.com 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1915315/PLNG_PR_PHOTO.jpg?p=medium600

 

 

Source: Venture Global LNG
Keywords: Gas Oil/Energy Utilities Contracts