omniture

IKEA Beli Ladang Angin Kanada 46MW Daripada Mainstream Renewable Power

Mainstream Renewable Power
2013-11-15 18:00 203

DUBLIN, 15 November 2013 /PRNewswire/ --

Pembelian ladang angin kedua oleh IKEA daripada Mainstream dalam tempoh tiga bulan

Syarikat tenaga angin dan suria peringkat global, Mainstream Renewable Power telah mengadakan perjanjian untuk menjual Ladang Angin Oldman 2 46 megawatt di Alberta, Kanada kepada IKEA, peruncit perabot terbesar dunia. Mainstream telah memulakan pembinaan projek tersebut dengan kos menghampiri nilai CAD$90 juta dan dijangka memulakan operasinya pada musim luruh tahun 2014, pada saat IKEA akan membeli loji tersebut. Sebagai sebahagian daripada perjanjian, Mainstream akan terus menjalankan operasi dan menyelenggarakan ladang angin tersebut bagi pihak IKEA untuk mengekalkan jangka hayatnya.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130606/618541 )

Ini merupakan ladang angin kedua yang dipersetujui oleh IKEA untuk memilikinya daripada Mainstream Renewable Power setelah mengumumkan perjanjian tersebut untuk memperoleh Ladang Angin Carrickeeny di Ireland pada bulan Ogos. IKEA Group merancang untuk melabur sebanyak £1.5 bilion dalam program tenaga angin dan suria sehingga tahun 2015. Tenaga angin merupakan bahagian penting bagi strategi kemampanan IKEA Group untuk mendapatkan sebanyak mungkin tenaga diperbaharui seperti yang digunakan menjelang tahun 2020. Projek tersebut dimiliki sepenuhnya oleh IKEA Kanada, menjadikannya ladang angin terbesar yang pernah dimiliki oleh peruncit Kanada.

Mengulas tentang perjanjian tersebut, Ketua Eksekutif Mainstream Renewable Power, Eddie O'Connor berkata, "Mainstream Renewable Power amat teruja untuk bekerjasama sekali lagi bersama IKEA. Kerjasama dengan syarikat yang mahu memiliki loji angin dan suria sendiri ini sangat menguja dan menjadi satu bahagian yang kian berkembang dalam perniagaan Mainstream di peringkat global. Projek ini merupakan pelaburan yang penting dalam masa depan tenaga diperbaharui dan sangat diperlukan.

Beliau meneruskan lagi: Ladang angin ini akan memberi sumber kuasa kepada grid Alberta dengan harga pasaran semasa dan ini merupakan demonstrasi yang jelas bagaimana penghasilan angin mampu menjana tenaga elektrik dan kenyataan ini tidak boleh disangkal lagi."

"Pelaburan IKEA Kanada dalam sektor tenaga boleh diperbaharui memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat. Kami mampu menyokong peralihan kepada karbon rendah pada masa depan, mengurangkan kos operasi dan tenaga serta memberi manfaat untuk para pelanggan kami dengan terus menawarkan hiasan rumah berkualiti tinggi pada harga yang rendah," ujar Kerri Molinaro, Presiden IKEA Kanada. "Ladang angin di Alberta berserta pemasangan suria yang sedia ada di tiga stor kami di Ontario merupakan langkah penting bagi mencapai impian peringkat global IKEA untuk menjadi bebas tenaga menjelang tahun 2020 dan menghasilkan tenaga diperbaharui melebihi tenaga yang kita gunakan."

Tamat.

Latar Belakang Mainstream Renewable Power

Mainstream Renewable Power merupakan salah satu pemaju bebas yang menerajui di dunia yang menjalankan projek tenaga diperbaharui. Dengan pembinaan melebihi 19GW tidak lama lagi di peringkat global, syarikat ini sedang berusaha membina ladang suria dan angin di seluruh Ireland, Afrika Selatan, Chile dan Kanada.

Mainstream, yang merupakan pemaju bebas bagi angin pesisir luar yang menerajui di Eropah, sedang membangunkan di bawah 8GW sahaja bagi projek angin pesisir luar di England, Scotland dan Jerman dengan 4.45GW sambungan grid yang selamat bagi projek pesisir luar ini.

Syarikat ini mempunyai lebih 160 pekerja berpengalaman di empat benua dan mempunyai pejabat di Berlin, Cape Town, Chicago, Dublin, Glasgow, Johannesburg, London, Santiago dan Toronto.

http://www.mainstreamrp.com

Mainstream Renewable Power

Emmet Curley
Tel: +353-1-290-2027
E-mel: emmet.curley@mainstreamrp.com

Sumber: Mainstream Renewable Power Ltd

Source: Mainstream Renewable Power
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities