omniture

Diet Mediterranean menambah baik kadar tindak balas imunoterapi dan kelangsungan hidup bebas perkembangan pada melanoma lanjutan, menurut kajian baharu yang dibentangkan pada Minggu UEG

United European Gastroenterology (UEG)
2022-10-09 06:01

VIENNA, 9 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Amalan diet Mediterranean yang kaya dengan serat, asid lemak tak tepu mono dan polifenol, telah dikaitkan dengan kadar tindak balas imunoterapi dan kelangsungan hidup bebas perkembangan yang lebih baik pada pesakit melanoma lanjutan, menurut satu kajian baharu yang dibentangkan hari ini pada Minggu UEG 2022.

Pakar menjangkakan bahawa diet ini bakal memainkan peranan penting dalam kejayaan imunoterapi dan ujian sedang diperluaskan untuk menyelidik hasil bagi jenis tumor yang berbeza termasuk kanser pencernaan.

Diet Mediterranean, yang mengandungi lemak mono dan politaktepu daripada minyak zaitun, kekacang dan ikan, polifenol dan serat daripada sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh, dikaitkan secara signifikan dengan tindak balas yang lebih baik terhadap ubat-ubatan imunoterapi yang dipanggil Immune Checkpoint Inhibitors (ICI) atau Penyekat Pusat Pemeriksaan Imun. ICI, yang sangat berkesan dalam merawat melanoma, berfungsi dengan menyekat pusat pemeriksaan sistem imun yang kemudian memaksa sel-T badan untuk menyerang kanser.

Kajian berbilang pusat baharu oleh penyelidik dari UK dan Belanda merekodkan bahawa pengambilan diet oleh 91 orang pesakit yang mengihidap melanoma lanjutan, yang telah dirawat dengan ubat ICI dan perkembangan mereka dipantau dengan pemeriksaan tindak balas radiografi berkala.

Selain mempunyai perkaitan yang signifikan dengan kadar tindak balas keseluruhan, diet Mediterranean dikaitkan secara ketara dengan kelangsungan hidup bebas perkembangan pada bulan ke-12.

Laura Bolte, pengarang kajian ini yang juga calon PhD di bawah seliaan Prof. Rinse Weersma dari University Medical Center Groningen, Belanda mengulas, "ICI telah membantu merevolusikan rawatan untuk pelbagai jenis kanser lanjutan. Kajian kami menggariskan kepentingan penilaian pemakanan pada pesakit kanser yang memulakan rawatan ICI dan menyokong peranan strategi pemakanan untuk meningkatkan hasil pesakit dan kelangsungan hidup."

Kajian ini juga mendapati bahawa dengan memakan bijirin penuh dan kekacang, mampu mengurangkan kecenderungan untuk mendapat kesan sampingan berkaitan imun yang dicetuskan oleh ubat-ubatan, seperti kolitis. Sebaliknya, daging merah dan daging proses dikaitkan dengan kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat kesan sampingan berkaitan imun.

"Hubungan tindak balas antara ICI dengan diet dan mikrobiom usus membuka peluang masa depan yang cerah dan menarik untuk penambahbaikan tindak balas rawatan. Ujian klinikal yang menyelidiki kesan diet berserat tinggi, diet ketogenik dan suplemen omega-3 sedang dijalankan. Memandangkan terapi ICI sedang dikembangkan kepada pelbagai jenis tumor, termasuk kanser pencernaan, kajian ini boleh menyingkap manfaat rawatan untuk sekumpulan besar pesakit kanser pada masa hadapan," tambah Laura Bolte.

 

 

Source: United European Gastroenterology (UEG)
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries