omniture

Vantage jalin kerjasama dengan Financial Commission untuk lebih ketelusan dalam resolusi pertikaian luar

Vantage
2022-10-09 20:17 137

SYDNEY9 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Vantage, broker berbilang aset yang bertaraf antarabangsa, hari ini mengumumkan perkongsiannya dengan Financial Commission (FinaCom), sebuah organisasi dikawal selia sendiri bebas dan badan resolusi pertikaian luar untuk perniagaan yang beroperasi dalam pasaran tukaran mata wang asing (forex) dan kontrak untuk perbezaan (CFD).

Menerusi perkongsian baharu ini, Vantage dan pelanggannya berupaya untuk mengakses pelbagai jenis perkhidmatan dan faedah keahlian seperti proses resolusi tidak berat sebelah yang difasilitasi oleh FinaCom dan perlindungan sehingga €20,000 bagi setiap pelanggan, dilindungi oleh dana pampasan FinaCom.

Perkongsian Vantage dengan FinaCom menggabungkan kedua-dua organisasi yang komited untuk memastikan industri forex berada pada standard tertinggi dalam amalan perniagaan, demi persekitaran perdagangan yang lebih berwibawa dan telus.

Marc Despallieres, Ketua Pegawai Strategi & Perdagangan di Vantage berkata, "Kami amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Financial Commission. Kami menghargai maklum balas pelanggan kami dan pengalaman perdagangan mereka bersama kami dan kami berasa sukacita kerana mendapat sokongan daripada sebuah organisasi resolusi pertukaran luar yang dipandang tinggi seperti Finacom."

"Di Vantage, kami berbangga dalam membina sebuah perniagaan yang komited untuk melakukan apa yang betul dan menjadi sebuah organisasi dikawal selia yang dipercayai yang boleh dibanggakan oleh pelanggan dan kakitangan kami untuk menjadi sebahagian daripadanya."

Latar Belakang Vantage 

Vantage ialah broker berbilang aset bertaraf global yang menawarkan akses kepada perkhidmatan yang pantas dan hebat kepada pelanggan untuk memperdagangkan CFD pada tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks dan Saham.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih daripada 10 tahun, kini Vantage mempunyai lebih 1,000 pekerja merentas lebih daripada 30 pejabat global.

Vantage adalah lebih daripada sekadar broker. Ia menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih pemenang anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang membolehkan pelanggan memanfaatkan peluang perdagangan. Muat turun Vantage App di App Store atau Google Play.

Diperkasakan untuk memanfaatkan peluang pasaran yang menarik dengan lebih baik apabila anda berdagang dengan lebih bijak @vantage

Latar Belakang Financial Commission 

Financial Commission ialah sebuah organisasi resolusi pertikaian luar bebas untuk pedagang yang tidak dapat menyelesaikan pertikaian secara langsung dengan penyedia perkhidmatan kewangan mereka. Pada mulanya, Financial Commission ditubuhkan untuk menyediakan pendekatan yang baharu kepada pedagang mahupun broker untuk menyelesaikan sebarang pertikaian yang timbul dalam perjalanan perdagangan pasaran elektronik seperti Tukaran Asing dan kemudian diperluaskan kepada CFD dan derivatif-derivatif yang berkaitan, di samping memperakui platform-platform teknologi yang digunakan untuk berdagang.

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Hispanic-oriented news Financial Technology