![]() |
Foto/video perlumbaan boleh dimuat turun di sini .
Pelari terkenal dalam perlumbaan pada tahun ini termasuk Pengacara TV, Nev Schulman dan Veteran Perang Iraq, Anthony Smith
NEW YORK, 10 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Empire State Building (ESB) hari ini menganjurkan perlumbaan Run-Up tahunan kali ke-44 yang dibawakan oleh Turkish Airlines dan dikuasakan oleh Challenged Athletes Foundation (CAF). Dalam beberapa saringan yang ditetapkan, 374 pelari dari seluruh dunia berlumba menaiki 1,576 anak tangga untuk mencapai garisan penamat di Balai Cerap Tingkat 86 yang ikonik di bangunan ini.
"Kami mendapat inspirasi daripada para atlet dari seluruh dunia setiap tahun yang berlatih dan mengambil bahagian dalam ujian ketahanan yang unggul ini," ujar Jean-Yves Ghazi, Presiden Balai Cerap Empire State Building. "Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua yang telah datang ke "Bangunan Paling Terkenal di Dunia" ini untuk menyertai Empire State Building Run-Up."
Soh Wai Ching dari Malaysia menduduki tempat pertama dalam kategori Elit Lelaki dengan catatan masa 10:44, menewaskan Ryoji Watanabe dari Jepun dan Fabio Ruga dari Itali. Ini merupakan kali kedua berturut-turut pelari berusia 28 tahun ini memenangi ESBRU.
"Saya amat gembira dapat berada di sini untuk bertanding lagi. Ini merupakan kemenangan kedua saya dan saya telah memperbaiki catatan masa saya," kata Wai Ching. "Saya berharap dapat kembali semula pada tahun hadapan dan memperbaiki catatan masa saya [lagi]."
Cindy Harris dari Indianapolis, Indiana menduduki tempat pertama dalam saringan bagi kategori Elit Wanita dengan mencatatkan masa 13:56, menewaskan Shari Klarfeld dari Plainview, New York dan Maria Elisa La Pez Pimentel dari Mexico. Ini merupakan penyertaan Harris kali ke-24 dan kemenangan keenam beliau dalam perlumbaan Run-Up. Beliau mengatasi masa yang dicatatnya pada tahun 2021 iaitu 14:01.
"Saya berasa amat gembira dan bertuah kerana dapat menyertai perlumbaan ini sejak sekian lama," ujar Harris. "[Berlumba dalam perlumbaan ini] amat bermakna bagi saya, terutamanya dalam pertandingan ini kerana kali ini ia amat sengit."
Pengacara "Catfish", Nev Schulman berlumba dalam saringan bagi kategori Selebriti pada tahun ini. Saringan lain dalam perlumbaan ini menampilkan broker hartanah komersial, penyewa Empire State Building dan ahli media.
Challenged Athletes Foundation ialah rakan badan amal rasmi ESBRU dengan saringan khas untuk atlet kurang upaya dan penyokong CAF bagi mengumpul dana untuk membantu individu yang menghadapi cabaran fizikal dan akses kepada sukan. Atlet CAF, Anthony Smith, seorang veteran perang Iraq yang kehilangan tangan akibat amputasi, menamatkan perlumbaan tersebut dengan catatan masa 56:05.
Turkish Airlines, syarikat penerbangan rasmi negara Turki yang merupakan syarikat penerbangan yang terbang ke lebih banyak negara dan destinasi antarabangsa berbanding syarikat penerbangan lain, kembali sebagai penaja yang membawa perlumbaan Run-Up untuk tahun keempat. Perlumbaan ini telah dijalankan oleh NYCRUNS iaitu syarikat pengurusan acara larian terbesar di kawasan Metropolitan New York.
Pada malam ini, lampu menara Empire State Building yang terkenal di dunia bersinar dalam warna merah dan putih bagi meraikan acara Run-Up tahunan ke-44.
Imej beresolusi tinggi dan video boleh dimuat turun di sini.
Maklumat lanjut tentang Empire State Building Run-Up boleh didapati dalam talian.
Tentang Empire State Building
Empire State Building iaitu "Bangunan Paling Terkenal di Dunia" ini dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc. (ESRT: NYSE) yang menjulang setinggi 1,454 kaki di atas Pusat Bandar Manhattan daripada dasar ke antena. Pengubahsuaian Pengalaman Balai Cerap Empire State Building bernilai $165 juta mencipta pengalaman serba baharu dengan pintu masuk tetamu yang khusus, sebuah muzium interaktif yang mempunyai sembilan galeri dan Balai Cerap di Tingkat 102 yang direka semula dengan tingkap daripada lantai ke siling. Perjalanan ke Balai Cerap di Tingkat 86 yang terkenal di dunia sebagai satu-satunya balai cerap 360 darjah yang terbuka dengan pemandangan New York serta kawasan sekitarnya ini memukau pengunjung dengan keseluruhan pengalaman Bandar Raya New York dan merangkumi segala-galanya daripada sejarah ikonik bangunan ini hinggalah kedudukannya dalam budaya pop masa kini. Ketahui lebih lanjut di www.esbnyc.com. Diisytiharkan sebagai "Bangunan Kegemaran Amerika" oleh Institut Arkitek Amerika serta destinasi pelancongan paling popular di dunia oleh Uber, Tarikan #1 di Amerika Syarikat dalam Travelers' Choice Best of the Best 2022 Tripadvisor dan tarikan #1 Bandar Raya New York oleh Lonely Planet, ia menerima kunjungan lebih 4 juta pengunjung dari seluruh dunia setiap tahun.
Sejak tahun 2011, bangunan ini telah dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga angin elektrik boleh baharu dan premis yang berbilang tingkat ini sebahagian besarnya menempatkan pelbagai penyewa pejabat seperti LinkedIn dan Shutterstock serta pilihan kedai seperti STATE Grill and Bar, Tacombi dan Starbucks. Untuk maklumat lanjut dan mendapatkan tiket Pengalaman Balai Cerap, sila layari esbnyc.com atau ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Weibo, YouTube atau TikTok bangunan ini.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1915994/Screenshot_2022_10_06_233629.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1915993/esb_logo.jpg?p=medium600