omniture

Untung Bersih Limagrain Melebihi 100 Juta Euro

Limagrain
2013-11-16 01:09 134

CHAPPES, Perancis, 16 November 2013 /PRNewswire/ -- Mulai 1 Julai 2012 ke 30 Jun 2013, operasi Limagrain telah melihat peningkatan berbanding tahun fiskal sebelumnya dengan angka jualan sebanyak €1,939 J (+8.7%). Prestasi ini, yang merupakan hasil strategi jangka panjang, mengesahkan keberkesanan pentadbiran kerjasama Limagrain dan membenarkan Kumpulan itu mempunyai polisi proaktif daripada segi pelaburan dan pekerjaan. Sewaktu tahun fiskal itu, Limagrain mempunyai syarikat subsidiari di 39 negara dengan hampir 8,200 kakitangan.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20121106/573261)

Untung bersih adalah sebanyak €109 J, dibandingkan dengan €88 J pada 30 Jun 2012, peningkatan ketara berbanding tahun fiskal sebelumnya.

Pelaburan dalam penyelidikan meningkat dengan signifikan menjadi €188 J, berbanding €165 J pada tahun 2011/2012. Ini merupakan 13% daripada angka jualan profesional dan menjadi €250 J apabila hasil kerja perkongsian profesional dimasukkan sekali.

"Kumpulan kami sedang mengubah kepesatannya," kata Daniel Chéron, Ketua Pegawai Eksekutif Limagrain. "Kami sedang bersedia untuk masa hadapan dengan strategi pertumbuhan dalaman yang kukuh dan strategi pertumbuhan luaran disasarkan. Semasa tahun fiskal, pemerolehan dan pelaburan ekuiti baharu bertindak untuk menyatukan kehadiran kami di Amerika Utara dan dalam rantau pembangunan baharu seperti Asia atau Afrika. Baru-baru ini, kami juga telah mengumumkan perkongsian syer minoriti dalam Seed Co, syarikat benih yang menerajui di Afrika yang beroperasi di sepuluh negara berbeza. Kami juga akan menguatkan pelaburan kami dalam penyelidikan dan menumpukan terhadap perkongsian kami dalam bidang ini."

Jean-Yves Foucault, Pengerusi Limagrain menekankan yang:

"Limagrain mempunyai ciri berbeza sebagai kumpulan kerjasama antarabangsa dengan ikatan kuat dengan Auvergne (Perancis). Model kerjasama kami adalah berdasarkan pembuatan keputusan yang seimbang antara pengarah petani yang dilantik serta pegawai bergaji. Ini memastikan wawasan jangka panjang dan pelaksanaan strategi kami yang berjaya."

Limagrain ialah kumpulan kerjasama pertanian antarabangsa yang mengkhusus dalam benih ladang, benih sayuran, dan produk bijirin. Ditubuhkan dan diuruskan oleh petani Perancis, Limagrain ialah syarikat benih ke-4 terbesar di dunia, hasil usaha syarikat pegangannya, Vilmorin & Cie, peneraju di Eropah untuk tepung berfungsi dengan Limagrain Céréales Ingrédients dan peneraju dalam pasaran bakeri-pastri perindustrian di Perancis dengan Jacquet-Brossard.

Bagi maklumat lanjut: http://www.limagrain.com 

SUMBER  Limagrain

Source: Limagrain
Related Links:
Keywords: Agriculture Earnings