![]() |
Brave Talk ialah sebuah program latihan kolej global yang direka dengan kerjasama para pakar kesihatan mental untuk memberi pelajar satu alat bagi menyokong mereka yang mengalami kebimbangan atau kemurungan
NEW YORK, 10 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Lebih separuh daripada para pelajar tahun pertama di kolej (54%) sering berasa cemas sejak mula mengikuti pembelajaran di kolej – dan 60% tidak merujuk kepada para profesional untuk mendapatkan bantuan*. Mereka lebih suka merujuk kepada rakan-rakan mereka. Untuk menggalakkan perbualan dan memastikan sokongan dapat diakses oleh semua orang, Maybelline New York telah bekerjasama dengan The Jed Foundation (JED) untuk mewujudkan Brave Talk, latihan yang dibangunkan secara percuma dan direka oleh para pakar untuk memberikan kemahiran kepada para pelajar bagi menyokong rakan-rakan mereka yang mungkin menghadapi masalah dan membantu menghubungkan mereka dengan para profesional yang bersedia memberikan bantuan.
"Di Maybelline, kami percaya bahawa kesihatan mental adalah kesihatan keseluruhan tetapi kami menyedari apabila seseorang sedang menghadapi kesukaran, mereka akan merujuk kepada orang yang mereka percayai terlebih dahulu. Kami telah mencipta satu program yang akan menjalankan sokongan bagi kesihatan mental secara peribadi untuk dijadikan tanggungjawab semua orang. Dengan Brave Talk, kami percaya lebih ramai orang akan berasa didengari, disokong dan menyedari sumber yang tersedia kepada mereka." kata Trisha Ayyagari, Presiden Jenama Global Maybelline New York Worldwide. "Kami amat percaya bahawa tiada siapa yang perlu menghadapi saat-saat sukar bersendirian."
Brave Talk merupakan lanjutan kepada program jenama kecantikan #1 Brave Together yang dilancarkan pada tahun 2020, khusus untuk membantu mengurangkan kebimbangan dan kemurungan di seluruh dunia dan menjadikan sokongan peribadi tersedia untuk semua, dengan kerjasama pertubuhan kesihatan mental bukan berasaskan keuntungan di seluruh dunia. Brave Together komited untuk mencapai 1 juta orang dengan sokongan yang diperibadikan (1:1) dan mendermakan $10 juta kepada badan amal kesihatan mental menjelang tahun 2025.
APAKAH BRAVE TALK?
Dicipta melalui kerjasama dengan para pakar klinikal JED, Brave Talk merupakan latihan percuma berasaskan senario selama 90 minit yang direka untuk disampaikan oleh kakitangan kolej yang akan mendidik para pelajar tentang cara untuk mengesan tanda-tanda seseorang yang mempunyai masalah, bagaimana untuk menyokong mereka dan bagaimana untuk berhubung dengan bantuan yang sesuai. Matlamat Brave Talk adalah untuk membina budaya di mana para pelajar boleh berasa didengari dan diberikan perhatian.
"JED sedar dengan mewujudkan budaya mengambil berat dalam kalangan orang muda akan mampu melindungi kesihatan mental mereka. Brave Talk akan membuka perbincangan yang sangat diperlukan tentang kesihatan mental di kampus kolej sambil menggalakkan para pelajar untuk bukan sahaja menjaga kesejahteraan emosi mereka sendiri, tetapi juga menjaga emosi antara satu sama lain," kata Ketua Pegawai Eksekutif JED, John MacPhee. "Menjadikan jenis sumber ini tersedia kepada para pelajar kolej adalah lebih penting daripada sebelumnya dan kami berbangga dapat meneruskan kerjasama kami dengan Maybelline dan bersyukur atas komitmen mereka untuk menghapuskan halangan dalam akses penjagaan kesihatan mental."
Brave Talk dicipta dengan kerangka yang tidak dapat dilupakan dan ia termasuk "Brave Steps" untuk membolehkan sesiapa sahaja mengingati cara memulakan perbualan dengan rakan.
Maybelline akan memulakan program rintis Brave Talk pada bulan ini di New York University, diikuti oleh S Jay Levy Fellowship for Future Leaders di The City College of New York dan Queens College serta secara dalaman dengan para pekerja Kumpulan Maybelline NY dan L'Oreal. Pada tahun 2023, latihan ini akan tersedia secara percuma kepada semua kolej (di AS) dan di seluruh dunia.
Sekiranya kolej anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Brave Talk, sila hubungi workshops@jedfoundation.org.
Tentang Maybelline New York
Maybelline New York ialah jenama kosmetik nombor satu di dunia yang tersedia di lebih 120 buah negara. Dengan menggabungkan formula berteknologi maju dengan kepakaran mengikut aliran dan kecanggihan Bandar Raya New York, misi Maybelline New York adalah untuk menawarkan kosmetik yang inovatif, mudah diakses dan ringkas untuk semua. Pada tahun 2020, Maybelline melancarkan Brave Together (Berani Bersama), suatu program jangka panjang untuk menyokong isu kebimbangan dan kemurungan serta membantu semua orang, di mana-mana sahaja agar berani berhadapan dengan kehidupan mereka. Brave Together menyediakan sokongan secara peribadi, hab pendidikan dalam talian dan pelbagai program yang penting untuk membantu menghilangkan rasa malu dalam perbualan berkaitan kesihatan mental serta komited untuk mendermakan sebanyak $10 juta kepada organisasi global dan tempatan dalam tempoh lima tahun akan datang. Untuk maklumat lanjut, sila log masuk ke www.maybelline.com atau www.maybelline.com/bravetogether.com.
Tentang JED
JED merupakan sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang melindungi kesihatan emosi dan mencegah bunuh diri untuk remaja dan golongan muda di negara kita. Kami bekerjasama dengan sekolah tinggi dan kolej untuk mengukuhkan kesihatan mental, penyalahgunaan bahan terlarang serta program dan sistem pencegahan bunuh diri dalam kalangan mereka. Kami mempersiapkan remaja dan golongan muda dengan kemahiran dan pengetahuan untuk saling membantu. Kami menggalakkan kesedaran, pemahaman dan tindakan komuniti dalam menangani kesihatan mental golongan muda.
*Sumber: Laporan Data Kajian Minda Sihat Musim Luruh Tahun 2020
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1916552/Brave_Together_Maybelline_Logo.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1916551/Brave_Talk.jpg?p=medium600