![]() |
SYDNEY, 11 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- STL(NSE: STLTECH), salah sebuah syarikat penyepadu rangkaian digital yang terkemuka dalam industri, hari ini mengumumkan kerjasamanya dengan Vocus Group untuk Project Horizon di Australia Barat. Melalui kerjasama ini, STL akan menyediakan kabel fiber optik berkekuatan tinggi untuk program rangkaian antara ibu negeri lanjutan yang diterajui Vocus. Perjanjian ini mengukuhkan hubungan antara Vocus dengan STL, yang sebelum ini menyediakan penyelesaian rangkaian optik Opticonn, untuk projek pembangunan rangkaian bandar.
Project Horizon akan menyaksikan Vocus menggunakan fiber kompetitif pertamanya sebagai rangkaian utama antara Perth dengan Port Hedland dan merupakan projek infrastruktur besar-besaran yang pertama di bawah program pelaburan Vocus bernilai $1 bilion. Apabila siap kelak, Project Horizon akan menutup jurang terakhir dalam rangkaian fiber utama kebangsaan Vocus yang menghubungkan semua ibu negeri di tanah besar Australia. Horizon juga akan menghubungkan dua kabel kapal selam berkapasiti tinggi di Port Hedland yang sekali gus menjadikan Australia Utara sebagai hab baharu untuk data domestik dan antarabangsa.
Sebagai rakan kongsi fiber untuk Project Horizon, STL akan menyokong pelancaran rangkaian Vocus dengan reka bentuk canggih yang digabungkan dengan teknologi kabel berketegangan tinggi dan tahan lasak. Kabel tersebut mempunyai hayat reka bentuk selama lebih 30 tahun yang akan memastikan Project Horizon terus menyediakan ketersambungan berkapasiti tinggi merentasi Pilbara hingga tahun 2050-an walaupun dalam persekitaran yang mencabar.
Mengulas tentang kerjasama ini, Kevin Russell, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Vocus Group berkata, " Project Horizon ialah projek infrastruktur fiber Vocus yang terbesar dan akan menyediakan fiber kompetitif yang pertama merentasi rantau-rantau bersumber di Australia. Rangkaian ini telah direka dengan kapasiti penghantaran sepantas 38 Terabit sesaat bagi setiap pasangan fiber. Penyelesaian optik STL menyediakan laluan yang cekap untuk Vocus menaik taraf dan menyokong panjang gelombang kapasiti yang lebih tinggi pada kos tambahan yang kurang dan akan memainkan peranan penting dalam menghasilkan infrastruktur fiber berkelajuan tinggi serta berkependaman rendah di Australia."
Mengulas tentang perjanjian tersebut, Paul Atkinson, Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Rangkaian Optik STL berkata , "Kami teruja untuk mengukuhkan kerjasama kami dengan Vocus. STL bekerjasama rapat dengan para pembangun rangkaian di Australia untuk membantu membina rangkaian optik yang canggih. Kami yakin dengan adanya penyelesaian rangkaian optik yang direka secara khusus ini, kami mampu membantu Vocus dengan pelancaran projek ini dan seterusnya menyampaikan rangkaian berkelajuan dan berkapasiti tinggi untuk negara."
Tentang STL - Sterlite Technologies Ltd.:
STL ialah salah sebuah syarikat penyepadu rangkaian digital terkemuka dalam industri yang membantu syarikat telekomunikasi, syarikat awan, rangkaian warga dan syarikat perusahaan besar menyampaikan pengalaman yang dipertingkat kepada para pelanggan mereka. Baca lebih lanjut, Hubungi kami.
stl.tech |Twitter | LinkedIn | YouTube
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/876464/Sterlite_Technologies_STL_New_Logo.jpg?p=medium600