QINGDAO, China, 16 November 2013 /PRNewswire/ -- Hisense Australia mengumumkan penajaan rasmi bagi salah satu acara sukan paling besar di Australia, kejohanan Australian Open dan kejohanan Australian Open Series, Brisbane International dan Apia International Sydney. Dengan Australian Open sebagai salah satu daripada empat acara tenis Grand Slam bagi tahun 2014, televisyen Hisense akan menjadi pilihan para penyiar dan peminat sukan tenis bagi mengikuti acara tersebut secara langsung dari Queensland Tennis Centre, Sydney Olympic Park, Rod Laver Arena dan Hisense Arena.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131114/CN17151 )
Hisense telah mula bertapak di Australia sejak tahun 2006 dan mengiktiraf kepentingan menyelaraskan jenama tersebut dengan komuniti pemain tenis yang kuat pada peringkat yang lebih tinggi. Di samping senarai penaja Australian Open yang utama, Hisense telah menganjurkan kawasan pengaktifan Family Fun di Grand Slam Oval yang akan disiarkan di http://www.facebook.com/hisenseau pada awal tahun 2014. Hadiah percuma juga akan diberikan menerusi laman Facebook Hisense bermula pada saat ini hinggalah pada hari pembukaan Australian Open 2014.
"Ini merupakan langkah cemerlang yang telah diambil oleh syarikat tersebut bagi meningkatkan kesedaran terhadap jenama Hisense sebagai kemuncak strategi berterusan kami," kata Andre Iannuzzi, ketua pemasaran, Hisense Australia. "Kami akan terus menyelaraskan diri dengan hobi terkenal penduduk Australia yang telah dimainkan di Hisense Arena selama bertahun-tahun lamanya."
"Tennis Australia amat teruja untuk menjemput Hisense sebagai penaja rasmi Australian Open," ujar Craig Tiley, Ketua Pegawai Eksekutif Tennis Australia dan Pengarah Kejohanan Australian Open.
"Pada setiap tahun, Hisense Arena memainkan peranan sebagai tuan rumah pertandingan tenis peringkat dunia, Australian Open dan kami amat berbangga dapat melihat kaitan jenama Hisense dengan acara itu kian ditingkatkan."
"Menjelang tahun 2014, Hisense akan menjadi pengedar rasmi bagi televisyen dan alat penyejukan yang membuktikan kualiti cemerlang produk Hisense yang juga sesuai dengan acara sukan bertaraf dunia."
Latar Belakang Hisense Australia Pty Ltd
Hisense merupakan pengeluar televisyen dan alat penyejukan peringkat global yang aktif di lebih 130 negara di seluruh dunia. Lebih 40 juta individu membeli dan menyukai produk Hisense secara global pada setiap tahun. Sejak kehadirannya di Australia pada tahun 2006, Hisense telah berkembang menjadi jenama TV dan Perkakas Rumah paling pantas berkembang di Australia, diedarkan di lebih 1,000 kedai peruncitan yang menerajui. Ditubuhkan pada tahun 2006, Hisense Australia Pty Ltd merupakan syarikat subsidiari Hisense Company Ltd yang terletak di Australia.
Tablet, televisyen dan perkakas rumah Hisense boleh didapati daripada peruncit elektronik yang menerajui di Australia termasuklah JB Hi-Fi, Harvey Norman, The Good Guys BSR, MYER, Radio Rentals dan RT Edwards.
Cari Hisense Australia di laman web sosial berikut:
Twitter: www.twitter.com/Hisense_Aust
Facebook: www.facebook.com/HisenseAU
Instagram: www.instagram.com/HisenseAU